Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Satukan umat untuk kemajuan Sukau - Saddi


 
Saddi bersama-sama rakyat mergerjakan solat sunat Aidiladha bersama lebih 400 masyarakat Muslim di Masjid Tun Juhar, Pekan Sukau pada Jumaat.
 Saddi bersalaman dengan rakyat


Bergambar bersama penduduk Kampung Sukau selepas mengerjakan solat Sunat Aidiladha dan melakukan kunjungan rumah terbuka.



SUKAU 1 Sept 2017 :   

Datuk Saddi Abdul Rahman mengingatkan masyarakat Islam di kawasan ini supaya memperteguhkan semangat bersatu dan bertoleransi sesama muslim demi membolehkan mereka memperkasakan perjuangan meningkatkan sosio pembangunan dan ekonomi bersama, mantap dan berkesan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau itu menegaskan, perpaduan sesama muslim itu amat dituntut dalam menjayakan pelbagai bidang ekonomi dan siasah rakyat di kawasan ini, termasuk berasaskan peluang-peluang ekonomi sedia ada seperti pembangunan diri dan spiritual (pendidikan), pertanian, pelancongan, perikanan dan keusahawanan.

“ Perpaduan akan menyuntik sesama muslim untuk berkerjasama menjayakan bidang-bidang ini bukan saja kebaikan individu dan keluarga, tetapi mencakupi kehendak masyarakat masyarakat Islam di sini agar seiring dengan pencapaian yang diraih masyarakat Islam global,” katanya.

Menyatakan perkara itu selepas bersama-sama mengerjakan solat Sunat Aidiladha dan Jumaat di Masjid Tun Juhar, Sukau dan Masjid  Batu Putih di sini, Saddi yang juga Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa (KPD) berkata, perpaduan yang baik sesama agama itu turut mampu meningkatkan ilmu di kalangan mereka ke arah kemajuan sosio pembangunan ekonomi bersama.

Saddi berkata walaupun beliau bakal menghadapi kegagalan meneruskan pembinaan jambatan Sukau ke 2  merentasi Sungai di Pekan Sukau itu bernilai RM73 juta yang mendapat bantahan pihak kumpulan pencinta alam antarabangsa,  tetapi beliau tidak akan berputus asa demi meneruskan kesinambungan pembangunan Pekan Sukau itu.

Katanya, beliau masih merasa gembira kerana peruntukan bagi pembinaan jambatan itu tidak ditarik balik oleh kerajaan pusat, sebaliknya ia digunakan bagi meneruskan pelbagai program pembangunan rakyat di kawasan itu terutama dalam memantapkan rangkaian jalan kampung ke Pekan Sukau itu hingga ke Kampung Suan Lamba.

“ Saya juga akan terus memfokuskan kepada usaha mengingkatkan prasarana pekan Sukau dalam misi menjadikannya sebagai pusat pentadbiran baharu dalam kawasan Sukau menjelang tahun 2020.

“ Ini termasuk menyediakan pelbagai prasrana seperti pusat pertumbuhan ekonomi belia, kemudahan dalam menjayakan program IKS rakyat, rumah-rumah kedai, dan kempen mengujudkan cawangan  pejabat-pejabat kerajaan dan swasta di sini,” katanya.

Mengenai program pembangunan akidah dan rohani masyarakat muslim  di pekan itu, kata Saddi, beliau akan terus merancang untuk membawa keujudan sekolah agama dan pusat tahfiz Al-Quraan di kawasan itu.

“Sudah tentu semua ini memerlukan kerjasama yang padu di kalangans esama umat di kawasan ini demi kebaikan bersama pada tempoh yang disasarkan,” katanya.