LITANG 13 August 2017 :
Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berazam untuk terus memperjuangkan kepentingan belia di kawasan ini, khususnya membabitkan khidmat pengurusan dan kepimpinan golongan itu dibawah peranan kementerian terlibat.
Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berazam untuk terus memperjuangkan kepentingan belia di kawasan ini, khususnya membabitkan khidmat pengurusan dan kepimpinan golongan itu dibawah peranan kementerian terlibat.
Ahli Dewan
Undangan negeri Sukau itu tetap tidak akan jemu mengetengahkan isu dan
keperluan golongan tersebut kepada pihak kerajaan, khususnya demi memenuhi
segala keperluan belia di Kinabatangan yang ternyata jauh ketinggalan
berbanding daerah-daerah lain di Sabah.
“ Dikala kita
sedang membincangkan gagasan TN50
(Tranformasi Nasional tahun 2050), pejabat belia di Kota Kinabatangan begitu
ketinggalan berbanding dengan khidmat dan peranan yang dimainkan Kementerian
Belia dan Sukau Negeri di daerah lain.
“ Bayangkan
betapa luasnya daerah ini yang hampir menyamai Negeri Pahang, Tetapi kita hanya
ada seorang pegawai yang dalam masa sama berperanan sebagai kerani, budak
pejabat dan pemandu. Pegawai ini juga tidak dibekalkan kenderaan jabatan untuk
melaksanakan tanggungjawabnya di sebuah kawasan luas, tetapi dengan kenderaan
sendiri sebagai seorang ketua pejabat,” katanya.
Kedudukan pegawai
berkenaan kata Saddi, amat menyukarkannya untuk menggerakkan aktiviti membangunkan
golongan belia di kawasan Kinabatangan termasuk di dalam Dun Sukau.
Kekangan itu
telah kata wakil rakyat itu, menyukarkan program-program seperti kepimpinan
belia, gotong royong dan pelbagai lagi sepertimana yang kerap dilakukan suatu
ketika dulu, yang sekaligus berperanan melahirkan belia-belia berjaya dalam
pelbagai bidang termasuklah bidang-bidang keusahawanan dan ekonomi belia.
“ Jadi tidak
hairanlah belia di kawasan Sukau ini agak ketinggalan serba serbi,” katanya
ketika berucap merasmikan Kursus Kepimpinan Belia Kinabatangan dua hari yang berakhir pada Ahad di Kelab Pekerja Ladang Hap Seng di kawasan Litang di sini.
Kursus
kepimpinan yang melibatkan 70 Ketua-Ketua Persatuan Belia di seluruh
Kinabatangan itu dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Negeri dengan
kerjasama Yayasan Sabah dan Syarikat Perladangan Hap Seng Berhad berpusat di
Litang.
Saddi yang
mengakui amat sedih dengan pencapaian itu berkata, beliau sudang berulang kali
membawa isu kekurangan perkhidmatan Kementerian Belia dan Sukan Negeri di
kawasan itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri tetapi hingga kini masih
belum dapat diselesaikan.
Saddi yang juga
Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa (KPD) Sabah berkata, sepatutnya kekurangan jabatan itu di
Kinabatangan perlu ditangani, terutama dalam meletakkan golongan itu sebagai
sebahagian asset negara, khususnya dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke 14
(PRU14) yang akan datang.
“ Ketika
berhadapan bermacam suasana politik berkecamuk, golongan ini yang berperanan
sebagai pewaris kepimpinan negara perlu diberikan perhatian cukup kerana mereka
boleh beperanan sebagai agen perubahan termasuk membetulkan mereka yang
terpesong oleh dakyah-dakyah politik tidak sihat,” katanya.
Turut hadir
ialah Pengurus Kumpulan Yayasan Sabah Kawasan Timur, Hajah Rusinah Haji Muin, Pegawai Belia
Kinabatangan, Masdi Basran, PPM Sukau, Amirudin Mohd Damit, Dasran Haji Dahalan
dan Ketua Anak Negeri Kinabatangan, Awang Ahmad Haji Ongkang.
Walaupun
demikian kata Saddi, golongan belia terdapat di 42 kampung dalam kawasan Dun
Sukau tidak harus merasa terpinggir dengan kekurangan itu. Sebaliknya
membuktikan mereka berupaya berbuat seuatu demi mempertahankan kedaulatan dan
kedudukan kepimpinan kerajaan hari ini.
Dengan mengambil
sikap tidak berpatah semangat, kata Saddi, golongan itu perlu memandang lebih
jauh dan bersikap matang ke atas pendirian dalam mempertahankan sebuah kerajaan
yang berjasa dan bertanggungjawab seperti Barisan Nasional (BN).
“ Dalam kita
memikirkan untuk mahu mengubahkan kerajaan yang ada sekarang, kita tentunya
masih meraba-raba adakah sebuah kerajaan yang akan datang jauh lebih baik dan
dapat melakukan yang terbaik sepertimana yang sudah disumbangkan sebelum ini,”
katanya.
Dalam pada itu,
Saddi menggesa golongan belia di Sukau supaya bersedia membuat perancangan yang
berkesan dalam menentukan soal halatuju pembangunan belia berkenaan.
Katanya, dengan
prinsip yang harus bersikap focus kepada sesuatu perancangan, golongan belia
perlu menyediakan flatform yang berkesan demi menggelakkan mereka menghadapi
kegagalan.
“ Untuk itu,
setiap perancangan itu belia mesti focus terhadap apa yang mereka inginkan.
Belia boleh menyediakan Pelan A dan B, tetapi dengan perancangan yang berkesan
dan focus, saya yakin mereka tidak akan gagal,” katanya.
Menyentuh
mengenai kursus berkenaan, Saddi mahu program seumpamanya diadakan pada
masa-masa terekat di kawasan itu bagi tujuan mengasah kepimpinan belia agar
lebih mantap dalam mendepati cabaran negara di kawasan itu pada masa akan
datang.
Selain
menghargai sumbangan kedua-dua jabatan yang menjadi rakan strategik dalam
program kepimpinan seumpama itu, Saddi turut memuji sumbangan besar yang
diberikan oleh pihak swasta sebagaimana Syarikat Perladangan Hap Seng Berhad
yang berpusat di Litang.
“ Inilah salah
satu contoh terbaik sumbangan diberikan oleh SPHSB. Mereka bukan saja bersedia
menaja tempat penginapan dan makan, tetapi kemudahan bagi menjayakan kursus
ini. Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak pengurusan
tertinggi Hap Seng Berhad, “ katanya.