SUKAU 10 Ogos 2017 :
Pagi tadi menghadiri Mesyuarat Hala Tuju Projek Gantian keatas penangguhan Projek Jambatan Ke-2 Sukau, Kinabatangan seperti yang dipersetujui pihak kerajaan khususnya YAB DSP Musa
Haji Aman Ketua Menteri Sabah iaitu :-
1. Projek membina jalan 5 km Pekan Sukau
dengan kos RM25 juta.
2. Projek naik tarap jalan 5.6 km Rancangan Suan Lamba Peringkat 2 dengan kos RM17 juta.
3. Mengekalkan projek asal jalan Sukau 2.6 km.
Hasil mesyuarat ini UPEN & JKR telah diminta mengemukakan syor ini kepada KKLW & MOF untuk kelulusan.
Saya amat terkilan walaupun
mesyuarat sepatutnya dihadiri oleh ketua-ketua jabatan & Setiausaha Tetap Kementerian hampir semua ketua jabatan hanya menghantar wakil. Agak malang sekali, kementerian yang penting dalam isu ini seperti Kementerian Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar langsung tidak menghantar wakil. Ini membuktikan kementerian ini
langsung mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap kepentingan kesejahteraan dan kemajuan rakyat di Sukau.
Dalam ruang ini saya ingin
merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada YAB DSP Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah yang telah bersetuju dan menyokong gantian projek-projek yang telah saya cadangkan kepada YAB DSP saya tahu YAB DSP juga turut bersimpati terhadap
penangguhan projek ini.
Saya juga mengucapkan ribuan
terima kasih khususnya Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah (UPEN) dan Pegawai Daerah Kinabatangan
yang mengandalikan mesyuarat hari ini serta KKLW yang masih mengekalkan
peruntukan jambatan Ke-2 yang ditangguhkan. seterusnya kami mengadakan lawatan
kelapangan untuk penilaian dan justifikasi terhadap betapa penting jalan serta jambatan ini kepada rakyat.
Saya berharap projek ini dapat
dapat dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional secepat mungkin sebelum PRU14
ini.