Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

Mesyuarat Penubuhan Jentera PRU13 Dun 48 Sukau

Napsah menyampaikan ucapan sambil didengar oleh Saddi dan Matmin



Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman optimis Barisan Nasional (BN) mampu mencapai majoriti kemenangan lebih besar di kawasan ini jika jentera jawatankuasa pilihanraya yang dibentuk dapat melaksanakan tanggungjawabnya lebih awal.

Katanya, semua anggota yang diberi peranan khusus pada jawatankuasa itu bukan saja berpeluang untuk meyakinkan pengundi berhubung kekuatan serta kerja keras yang ditunjukkan komponen parti itu, tetapi menyelesaikan segala permasalahan yang masih dihadapi rakyat. Kita bukan saja memainkan peranan menerangkan para pengundi berhubung kaedah serta senario Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU13), tetapi meyakinkan kepada rakyat bahawa BN sentiasa bersama mereka bagi mengekalkan sebuah kerajaan kuat dalam melindungi hak dan kepentingan rakyat berlandaskan demokrasi di Negara ini,” katanya.

Berucap pada majlis menubuhkan jentera pilihanraya PRU ke 13 bagi Adun Sukau di Hotel Sabah di sini, Saddi berkata, Jawatankuasa yang dibentuk kali ini perlu memfokuskan kepada kepentingan pengundi luar, disamping memantapkan gerak gempur dalam memberikan penerangan kepada rakyat berhubung isu-isu semasa. Selain melantik anggota persiapan itu dari kalangan kakitangan di bawah UPKR Dun Sukau, seluruh ketua-ketua cawangan mewakili parti-parti komponen BN, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang berpengaruh di kalangan masyarakat dilibatkan secara padu dalam jawatankuasa itu. 

Saddi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kerana Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kianabatangan, Pergerakan Wanita Umno Bahagian, Ahli-ahli Pergerakan Puteri, diikuti beberapa orang Ajk Umno Bahagian Kinabatangan (mewakili Dun Sukau) menggangotai jawatankuasa pilihanraya dalam Dun itu. “Saya berterima kasih kepada mereka. Tambahan lagi para pemimpin ini amat berperanan dan berpengalaman dalam pelbagai aspek menghadapi pilihanraya sebelum ini. Saya amat kerjasama mereka inilah menyumbangkan kepada kekuatan parti Umno di kawasan ini. “Saya ingin menegaskan kepada jawatankuasa ini, saya juga calon yang diletakkan BN di kawasan ini dan Kinabatangan khususnya kami akan berikan sokongan paling padu,” kata Saddi.

Dalam pada itu, Ketua Pergerakan Pemuda, Matmin Itin dan Ketua Pergerakan Wanita Bahagian Kinabatangan memberikan sokongan padu kepada Saddi untuk diletakkan semula bertanding di kawasan Dun Sukau. Pemuda sebenarnya tidak mengabil kira siapa juga calon. Tetapi memandangkan wakil rakyat Dun Sukau sekarang masih berprestasi baik, apa salah untuk mengekalkan khidmat yang membanggakan baru sepanggal ini,” kata Matmin pandangannya adalah rasional sebagaimana rakyat dalam Dun Sukau.

Matmin turut yakin, prestasi BN dalam Dun Sukau mencapai kedudukan yang lebih baik dalam pilihanraya kali ini kerana aktiviti turun padang yang kerap dilakukan Saddi, ditambah keupayaan wakil rakyat itu memperjuangkan pelbagai tuntutan pembangunan rakyat di kawasan Dun Sukau.

Ketua Pergerakan Wanita Umno Kinabatangan, Datuk Napsah Datuk Seri Panglima Pangiran Galpam menegaskan, walaupun Adun Sukau sudah membuktikan komitmennya yang terbaik dalam masa singkat sebagai wakil rakyat,  namun penubuhan jawatankuasa Pilihanraya Dun Sukau mampu menentukan jumlah majoriti undi lebih besar dalam PRU ke 13 ini.