Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Tekan kebersihan dan kesihatan demi jana pembangunan ekonomi Sukau - Saddi




SUKAU : Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, kebersihan dan kesihatan rakyat merupakan sebahagian daripada elemen menguasai pembangunan dengan keupayaan itu misi dan visi untuk melahirkan modal insan Berjaya membangunkan negara di sebelah sini akan bergerak secara padu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau itu berkata, nilai kebersihan dan kesihatan rakyat itu juga menjadi salah satu penekanan yang diberikannnya ke arah menjayakan matlamat pembangunan Pekan Baharu Sukau, Bandar Bio-Diversiti dalam tempoh yang disasarkan.

“Kebersihan turut ditekankan dalam ajaran Islam dan ianya menjadi salah satu amalan dalam melengkap Rukun Iman yang turut menjadi antara sunah dan ajaranRasulullah SAW.

“Namun bagaimana kita melahirkan golongan modal insan yang berkualiti dan berilmu sekiranya tahap kebersihan dan kesihatan rakyat di sekitar kita di tahap gagal. Perkara ini adakalanya kita ketepikan.
“ Untuk itu, saya akan mempastikan soal kebersihan dan kesihatan rakyat di seluruh Dun Sukau ini akan terus terpelihara,” katanya.

Menyatakan perkara itu ketika melancarkan Program Gotong Royong di kawasan Tapak Pekan Baharu Sukau di sini, Saddi yang jugaPengerusi Korperasi Pembangunan Desa (KPD) Sabah berkata, Ahli-Ahli Majlis Daerah Kinabatangan (MDK) dan pegawai-pegawai berkenaan di Pejabat Daerah Kinabatangan wajar memberikan tumpuan keatas tanggungjawab tersebut.

Saddi berkata, tumpuan terhadap kebersihan di seluruh Dun Sukau khususnya di Tapak Pekan Baharu itu akan memberi tambah nilai terhadap masa depan pembangunan kawasan tersebut, termasuk golongan individu dan kumpulan masyarakat serta badan-badan kerajaan dan korporat  di kawasan ini menjayakan program mengindahkan lanskap kawasan masing-masing.

“ Pada saya langkah ini sudah tentu berperanan dalam meningkatkan pelaburan di kawasan pekan ini yang juga sebahagian daripada distinasi dan tumpuan pelancongan yang penting dan menerima ramai pengunjung di Sabah, “ katanya.

Sambil merujuk kepada kewujudan enam syarikat operator perlancongan yang sekian lama wujud di kawasan tersebut sekian lama, Saddi berkata, tumpuan pelancong seperti di sepanjang Sungai Kinabatangan yang melalui kawasan ini, diikuti keujudan Gua Gumantong, Kuburan Kuno di Batu Tulog Batu Putih, dan kawasan Hutan Hujan di Sukau yang menyimpan pelbagai jenis hidupan liar, kepelbagaian flora dan fauna telah sekian lama meletakkan kawasan Sukau tumpuan penting dalam senarai distinasi pelancongan dunia.

Saddi berkata, program-program gotong royong kebersihan kampung di kawasan itu digalakkan merujuk kepada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sukau bagi mendapat kerjasama padu dalam menjayakannnya.

Turut hadir dan memberikan ucapan ialahKetua Daerah Kinabatangan, Haji Hamidin Radin pada majlis itu ialah UPPM Dun Sukau, Amirudin Mohd Damit, CDO kawasan itu, Dasran Haji Dahalan dan kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan yang ditempatkan di kawasan berkenaan.

Dalam ucapannya juga, Saddi memaklumkan Majlis Merasmikan Pasar Tamu Pekan Baharu Sukau yang dilakukan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar dan KerajaanTempatan Malaysia,Datuk Abdul Rahman Dahalan dijadualkan 28 Febuari ini, ditunda kepada 13 Hb. Mac depan.

Beliau kemudian mengalu-alu rakyat dan para pemimpin akar umbi di seluruh kawasan tersebut hadir bagi menjayakan majlis tersebut, seterusnya memberikan sokongan padu terhadap program ekonomi rakyat yang diwujudkan di kawasan tersebut.


Selepas menyempurnakan program Gotong Royong itu, Saddi kemudian turut melakukan lawatan di sekitar Mukim Sukau khususnya menemui seorang balu kepada mangsa yang dibaham buaya di KampungBilit minggu lepas.