Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV



SADDI TIDAK LUPA TANGGUNGJAWAB SEBAGAI WAKIL RAKYAT

SUKAU: Mempastikan keselesaan pusat ibadah, menziarahi rakyat yang sakit dan kematian adalah sebahagian dari keutamaan diberikan Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman.

Bagi Wakil Rakyat itu. aktiviti sedemikian sudah menjadi sebahagian amalan pemimpin dari kalangan Barisan Nasional (BN) Sabah sekian lama..

Saddi mula berjinak-jinak sejak lagi menjadi Ketua Pegerakan Pemuda Umno Kinabatangan dan digiatkannya ketika menjadi Naib Ketua Bahagian Umno kawasan itu.

Saddi yang juga Pengerusi PNG Limited, sebuah anak syarikat pelaburan Yayasan Sabah mahu kegiatan itu menjadi sebahagian budaya penting pemimpin di peringkat akar umbi. terutama kakitangan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Sukau, Pengerusi JKKK dan Ketua-Ketua Kampung serta Ketua Anak Negeri (KAN) di sini Saddi juga adalah Pengerusi Tanikan Kinabatangan Berhad yang diasaskannya dua tahun lalu, bagi menjanakan ekonomi pertanian dan perikanan di Kinabatangan.

Dua hari lepas, Saddi meluangkan masa menziarahi kematian dua orang pengundi dalam kawasan Dun Sukau. Seorang darinya, Pangiran Haji Alias Bin Datuk Seri Panglima Pangiran Galpam yang kembali ke Rahmatullah pagi Jumaat lepas. Jenazahnya diurus dan disemadikan di kawasan kediaman keluarga itu.Keesokannya,

Saddi mengunjungi seorang lagi penduduk di Kampung Perpaduan, Batu Putih Sukau, yang juga anggota keluarganya. Puan Kimrana yang kembali ke Rahmatullah Pagi Sabtu.Sepanjang minggu lepas, Saddi menghabiskan masa mengunjungi beberapa orang penduduk Sukau yang dirawat di Hospital Duchess Of Kent, Sandakan.

Beberapa orang dari mereka masih dilaporkan dalam keadaan kurang stabil akibat serangan jantung. Kebiasaannya, Saddi turut memberikan sumbangan peribadi kepada mereka yang terlibat bagi meringankan beban ditanggung.

Pada Jumaat lalu, Saddi mengulangi lawatan ke Tapak Projek Masjid Daerah Kota Kinabatangan atas permintaan Imam Daerah itu, Haji Jalpah Bin Sani.

Tujuan lawatan itu bagi memantau masalah pembinaan masjid itu yang masih belum siap mengikut jadual serta mula meresahkan masyarakat Islam di daerah ini.Permasalahan masjid itu juga terus menjadi tanda tanya kepada kalangan musafir yang ingin mengunakan masjid itu untuk melakukan ibadah.

Saddi dalam lawatannya kali ini sudah mendapati masjid berkenaan mengalami keretakan bangunan, belum menerima bekalan air dan kemudahan beribadah mencukupi, sesuai dengan tarafnya dicadangkan sebagai masjid daerah.

Selain itu, keadaan dalam masjid yang kotor dipenuhi najis burung, diikuti kawasan halaman yang belum dipagar dan tidak diturap yang mendatangkan ketidakselesaan kepada masyarakat Islam untuk beribadah.

Saddi dalam pada itu merayu sekali lagi kepada kerajaan negeri khususnya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (Jheains) agar mengambil tindakan terhadap masalah itu demi menjaga imej pusat ibadah bagi umat Islam di daerah ini.“

Sepatutnya satu tindakan tegas sudah dibuat sebaik saja teguran saya melalui media sesudah lawatan sebelum ini. Saya bergarap atas kepentingan dan imej masyarakat Islam di kawasan ini, masalah ini dapat diatasi untuk kebaikan bersama,” katanya sambil menambah satu permohonan kepada Ketua Menteri akan dilakukan bagi menangani masalah terlibat.

Selesai