Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV




MELAYANI RAKYAT
Pada majlis Rumah Terbuka Saddi dan UPKR Sukau.

“ Saya inginkan rakyat dijamu, diberikan layanan sebaiknya mengikut perancangan kita, seiring dengan Konsep Rumah Terbuka Hari Raya. Kerana inilah cara kita, sepertimana menjadi tunjukajar Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Haji Aman. apabila diberi tanggungjawab, kita harus menguatamakan rakyat selagi terdaya.

“ Kalau kita ada sedikit kelebihan kita sediakan sedikit hiburan nyanyian sebagai menghargai sokongan dan kepercayaan rakyat kepada kita dan Kerajaan Barisan Nasional (BN).”

Inilah antara nasihat Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman kepada Jawatankuasa Mesyuarat persiapan Majlis Rumah Terbuka Adilfitri beliau Bersama Rakyat Dewan Masyarakat Sandakan, 4 Syawal, pada Rabu lepas.

Saddi mahu agar gagasan Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dapat diterjemahkan sebaik-baiknya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dun Sukau yang disambut sederhana tetapi mariah itu.

Tepat hari dijanjikan, seawal pukul 10.00 pagi Rabu, masyarakat Sukau mula memenuhi ruang Dewan Masyarakat Sandakan.

Sambil disajikan dengan lagu-lagu hari raya, tetamu mula menikmati 10 gerai makan minum percuma yang diwujudkan di dalam dewan bagi memudahkan tetamu menikmati segala juadah hari raya dengan selesa.

Saddi dan jawatankuasanya melakukan sedikit kelainan dari segi penyediaan juadah, walaupun ini sambutan Aidilfitri pertama dilakukannya sejak menjadi wakil rakyat. Tambahan lagi, musim raya lepas adanya pemilihan di peringkat parti yang menghalang majlis seumpama itu diadakan.

Apa yang menariknya, setiap jenis hidangan yang sinomin dengan musim Lebaran, seperti ketupat, sate, lemang, buah-buahan, makanan dan minuman disediakan menerusi gerai masing-masing bagi membolehkan tetamu membuat pilihan.

Ditambah dengan kelipan lampu-lampu dan decorasi dewan bersifat kontemporari serta pelbagai alunan musik dan persembahan, semua ini menjadikan hadirin ceria dan berselera.

Turut hadir pada majlis rumah terbuka itu ialah, Timbalan Ketua Menteri yang juga Adun Karamunting, Datuk Peter Pang, Ahli Dewan Undangan Negeri Gum-Gum yang juga Presiden Sabas, Datuk Haji Zakaria Mohd Edris bersama Isteri, Datin Halimah serta anak-anak Ahli Dewan Undangan Negeri Sekong, Mejar Kehormat, Datuk Samsudin Yahya, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuamut, Masiung Banah, Ketua Pemuda UMNO Libaran, Suhaimi Haji Nasir, para pemimpin parti-parti komponen BN mewakili kawasan Sandakan turut hadir.

Naib Ketua Bahagian UMNO Kinabatangan, Azman Mastar, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kinabatangan, Matmin Itin, Ketua Pergerakan Wanita Bahagian itu, Datuk Napsah Datuk Seri Panglima Pangiran Galpam, Haji Hamidin Radin dan sebahagian besar pemimpin bahagian itu turut hadir.

Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Datuk James Wong mengetuai senarai kehadiran ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Seperti yang direncanakan, penampilan penyanyi kesukaan ramai, Stacy dan Adam tampil membuka tirai persembahan pada kira-kira pukul 11.30 pagi dengan lagu-lagu kesukaan ramai dan hari raya.

Pendatang baru seni tahahair, Boyd yang merupakaqn anak kepada Saddi, diikuti Ahmad Zakaria, yang juga anak jati Kinabatangan, kini menjadi pemuzik professional di hotel-hotel bertaraf antarabangsa di seluruh tanahair turut mendendangkan beberapa buah lagu lama dan baru.

Persembahan kesemua artis, ditambah dengan dendangan lagu-lagu dari kumpulan pemuzik tradisonal yang diketuai oleh Saudara Kassim Baba terus memukau kira-kira 5,000 tetamu yang berkesempatan hadir pada majlis itu.


Saddi dan kakitangan UPKR N. 48 Sukau semasa mnerima kehadiran tetamu dan penyokongnya, terus tidak jemu-jemu mengucapkan terima kasih dengan kunjungan mereka dan sokongan yang diberikan.

Beliau berharap acara seumpama it uterus dapat mengeratkan jalinan persaudaraan dan persahabatan di antara semua yang hadir, seterusnya menukuhkan khidmat membela rakyat di kawasan Dun Sukau.

Selesai majlis Saddi sempat beraya di rumah terbuka Ketua Umno Bahagian, Datuk Bung Mokthar Radin dan Datuk Haji Aklee Haji Abbas


Selesai.