Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

Bandar Biodiversiti Bakal Menjadi Realiti


DALAM usaha menjayakan sistem perkhidmatan komunikasi, secara maya antara rakyat dan kerajaan di kawasan Sukau; Wakil Rakyatnya, Saddi Abdul Rahman sendiri menjadi pelopornya apabila beliau sendiri melancarkan Blog ADUN N48 Sukau.
Ini cukup jelas dan nyata bahawa usaha sebegini menjurus kepada membantu memperkasakan urusan perkhidmatan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N48 Sukau.
Dalam erti kata lainnya, beliau membantu dalam menjayakan penyediaan khusus sistem Jalur Lebar yang dibekalkan oleh empat (4) Pusat Jalur Lebar Komuniti di bawah pembiayaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di kawasan DUN Sukau.
Selain itu cadangan mewujudkan Pekan baru Sukau sesungguhnya mendapat sambutan baik kerajaan negeri dengan mengumumkan pada sidang Dewan Undangan Negeri lepas, bahawa pihk Lembaga Pembangunan dan Perumahan Bandar (LPPB) di bawa selia Kementerian Kerajaan dan Tempatan dan Perumahan Negeri dipilih sebagai agensi pelaksana ke atas syor tersebut.
Kata sumber itu lagi, agensi tersebut juga bertindak sebagai urusetia bagi melaksanakan program pembangunan Pekan Baru Sukau dan pada 24 Julai 2009 adalah merupakan tarikh keramat bagi majlis Pecah Tanah Pekan Baru Sukau yang disempurnakan sendiri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Hj Aman dan disaksikan sendiri oleh penduduk setempat seramai 7,000 orang.
Pada tarikh tersebut ia menandakan bahawa pihak kerajaan bersedia menyalurkan peruntukan bagi menjayakan lanskap pembangunan terancang itu di bawah beberapa fasa yang telah dipersetujui; sekaligus menjadi imej baru dalam menjana transformasi pembangunan ekonomi negeri di salah satu kawasan Pantai Timur Sabah.
Dalam pada itu kerajaan negeri Sabah seperti yang diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah dalam sidang medianya telah bersetuju dan bersedia memperuntukan sebanyak RM200 juta bagi melaksanakan projek Pekan baru Sukau dalam Rancangan Malaysia ke 10 (RMK-10) dan jumlah ini tidak termasuk RM270 juta bagi membina jambatan serta menaiktaraf jalan raya Sukau-Litang yang sedia ada, akan dilaksanakan kerajaan secara berperingat-peringkat.
Wartawan Sabhkini.net juga difahamkan jika menjadi kenyataan kelak, Pekan Baru Sukau ini bukan saja sekadar menyaksikan wujudnya kawasan pembangunan yang terancang, dikelilingi 42 buah kampung; namun ia mampu berperanan sebagai pemangkin serta rangkaian ekonomi rakyat di bahagian Pantai Timur Sabah.
Suka ataupun tidak, suara-suara sumbang dan komen-komen negatif mengenai perancangan kerajaan untuk kebaikan rakyat haruslah dihentikan. Apalagi yang mereka mahu kalau niat kerajaan telus dan tulus membuat kebaikan rakyat untuk menaiktaraf sosio ekonomi rakyat, malah menjana pembangunan asas untuk kepentingan rakyat di Sukau.
Isu ini tidak perlu dipertikaikan oleh mana-mana golongan yang anti pembangunan dan kemajuan ia diibaratkan anjing menyalak bukit, namun bukit tetap tidak berubah; anjing yang terkapar-kapar kerana kepenatan.
Hanya waktu saja yang dapat menentukannya dan yang pastinya usaha ini adalahyang lebik baik daripada kesuraman pembangunan empat tahun sebelumnya, makanya semakin kuat Saddi mengejarnya, semakin hampirlah rakyat Sukau meraikan kejayaan itu.
Senario ini juga merupakan satu realiti membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia dan juga Datuk Seri Musa Hj Aman sebagai Ketua Menteri Sabah dalam merealisasikan impian pembangunan dalam Pekan Baru Sukau yang dipanggil sebagai Bandar Bio Diversiti'.
Kesediaan seorang Ketua Negeri yang menjadi lambang dan payung kepada kesejahteraan dan kehormatan Sabah, Tun Hj Juhar Hj Mahiruddin melakukan upacara Majlis Pecah Tanah bagi pembinaan Masjid Tun Juhar baru-baru ini harus disokong semua pihak demi kepentingan dan kemanfaatan rakyat jelata