Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Al-Fatihah..


Saya terasa sedih dan dukacita ibu susuan saya Allahyarhamah ibu Jannatun Binti Otu telah kembali kerahmatuallah kelmarin dan dikebumikan hari ini di Kg Perpaduan Batu putih, Kinabatangan. Semasa saya berumur lebih kurang 3 bulan emak tinggalkan saya bersama Allayarhamah selama lebih kurang 2 hari kerana emak terlantar sakit di Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Allahyarhamahlah yang menyusukan dan menjaga saya. Bayangkanlah sekiranya ibu Jannatun tidak menyusukan saya..Hanya Allah saja yang tahu pada ketika itu. Saya mengajak rakan-rakan facebook sedekahkan Al-fatihah semoga roh Allahyarhamah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh, beriman & dirahmati Allah ke jannah. 
Al-fatihah..