Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

Majlis Penyerahan Baucar BR1M Fasa Kedua




Tunggu rakyat sampai habis terima sumbangan
Saddi menyampaikan BRIM kepada salah seorang penduduk Sukau yang uzur di dalam kenderaan


Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Dun Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman mengingatkan rakyat di kawasan itu agar tidak mudah menerima pelbagai adudomba pihak pembangkang yang sengaja berniat mencemarkan peranan dan tanggungjawab kerajaan BN membela rakyat di kawasan ini.

Katanya, ada antara kenyataan pihak tidak bertanggungjawab itu yang kononnya beliau tidak memperdulikan isu tuntutan tanah penduduk di dalam kampung Sukau yang sudah dirampas oleh sebuah syarikat perladangan di kawasan itu. “ Semua ini bukan saja dakyah pihak yang tidak bertanggungjawab untuk merosakkan nama baik saya, tetapi menjerat saya supaya campurtangan dalam kes tuntutan tanah yang sudah diputuskan pihak mahkamah. Kes berkaitan tanah berkenaan sudah dalam perhatian perundangan sejak berpuluh tahun lalu, sedangkan saya baru menjadi wakil rakyat. Macamana lagi kita campur.

“ Malah saya arahkan penduduk terlibat supaya bersabar kerana kita usahakan kawasan penempatan baru. Tetapi mereka berkeras dan terus juga menuntut tanah berkenaan walaupun sesudah mahkamah membuat keputusan. Kuasa saya tidak sampai mengatasi keputusan mahkamah,” katanya ketika menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia Fasa Kedua bagi kurang 1,000 orang penduduk Sukau di Dewan Sri Libaran di sini baru-baru ini.

Selain percaya bahawa dakwaan sedemikian sengaja dipergunakan pemimpin pembangkang yang ‘menyusup masuk’ bagi ‘memperkudakan’ segelintir individu di kawasan ini, Saddi berkata,  penyokong pembangkang sentiasa akan ketinggalan jika tidak berdamping dengan peranan dan sumbangan kerajaan yang ikhlas membela. Saddi berkata, pihaknya sudah menyedia dan sedang menyenaraikan berpuluh-puluh lagi program pembangunan di kawasan Dun Sukau bagi membela rakyat secara jangka pendek dan jangka panjang.

“ Namun samada rakyat atau mereka yang menyokong pembangkang pasti akan terus rugi dan ketinggalan selagi bersikap prejudis terhadap segala usaha kerajaan BN termasuk yang diperjuangkan oleh wakil-wakil rakyat yang menerima amanah ini, tidak terkecuali bantuan BR1M yang turut dipandang serong pihak pembangkang,” katanya.

Usaha pihak tertentu membawa pihak pembangkang ke Dun Sukau dan Kinabatangan akan menjadikan golongan kecil itu sentiasa dalam kerugian kerana menerima konsep pemikiran ‘Mat Jenin, apalagi kerana ‘sanggup menunggu bulan dan bintang jatuh ke riba mereka’.