Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

Bandar Biodiversiti Bakal Menjadi Realiti


DALAM usaha menjayakan sistem perkhidmatan komunikasi, secara maya antara rakyat dan kerajaan di kawasan Sukau; Wakil Rakyatnya, Saddi Abdul Rahman sendiri menjadi pelopornya apabila beliau sendiri melancarkan Blog ADUN N48 Sukau.
Ini cukup jelas dan nyata bahawa usaha sebegini menjurus kepada membantu memperkasakan urusan perkhidmatan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N48 Sukau.
Dalam erti kata lainnya, beliau membantu dalam menjayakan penyediaan khusus sistem Jalur Lebar yang dibekalkan oleh empat (4) Pusat Jalur Lebar Komuniti di bawah pembiayaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di kawasan DUN Sukau.
Selain itu cadangan mewujudkan Pekan baru Sukau sesungguhnya mendapat sambutan baik kerajaan negeri dengan mengumumkan pada sidang Dewan Undangan Negeri lepas, bahawa pihk Lembaga Pembangunan dan Perumahan Bandar (LPPB) di bawa selia Kementerian Kerajaan dan Tempatan dan Perumahan Negeri dipilih sebagai agensi pelaksana ke atas syor tersebut.

DUN Sukau pesat membangun di bawah BN

Datuk Saddi Abdul Rahman menyampaikan bantuan kepada salah seorang penerima

PERANAN yang dimainkan oleh pemimpin Barisan National (BN) dalam mempertingkatkan infrastruktur awam untuk dinikmati oleh rakyat, terutama sekali masyarakat setempat di DUN Sukau seharusnya disambut baik oleh semua golongan masyarakat.

Ini jelas, usaha kerajaan BN atas inisiatif Wakil Rakyatnya Datuk Saddi Abdul Rahman yang begitu prihatin kepada rakyatnya, khususnya yang tinggal di pesisiran pantai dan tebing-tebing sungai telah menikmati kemudahan asas yang disalurkan oleh kerajaan; termasuk pembinaan Loji Air Mengaris dan pemasangan paip air di sepanjang Kampung Batu Putih-Kg Paris.
Selain itu langkah kerajaan meluluskan pembinaan sebuah lagi loji air di kawasan kampung Bilit bagi keperluan penduduk sekitar Sukau dan Suan Lamba bernilai RM30 juta amat dialu-alukan.
Sementara itu, pembinaan Projek Solar Hybird bagi menerangi beberapa kampung antaranya Kampung Lubukan di kawasan Persisiran Pantai telah tertunai dan di mana pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) telahpun menjanjikan bahawa pada tahun ini juga kemudahan bekalan elektrik akan beroperasi 24 jam di Kampung Tanjung Aru, berbanding 18 jam sebelum ini dinaiktaraf.
Sabahkini.net yang sentiasa mengikuti perkembangan ADUN Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman berjaya mendapat maklumat terperinci mengenai perkembangan dan kemajuan prasarana yang telah dicapai; walaupun sering dieksplotasikan pembangkang.
Sudah tentu segala penyediaan kemudahan tersebut akan memberi impak besar kepada masa depan ekonomi rakyat di kawasan DUN Sukau dan membolehkan Saddi meneruskan perjuangan agenda asalnya yang berkaitan sosio ekonomi dan kebajikan rakyat agar terus terpelihara dan mengecapi apa juga kemudahan.
Justeru itu, misi mewujudkan sebuah kampung nelayan yang moden dan bakal dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas untuk merangsang kegiatan ekonomi berasaskan bidang perikanan bersepadu dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Natijahnya, rakyat akan terus menikmati pelbagai kemudahan seperti perumahan modern, kemudahan kesihatan, pendidikan dan pelbagai lagi kemudahan untuk melonjakkan taraf hidup masyarakat nelayan sebagai golongan berpendapatan tinggi.
Jika segala perancangan ini terlaksana, maka aspirasi untuk meletakkan semula Sandakan dan Kinabatangan sebagai pusat perikanan yang maju di masa depan pasti akan melakar sejarah baru nelayan Sabah.

Awas!! 2,236 bayi telah diserang wabak AGE

PRIHATIN...Mah (berdiri kiri) melawat kanak-kanak yang dirawat di Hospital Tapah dipercayai akibat wabak AGE


Punca kematian mengejut dua bayi awal minggu lalu, dipercayai akibat sejenis wabak dikenali sebagai Acute Gastroenteritis (AGE) yang dibawa virus rotavirus yang kini sudah menyerang 2,236 bayi di Perak. Difahamkan wabak dibawa virus itu tersebar melalui air dan makanan dan hanya menjangkiti bayi di Teluk Intan, Hutan Melintang, Chenderong Balai, Langkap di Hilir Perak dan Batang Padang, Tapah, di sini.

