SANDAKAN 28
Mac - Kerajaan memberi keutamaan kepada pelaksanaan pelbagai program yang dapat
memberi manfaat kepada rakyat dan negara sebagai sebahagian daripada usaha
berterusannya untuk meringankan beban mereka, khususnya golongan memerlukan.
Ketua
menteri, Datuk Seru Panglima Musa Aman berkata, bantuan kerajaan seperti
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) yang menyaksikan bilangan penerima meningkat
mengikut keperluan mereka. "BRIM yang kini memasuki fasa ke-empat
membuktikan bahawa Perdana Menteri menepati janji kepada rakyat di mana pada
pilihanraya lepas, ia adalah antara janji yang ditepati.
Kita
mendengar ada yang mengatakan BRIM ini tidak memberi menfaat kepada rakyat.
Pernyataan ini adalah sama sekali tidak benar. Kerana pemberian bantuan kerajaan
berkenaan membantu dalam meringankan beban penerima bantuan tersebut. Katanya
ketika merasmikan Majlis Pelancaran Penyerahan BRIM 4.0 di Dewan Serbaguna
Libaran, di sini pada jumaat.
Majlis itu
turut dihadiri Pembantu menteri Kerajaan tempatan dan Perumahan Negeri yang
juga Anggota Dewan Undangan Negeri GUM Gum, Datuk Zakaria Hj Mohd
Edris, Anggota Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Hj Abdul Rahman,
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Negeri Sabah (JASA), Haji Abdul Manap Lakariba,
Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Datuk Ir. James Wong, Timbalan
Presiden MPS Haji Hamsan Haji Awang Supain, wakil Ketua Polis Daerah Sandakan,
ketua-ketua cawangan dan pemimpin setempat.
Musa, yang
juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga juga menyarankan penerima
menggunakan bantuan berkenaan dengan berhemah dan sebaik mungkin untuk diri
sendiri mahupun keluarga mereka.
beliau
berkata pihaknya juga dalam rangka lawatan ke daerah-daerah di seluruh
negeri, antara lain untuk meninjau keperluan pembangunan penduduk dan
perkembangan kemajuan di kawasan berkenaan.
Baru-baru
ini Musa melakukan lawatan ke Tambunan dan Keningau.
Pada Majlis
itu, seramai 1232 penerima BRIM 4.0 dalam kawasan Parlimen Libaran
masing-masing 920 penerima dari kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga dan
312 penerima lagi dari Dewan Undangan Negeri Gum-Gum menerima bantuan antara RM350
- RM950. Terdahulu Zakaria berkata, pemberian BRIM itu juga memperlihatkan
keperihatinan kerajaan untuk membantu rakyat.
Source:
Daily Express Newspapar