SUKAU 13 MAC : Ribuan rakyat N.48 Sukau hadir untuk menyaksikan Majlis Perasmian dan Pelancaran Dataran Tamu Pekan Baharu Sukau yang disempurnakan oleh YB Dato' Haji Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar Perumahan Dan Kerajaan Tempatan pada pagi tadi. Terima kasih YB Dato' di atas kesudian merasmikan majlis ini.
Tahniah kepada YB Datuk Saddi Haji Abdul Rahman ADUN N. 48 Sukau yg dapat merealisasikan sebahagian rangka Pembangunan untuk Pekan Baharu Sukau. Terima kasih juga kepada segenap lapisan rakyat Sukau yg memberi sokongan padu, dan Jawatakuasa Pelaksana yang komited menjayakan Majlis tersebut. Ucapan terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara lansung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.