Berdasarkan aduan diterima, rotavirus lebih mudah menyerang bayi berusia antara dua bulan hingga 10 bulan menyebabkan mangsa cirit-birit dan demam panas sebagai tanda awal. Exco Kesihatan Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata penemuan punca wabak AGE itu diperolehi hasil ujian makmal sejurus dua bayi mati mengejut awal minggu lalu. Katanya, virus berbahaya itu menyebabkan bayi menghidapnya hilang selera makan, sakit kepala, sakit perut, loya dan pelbagai tanda lain.

Dalam kejadian 30 Januari lalu, dua bayi, Tamil Selvan, sembilan bulan dan Varagaran Murugan, dua bulan, mati mendadak selepas diserang demam dan cirit-birit berulang. Kedua-dua mangsa yang berasal dari Taman Julaiha dan Kampung Teluk Buluh, Hutan Melintang, di sini, mempunyai simptom sama iaitu cirit-birit, demam panas, mata bengkak dan badan bertukar kehijauan.

Menurut Dr Mah, sejak 27 Januari lalu sehingga semalam, 2,236 kes AGE dengan gejala cirit-birit dan muntah dikesan di dua daerah iaitu 1,397 kes di Hilir Perak dan 839 kes di Batang Padang. “Bagaimanapun jumlah kes menunjukkan penurunan sejak seminggu lalu di hospital daerah itu. Kebanyakan kes AGE yang dikesan menunjukkan gejala cirit-birit dan muntah dan sebahagian besar bayi dijangkiti mendapat rawatan pesakit luar,” katanya pada sidang akhbar di Klinik Kesihatan Tapah, semalam.

Menurutnya, kajian sedang dijalankan Jabatan Kesihatan negeri Perak dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perubatan dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan untuk mengenal pasti punca merebaknya wabak itu. 
“Antara langkah berkesan bagi mengelak wabak itu merebak ialah memasak air sebelum diminum, membasuh tangan menggunakan sabun sebelum dan selepas makan serta ke tandas. “Mengurangkan memakan makanan mentah seperti ulam atau tidak dimasak, memasak makanan dengan sempurna, membersihkan peralatan pemakanan dan minuman bayi dengan merebus terlebih dahulu sebelum digunakan,” katanya.

Mah berkata, orang ramai yang mengalami demam, cirit-birit, muntah, loya, sakit perut, sakit kepala serta hilang selera makan perlu segera mendapatkan rawatan. Berdasarkan data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan lebih 440,000 kematian kanak-kanak dan bayi di seluruh dunia disebabkan rotavirus.


Ingat Susah Payah Ibubapa Dalam Memastikan Kejayaan Anak-Anak

Saddi menyampaikan ucapan majlis makan malam bersama pelajar UITM Sarawak
Antara sebahagian rombongan pelajar UITM yang menghadiri majlis makan malam bersama Adun Sukau


Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, para pelajar pusat pengajian tinggi di negara ini perlu memberi tumpuan kepada kejayaan ilmu dan kepakaran pelbagai bidang tanpa terikut-ikut berdemonstrasi semata mata mengikut kehendak tertentu bagi merubah Akta Universit dan Univeriti Kolej (AUKU) di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau itu berkata,  kedudukan paling tepat bagi golongan pelajar itu  di menara gading ialah menguasai segala bidang  berobjektifkan matlamat  memajukan negara serta merubah ekonomi keluarga

“ Ingat dulu betapa susahnya keluarga serta kerajaan yang menjadikan impian para pelajar ke universiti menjadi kenyataan. “Bukan apabila sudah di menara gading, pelbagai tuntutan dan demonstrasi dibuat untuk menunjukkan bahawa para pelajar kononnya mempunyai hak dan kepentingan melakukannya. Sedangkan matlamat asal mereka mahu menguasai ilmu dan kepakaran,” katanya.

Saddi berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam sempena menyambut  lawatan lebih 50 pelajar Universiti Institut Teknologi Mara (UITM) Cawangan Sarawak di Ocean King, sebuah restoran makanan laut terkenal di Pasir Putih dekat bandar ini, pada Sabtu lalu.

Mesyuarat Penubuhan Jentera PRU13 Dun 48 Sukau

Napsah menyampaikan ucapan sambil didengar oleh Saddi dan Matmin



Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman optimis Barisan Nasional (BN) mampu mencapai majoriti kemenangan lebih besar di kawasan ini jika jentera jawatankuasa pilihanraya yang dibentuk dapat melaksanakan tanggungjawabnya lebih awal.

