Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Permasalahan rakyat diselesaikan dengan segera.






Selepas menghadiri Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Kinabatangan, ekoran laporan serta aduan penduduk, YB Datuk Saddi Haji Abdul Rahman bergegas ke Kg Litang, Kinabatangan bagi melihat sendiri permasalahan rakyat yang dilaporkan itu. 

Pada lawatan singkat tersebut beliau telah meluluskan sejumlah peruntukan bagi membina semula sebuah jambatan usang dan telah mengenal pasti punca masalah bekalan elektrik yang masih belum beroperasi yang akan dibawa kepada pihak yang bertanggungjawab untuk diselesaikan. Turut serta dalam lawatan ini, Penolong Pegawai Daerah Kinabatangan En Madinin Jenin.