Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Saddi : Lelaki Perlu diberi Pendedahan Undang-undang Penganiayaan Wanita

Saddi berucap merasmikan Seminar Keganasan Terhadap Wanita

Peringkat Daerah Kinabatangan


Saddi menyampaikan sijil penyertaan seminar kepada salah

seorang peserta sambil diperhatikan oleh Abdul Latif dan Imran Kamali


KINABATANGAN:: (26hb Oktober 2009)


Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman berkata, kaum lelaki perlu diberikan pendedahan jelas berhubung undang-undang penganiayaan wanita, sebagai sebahagian usaha memperkasakan sistem pengurusan gender dan melindungi golongan hawa di negara ini.


Saddi berkata, .sejajar dengan Konsep Satu Malaysia, kaum wanita yang turut berperanan membangunkan negara dan penyambung zuriat generasi ummah (keluarga), kaedah perlindungan mereka bukan saya wajib dipatuhi tetapi disanjung tinggi.

“ Untuk itu saya menggesa jabatan terlibat sekiranya menganjurkan seminar berkaitan keganasan wanita di negara ini, penglibatan kaum lelaki perlu menjadi keutamaan.

“ Ini membolehkan golongan ini memahami kaedah serta perundangan berhubung keganasan terhadap wanita. Kerana ini juga sebahagian daripada keperluan kita menjayakan pengurusan gender di negara ini, sejajar dengan konsep satu Malaysia yang dicetuskan Perdana Menteri,” katanya.

Saddi berkata demikian ketika merasmikan Seminar Keganasan Terhadap Wanita Peringkat Daerah Kinabatangan anjuran Jabatan Pembangunan Wanita Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah dan Pejabat Daerah Kinabatangan, di Dewan Sri Lamag.

Saddi berkata, kedaifan terhadap undang-undang penganiayaan ke atas wanita menjadikan golongan yang tidak bertanggungjawab sentiasa mengekploitasi keluhuran golongan itu.

Samada insiden keganasan itu melibatkan keluarga dan di dalam masyarakat, atau berkaitan kedudukan wanita di tempat kerja,, kaum lelaki wajib mematuhi dan menghormati hak-hak mereka seadanya.

“ Setidak-tidak menyediakan kaum hawa ruang yang selesa menunaikan tanggungjawab mereka dan menyokong sumbangan mereka dalam menjayakan pembangunan ummah sebagaimana dituntut di dalam ajaran Islam,” kata Saddi.

Saddi menegaskan, kaum wanita yang menyedari akan hak dan kepentingan mereka perlu bersikap terbuka dalam mengikuti segala garis panduan yang disediakan kerajaan dalam mempertahankan hak dan kedudukan mereka.

Ini termasuklah membuat laporan kepada pihak berkuasa apabila mereka sedang berhadapan dengan suasana dan sebarang risiko, bagi menyelamatkan diri dari terus dianiaya dari aspek fizikal dan mental (psikologi).

Saddi memuji kerana Seminar Keganasan Terhadap Wanita itu dapat menyediakan maklumat, modul dan pendedahan berkaitan isu keganasan ke atas golomgan wanita secara menyeluruh.

Pendedahan di seminar itu yang mencakupi aspek keganasan individu merangkumi penderaan seksual, fizikal dan mental, dimana ianya diikuti insiden sedemikian dalam masyarakat sosial. di tambah dari kesan ekonomi, tambah Saddi, tidak terkecuali masyarakat di luar bandar seperti di Kinabatangan bagi memahami dan menghormati undang-undang perlindungan wanita,


“ Program ini bukan saja menghuraikan kedudukan wanita dari prespektif gender di kedudukan yang agung, tetapi juga evolosi ke atas peranan dan pengaruh keinsanannya yang perlu dihormati dalam tamaddun dunia masa kini,” katanya.

Kursus sehari itu dikendalikan oleh dua penceramah khas Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, Malaysia, Tengku Naufal Tengku Mansoor dan Master Saiful..

Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah, Imran Kamali Ahmad Nazirin, Pegawai Daerah Kinabatangan, Abdul Latif Kandok

Selesai.