Katanya, semua anggota yang diberi peranan khusus pada jawatankuasa itu bukan saja berpeluang untuk meyakinkan pengundi berhubung kekuatan serta kerja keras yang ditunjukkan komponen parti itu, tetapi menyelesaikan segala permasalahan yang masih dihadapi rakyat. Kita bukan saja memainkan peranan menerangkan para pengundi berhubung kaedah serta senario Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU13), tetapi meyakinkan kepada rakyat bahawa BN sentiasa bersama mereka bagi mengekalkan sebuah kerajaan kuat dalam melindungi hak dan kepentingan rakyat berlandaskan demokrasi di Negara ini,” katanya.

Berucap pada majlis menubuhkan jentera pilihanraya PRU ke 13 bagi Adun Sukau di Hotel Sabah di sini, Saddi berkata, Jawatankuasa yang dibentuk kali ini perlu memfokuskan kepada kepentingan pengundi luar, disamping memantapkan gerak gempur dalam memberikan penerangan kepada rakyat berhubung isu-isu semasa. Selain melantik anggota persiapan itu dari kalangan kakitangan di bawah UPKR Dun Sukau, seluruh ketua-ketua cawangan mewakili parti-parti komponen BN, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang berpengaruh di kalangan masyarakat dilibatkan secara padu dalam jawatankuasa itu. 

Saddi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kerana Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kianabatangan, Pergerakan Wanita Umno Bahagian, Ahli-ahli Pergerakan Puteri, diikuti beberapa orang Ajk Umno Bahagian Kinabatangan (mewakili Dun Sukau) menggangotai jawatankuasa pilihanraya dalam Dun itu. “Saya berterima kasih kepada mereka. Tambahan lagi para pemimpin ini amat berperanan dan berpengalaman dalam pelbagai aspek menghadapi pilihanraya sebelum ini. Saya amat kerjasama mereka inilah menyumbangkan kepada kekuatan parti Umno di kawasan ini. “Saya ingin menegaskan kepada jawatankuasa ini, saya juga calon yang diletakkan BN di kawasan ini dan Kinabatangan khususnya kami akan berikan sokongan paling padu,” kata Saddi.

Dalam pada itu, Ketua Pergerakan Pemuda, Matmin Itin dan Ketua Pergerakan Wanita Bahagian Kinabatangan memberikan sokongan padu kepada Saddi untuk diletakkan semula bertanding di kawasan Dun Sukau. Pemuda sebenarnya tidak mengabil kira siapa juga calon. Tetapi memandangkan wakil rakyat Dun Sukau sekarang masih berprestasi baik, apa salah untuk mengekalkan khidmat yang membanggakan baru sepanggal ini,” kata Matmin pandangannya adalah rasional sebagaimana rakyat dalam Dun Sukau.

Matmin turut yakin, prestasi BN dalam Dun Sukau mencapai kedudukan yang lebih baik dalam pilihanraya kali ini kerana aktiviti turun padang yang kerap dilakukan Saddi, ditambah keupayaan wakil rakyat itu memperjuangkan pelbagai tuntutan pembangunan rakyat di kawasan Dun Sukau.

Ketua Pergerakan Wanita Umno Kinabatangan, Datuk Napsah Datuk Seri Panglima Pangiran Galpam menegaskan, walaupun Adun Sukau sudah membuktikan komitmennya yang terbaik dalam masa singkat sebagai wakil rakyat,  namun penubuhan jawatankuasa Pilihanraya Dun Sukau mampu menentukan jumlah majoriti undi lebih besar dalam PRU ke 13 ini.

Produk pelancongan baru yang berpotensi dari Kg Abai

Saddi menikmati Durian bersama Ketua Kampung Abai, Jamal Engau dan Pengerusi JKKK, Tahir Mastar berserta beberapa orang penduduk kampung
Pohon durian di Kampung Abai yang masih banyak berbuah
Inilah Produk Abai’ katanya sambil menunjukkan Udang Gala yang dinikmati beliau bersama penduduk kampung ketika makan tengahari dalam lawatan kerja ke kampung itu
Saddi berehat bersama kakitangan UPKR Sukau di Abai Resort
Mendengar taklimat seorang pengusaha pelancongan di Abai dan Tahir


Buah-buahan seperti ‘durian kampung’ dan beras padi sawah adalah antara produk tambahan yang perlu ditonjolkan bagi menarik lebih ramai pelancong ke sini, selain makanan popular Udang Galah dan ikan patin, kata Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman.

Pengerusi Korporasi Pembangunan Desa (KPD) itu berkata, kepelbagaian buah durian berisi kuning,  putih menyerupai kapas dan merah,  diikuti beras padi sawah yang diusahakan penduduk sejak zaman British boleh menjadi varity bagi melengkapi keceriaan para pengunjung, apalagi  jika berpeluang menikmatinya pada musim berbuah dan di tuai.

“ Saya juga mencadangkan para penduduk kampung supaya meningkatkan program menanam buah-buahan serta kegiatan berpadi sawah kerana ianya juga berperanan menambah keindahan kampung selain keujudan hidupan liar,  keindahan flora dan fauna di sini,” katanya.

