Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Waspada tindakan hasut benci kerajaan - Salleh



KINABATANGAN 31 Julai : Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, mengingatkan rakyat supaya berhati-hati dengan tindakan pihak tertentu yang cuba meracuni fikiran mereka untuk membenci kerajaan. Menurut beliau, pihak tertentu di luar negara itu berbuat demikian kerana cemburu dengan kerajaan yang mampu memajukan negara dalam suasana demokrasi, sekali gus menyumbang kepada keamanan. 

"Mereka (pihak tertentu di luar negara) bersekongkol dengan kumpulan kecil di Malaysia meracuni pemikiran rakyat termasuk membuat tohmahan dan fitnah kepada Perdana Menteri.

"Ia bertujuan agar rakyat hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman, di sini, hari ini. Salleh yang juga Bendahari UMNO berkata, mereka menggunakan media sosial dengan memberi gambar negatif untuk meracuni pemikiran rakyat agar membenci kerajaan. - 


Sumber BERNAMA