kareta ninja jenis Toyota dinaiki Adun Sukau tergelincir ke parit jalan krn jalan licin dan berlumpur
Saddi dan Madinin bergambar bersama bantuan makanan yang disampaikan kepada penduduk Litang & Dagat kurang 150km dari pekan Kota Kinabatangan.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman merayu Jawarankuasa Bencana Alam Daerah di sini supaya menyegerakan penyaluran semua bantuan makanan kepada mangsa banjir di sini khususnya kalangan rakyat yang sudah terputus hubungan.
Katanya, jawatankuasa itu dan jabatan-jabatan kerajaan terlibat tidak perlu menunggu sehingga air surut untuk berbuat demikian, demi mengelakkan rakyat tidak ada yang kehabisan makanan serta kesukaran akibat soal kelewatan yang disengajakan.
“ Perkara ini perlu jadi keutamaan kita. Apalagi kerana hampir setiap tahun kita menghadapi bencana banjir. Pastikan jumlah senarai penduduk yang terlibat tepat, kemudian segerakan penghantaran bantuan makanan dan perubatan, demi keselamatan dan keselesaan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media sewaktu menyampaikan bantuan makanan kepada lebih 20 keluarga di kampung Litang, dalam kawasan Dun Sukau, kira-kira 130km dari Pekan Kota Kinabatangan, pada Rabu.
Ditemani oleh Penolong Pegawai Daerah, Madinin Zinin, Saddi menegaskan, semua penduduk yang menjadi mangsa bencana itu perlu mendapat keutamaan secara adil daripada badan dipertanggungjawabkan, khususnya berkaitan soal pemberian bantuan makanan, peralatan kediaman dan perubatan.
“ Kerana apa yang saya difahamkan mangsa banjir di seluruh Kinabatangan ketika ini telah mencapai lebih 2,500 orang. Takkan jumlah bantuan makanan hanya untuk lebih 70 keluarga saja.
“ Jika mereka menumpang di rumah saudara, maknanya mereka juga kena berbelanja dan memerlukan makanan,” katanya.
Turut bersama-sama merealisasikan program penghantaran itu ialah sepasukan anggota tentera dari Kem Sri Kinabatangan di sini, dilengkapi sebuah trak berisi makanan dan minyak petrol.
Katanya, usaha menyalurkan bantuan makanan dan kebajikan rakyat sempena bencana itu adalah sebahagian slogan komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mahu ‘menjuarai hati dan perasaan rakyat’, apalagi pada ketika mereka memerlukan perhatian.
Amat berterima kasih dan bangga dengan sumbangan yang dimainkan oleh seluruh kakitangan kerajaan yang terlibat khususnya pasukan keselamatan polis, bomba, Rela, PGA, Pertahanan Awam, Jabatan Kesihatan, Jabatan Perhutanan dan Jabatan Hidupan liar selain para penduduk, Saddi berkata,
“ Saya amat bangga kerana mereka semua cukup berpengalaman dalam tugas masing-masing. Saya terus mendoakan tidak ada apa-apa perkara yang buruk berlaku pada musim banjir kali ini,” katanya.
Pada sebelah pagi kelmarin, Saddi yang mendengar taklimat bencana itu daripada Penolong Pegawai Daerah Bahagian Pembangunan, Arisin Arifin yang menjelaskan paras banjir di Pengakalan Bukit Garam mencapai hampir 12 meter, jauh melebihi para bahaya yang ditetapkan.
Kata Arisin, tiga kampung kecil di kawasan berhampuran Bukit Garam sudah ditenggelami air Sungai Kinabatangan yang berarus deras serta merbahaya kepada semua pihak.
Dari Kota Kinabatangan, Saddi bersama rombongan mengambil masa hampir tiga jam untuk sampai ke Kampung Litang yang terputus hubungan dengan penduduk.
Untuk sampai ke kampung berkenaan, beliau terpaksa menggunakan bot kecil untuk membawa sejumlah bantuan makanan bagi disampaikan kepada mangsa-mangsa banjir yang terperangkap bencana itu.
Nasib kurang baik, kenderaan jenis Ninja Toyota dinaikinya turut mengalami kerosakan selepas tergelincir ke bahagian parit jalan akibat permukaan jalan yang licin dan berlumpur.
Selesai.