Menyuarakan perkara itu dalam lawatan kerjanya di Kampung Abai pada Ahad, Saddi menegaskan, usaha melipatgandakan aktiviti memasarkan udang galah serta ikan patin yang terdapat di kampung Abai ke luar daerah dan negara luar terus melonjakkan nama kampung itu sebagai salah sebuah distinasi pelancongan menarik di dalam Dun Sukau, Kinabatangan.

Selamat Pengantin Baru Diucapkan Kepada En. Najib Nasrin & Isteri



“Selamat Pengantin Baru moga kamu berbahagia ke anak cucu”. Inilah kata-kata yang sempat disampaikan  Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman ketika majlis merenjis sepasang mempelai Najib Nasrin dan isterinya Mirawati Nasrang pada majlis persandingan mereka di Dewan Masyarakat Sandakan di sini, Sabtu lalu.

Walaupun sibuk mengurus rakyat pada siang hari, tetapi Saddi meluangkan waktu  menghadiri majlis persandingan bermula pukul 7.00 malam yang turut dihadiri lebih 800 orang tetamu, merupakan antara keluarga terdekat beliau. Turut hadir ialah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kinabatangan, Matmin Itin, Ketua Daerah OKK Titing Putang, Pemimpin Kemajuan Rakyat, Shahrin Haji Abdul Rahman,  Ketua Anak Negeri Dun Sukau, Encik Pastor Haji Mansor, KAN Persisiran Pantai, Ustaz Redzuan Baharum, Penyelia Masyarakat, Nasran Salim, Wakil Ketua Anak Negeri, Haji Zukrana Haji Zakaria. Sebelum itu bacaan doa bagi merestui kehidupan pasangan itu dipimpin oleh Cikgu Suar Bin Malapas 

Majlis Penyerahan Baucar BR1M Fasa Kedua




Tunggu rakyat sampai habis terima sumbangan
Saddi menyampaikan BRIM kepada salah seorang penduduk Sukau yang uzur di dalam kenderaan


Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Dun Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman mengingatkan rakyat di kawasan itu agar tidak mudah menerima pelbagai adudomba pihak pembangkang yang sengaja berniat mencemarkan peranan dan tanggungjawab kerajaan BN membela rakyat di kawasan ini.

Katanya, ada antara kenyataan pihak tidak bertanggungjawab itu yang kononnya beliau tidak memperdulikan isu tuntutan tanah penduduk di dalam kampung Sukau yang sudah dirampas oleh sebuah syarikat perladangan di kawasan itu. “ Semua ini bukan saja dakyah pihak yang tidak bertanggungjawab untuk merosakkan nama baik saya, tetapi menjerat saya supaya campurtangan dalam kes tuntutan tanah yang sudah diputuskan pihak mahkamah. Kes berkaitan tanah berkenaan sudah dalam perhatian perundangan sejak berpuluh tahun lalu, sedangkan saya baru menjadi wakil rakyat. Macamana lagi kita campur.

“ Malah saya arahkan penduduk terlibat supaya bersabar kerana kita usahakan kawasan penempatan baru. Tetapi mereka berkeras dan terus juga menuntut tanah berkenaan walaupun sesudah mahkamah membuat keputusan. Kuasa saya tidak sampai mengatasi keputusan mahkamah,” katanya ketika menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia Fasa Kedua bagi kurang 1,000 orang penduduk Sukau di Dewan Sri Libaran di sini baru-baru ini.

Selain percaya bahawa dakwaan sedemikian sengaja dipergunakan pemimpin pembangkang yang ‘menyusup masuk’ bagi ‘memperkudakan’ segelintir individu di kawasan ini, Saddi berkata,  penyokong pembangkang sentiasa akan ketinggalan jika tidak berdamping dengan peranan dan sumbangan kerajaan yang ikhlas membela. Saddi berkata, pihaknya sudah menyedia dan sedang menyenaraikan berpuluh-puluh lagi program pembangunan di kawasan Dun Sukau bagi membela rakyat secara jangka pendek dan jangka panjang.

“ Namun samada rakyat atau mereka yang menyokong pembangkang pasti akan terus rugi dan ketinggalan selagi bersikap prejudis terhadap segala usaha kerajaan BN termasuk yang diperjuangkan oleh wakil-wakil rakyat yang menerima amanah ini, tidak terkecuali bantuan BR1M yang turut dipandang serong pihak pembangkang,” katanya.

Usaha pihak tertentu membawa pihak pembangkang ke Dun Sukau dan Kinabatangan akan menjadikan golongan kecil itu sentiasa dalam kerugian kerana menerima konsep pemikiran ‘Mat Jenin, apalagi kerana ‘sanggup menunggu bulan dan bintang jatuh ke riba mereka’.