Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Program turun padang ke Mukim Tanjung Aru





Majlis penyerahan bantuan KWAMP & E-Kasih di SK Tanjung Batu. Di samping menyerahkan enjin sangkut kepada pengerusi PIBG sdra. Abdul Rahman Bahrun bagi pengangkutan murid sekolah d Kg Semangat Payau. 



Saya meluangkan masa melawat Stesen bekalan letrik solar hibrid Kg Tanjung Batu. Saya amat simpati kepada penduduk kg Kerana Stesen Eletrik Solar Hibrid ini telah gagal berfungsi dengan sempurna. Dan akhirnya pihak SESB menggunakan enjin janakuasa sepenuhnya untuk membekalkan kuasa eletrik kepada penduduk. Mohon kementerian pembangunan luar bandar & wilayah Malaysia mengambil tindakan segara Dan mengkaji semula pembinaan Dan penggunaan solar hibrid pada masa akan datang.



Sebelah petang terus bergegas ke Kg Semangat Payau merasmikan Jambatan Utama sejauh 380 meter semi konkrit Kg Semangat melalui projek pia/pias MPS.