Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Majlis Perjumpaan Bersama Rakyat Di Kg.Koyah
















Sukau: ( 30/12/2009)

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman terus berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan dan peranan dalam memenuhi keperluan serta pembelaan rakyat di kawasan ini dengan langkah mengadakan Mesyuarat Tindakan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat Dun Sukau yang mula dilaksanakan awal tahun 2010 ini.

Saddi menegaskan, mekanisma pendekatan terhadap tuntutan rakyat itu sesuai dengan misi dan visi “Khidmat Kasih yang diperkenalkan oleh wakil rakyat ini melalui laman blog http://www.adun48sukau.blogspot.com.my/ yang dilancarkan 10 June tahun lepas.

“ Pada saya langkah ini lebih berkesan untuk mengiringgi gagasan perkhidmatan yang sedang diperjuangkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini di bawah konsep Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan yang dicetuskan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Rajak, sewaktu memulakan tugasnya,” katanya.

Saddi berkata, Mesyuarat Tindakan UPKR Sukau itu yang merangkumi peranan badan wakil rakyat itu bagi menyemak, mengumpul data serta profail kampung, menyelaras program sosioekonomi dan pembangunan serta menyusul tindakan pengurusan diperlukan.

“ Mesyuarat Tindakan UPKR ini juga akan memberi pengiktirafan ke atas pencapaian penduduk dan semua kampung di seluruh Dun Sukau, khususnya menerusi penarafan bintang-bintang (sehingga lima bintang) ke atas mana-mana kampung yang berjaya ke tahap itu dari aspek pembangunan dan ekonomi, pada mesyuarat bulanannya,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Rakyat kepada masyarakat Kampung Koyah A dan Koyak Bersatu di kawasan Mukim Kampung Paris di sini.

Saddi percaya, menerusi pendekatan dalam perkhidmatan UPKR itu dan keyakinan rakyat terhadap beliau sebagai pemimpin kawasan ini, akan meningkatkan lagi sokongan terhadap kerajaan BN pada pilihanraya Umum akan datang.

“ Pada saya, pengenalan Mesyuarat Tindakan UPKR ini adalah tindak balas terhadap pencapaian tadbir urus Pejabat Daerah Kinabatangan yang setiap sebulan sekali mengadakan mesyuarat tindakan daerahnya untuk menyelesaikan segala permohonan dan keperluan rakyat di kawasan ini,” katanya.

Walaupun Saddi menggangap peranan di bawah Mesyuarat Tindakan UPKR adalah julung-julung kali diperkenalkan di negeri ini menerusi konsep dan gagasannya, tetapi saya merasakan ianya sesuai diadakan di Dun Sukau, sebuah kawasan tadbiran yang luas dan terbahagi kepada dua termasuk di bawah Majlis Perbandaran Sandakan, selain di bawah Pejabat Daerah Kinabatangan.

“ Sudah tentulah melalui mesyuarat ini kita akan memperkasakan peranannya dengan memasukkan beberapa keperluan demi keutamaan rakyat, selain peranan yang dimainkan badan-badan JKKK dan JKDB sebelum ianya dirumus dan disampaikan kepada tadbiran UPKR Sukau di bawah pengawasan saya,” tambah Saddi yang mengakui akan menyemak kesemua keperluan yang disampaikan rakyat sebelum mesyuarat itu berjalan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pegawai Daerah Kinabatangan, Abdul Latif Kandok, diikuti pegawai pertanian daerah, Awang Walid dan Pegawai Haiwan dan Veteriner, Dr. Firdaus Abdullah dan kakitangan UPKR Sukau, diketuai PKRnya, Sharin Haji Abdul Rahman.

Menurut Saddi, penyertaan yang kerap ditunjukkan semua pegawai kerajaan dan persekutuan di sini, diketuai Abdul Latif, akan meningkatkan lagi semangat beliau dan UPKR Dun itu untuk memajukan rakyat sesuai dengan matlamat gagasan pembangunan negeri dan pusat.

“ Sebagai contoh kehadiran Pegawai Daerah kita hari ini sudah tentu dapat memberikan kita penjelasan berhubung peruntukan yang ada, selain kaedah dan peraturan yang boleh kita sediakan untuk memenuhi pembangunan rakyat seperti di kawasan Koyah A dan Koyah Bersatu ini,” katanya.

Sehubungan itu, Saddi menggesa masyarakat peladang di kawasan ini supaya terus memberikan kerjasama termasuk bersedia mengemukakan permohonan pembangunan yang diperlukan di kawasan mereka untuk ditangani menerusi khidmat badan-badan JKKK yang dibentuk.

Kata Saddi, Pengerusi JKKK Koyah A, Saudara Ransa Wanna dan Pengerusi JKKK Koyah B, Haji Biro Bin Parang harus berkerjasama dengan Pemaju Mukim kawasan ini, saudara Samry Syer Mohamad agar matlamat pembangunan rakyat di kawasan itu tercapai

Kata Saddi lagi, gabungan kerjasama yang sudah ditunjukkan oleh para penduduk dan dua badan JKKK itu yang bersedia menganjurkan program perjumpaan rakyat tanpa sedikitpun sumbangan daripada pihaknya, merupakan contoh yang baik ditauladani masyarakat di kawasan Dun Sukau.

“ dengan sikap dan budaya kepimpinan masyartakat seperti ini sudah tentu mendorong saya dan peimpin UKPR kawasan ini menjalankan tanggungjawab lebih kental untuk kemajuan bersama,” katanya.

Selesai.