Pagi tadi saya menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Kinabatangan. Alhamdulillah banyak perkara yg sentuh khususnya kegagalan JKTDK sebagai badan yg bertindak menyelasaikan masalah asas melibatkan soal2 pembangunan seperti OC yg belum diluluskan oleh pihak kuasa tempatan.. Bangunan ppd, mahkamah litar, mahkamah syariah, bomba, masjid daerah, R&R Dan lain lain. Bangunan telah digunakan bertahun-tahun tapi semua bangunan digunakan secara haram.. Harapan saya semua jabatan2 dapat masalah ini dengan kadar segara.
Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau
▼
20 tahun bersama Yayasan Sabah
Menghadiri majlis 20 tahun bersama Yayasan Sabah oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua menteri Sabah merangkap pengerusi lembaga pemegang amanah Yayasan Sabah.
Kerajaan laksana pelbagai program untuk manfaat rakyat - Musa
SANDAKAN 28
Mac - Kerajaan memberi keutamaan kepada pelaksanaan pelbagai program yang dapat
memberi manfaat kepada rakyat dan negara sebagai sebahagian daripada usaha
berterusannya untuk meringankan beban mereka, khususnya golongan memerlukan.
Ketua
menteri, Datuk Seru Panglima Musa Aman berkata, bantuan kerajaan seperti
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) yang menyaksikan bilangan penerima meningkat
mengikut keperluan mereka. "BRIM yang kini memasuki fasa ke-empat
membuktikan bahawa Perdana Menteri menepati janji kepada rakyat di mana pada
pilihanraya lepas, ia adalah antara janji yang ditepati.
Kita
mendengar ada yang mengatakan BRIM ini tidak memberi menfaat kepada rakyat.
Pernyataan ini adalah sama sekali tidak benar. Kerana pemberian bantuan kerajaan
berkenaan membantu dalam meringankan beban penerima bantuan tersebut. Katanya
ketika merasmikan Majlis Pelancaran Penyerahan BRIM 4.0 di Dewan Serbaguna
Libaran, di sini pada jumaat.
Majlis itu
turut dihadiri Pembantu menteri Kerajaan tempatan dan Perumahan Negeri yang
juga Anggota Dewan Undangan Negeri GUM Gum, Datuk Zakaria Hj Mohd
Edris, Anggota Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Hj Abdul Rahman,
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Negeri Sabah (JASA), Haji Abdul Manap Lakariba,
Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Datuk Ir. James Wong, Timbalan
Presiden MPS Haji Hamsan Haji Awang Supain, wakil Ketua Polis Daerah Sandakan,
ketua-ketua cawangan dan pemimpin setempat.
Program turun padang ke Mukim Tanjung Aru
Majlis penyerahan bantuan KWAMP & E-Kasih di SK Tanjung Batu. Di samping menyerahkan enjin sangkut kepada pengerusi PIBG sdra. Abdul Rahman Bahrun bagi pengangkutan murid sekolah d Kg Semangat Payau.
Saya meluangkan masa melawat Stesen bekalan letrik solar hibrid Kg Tanjung Batu. Saya amat simpati kepada penduduk kg Kerana Stesen Eletrik Solar Hibrid ini telah gagal berfungsi dengan sempurna. Dan akhirnya pihak SESB menggunakan enjin janakuasa sepenuhnya untuk membekalkan kuasa eletrik kepada penduduk. Mohon kementerian pembangunan luar bandar & wilayah Malaysia mengambil tindakan segara Dan mengkaji semula pembinaan Dan penggunaan solar hibrid pada masa akan datang.
Sebelah petang terus bergegas ke Kg Semangat Payau merasmikan Jambatan Utama sejauh 380 meter semi konkrit Kg Semangat melalui projek pia/pias MPS.
Majlis penyerahan watikah lembaga pengarah Koperasi Pembangunan Desa 2015 - 2018
Menyaksikan penyerahan watikah perlantikan lembaga pengarah baru KPD oleh ybhg Ujang sulani setiausaha tetap kementerian pertanian & industri makanan sabah mewakili menteri Yb. Datuk yahya Hussin. Tahniah kepada semua BOD yang baru & d lantik semula bagi tahun 2015-2018.
Pusat Arena Sukan wajar ditempatkan di Pekan Baharu Sukau
BATU PUTIH 21 Mac - Datuk Saddi Haji Abdul Rahman mencadangkan agar pembinaan Pusat Arena
Sukan yang telah diluluskan Kementerian Belia dan Sukan Negeri, ditempatkan di
Tapak Pekan Baharu Sukau, Bandar Bio Diversiti.
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan itu berkata,
pembinaan pusat sukan dan rekreasi belia itu amat tepat di kawasan itu kerana
ianya terletak di tengah-tengah kedudukan pembangunan kawasan DUN tersebut.
“Sekiranya cadangan ini diperuntukkan kepada kawasan
Dun Sukau, sebagaimana dicadangkan dalam dailog antara belia dan kementerian
hari ini, maka wajarlah kemudahan itu ditempatkan di tapak Pekan Baharu Sukau.
Membantu golongan belia tanggungjawab pemimpin
BATU PUTIH 21 Mac - Ahli
Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegur
segelintir anggota kabinet negeri yang masih enggan ‘turun padang’ menjenguk
nasib rakyat di kawasan ini yang menjadi salah satu penyebab pembangunan di
kawasan ini masih ketinggalan.
Katanya, tindakan satu dua orang anggota kabinet
negeri itu yang datangnya daripada Umno dirasakan enggan menerima undangan
beliau menlawat dan menghadiri program anjuran rakyat di kawasan itu, kerana
beliau (Saddi) bukan seorang yang memegang jawatan tertinggi di peringkat parti
di bahagian itu.
“Tetapi saya memuji Menteri Belia dan Sukau Negeri,
Datuk Haji Tawfiq Datuk Haji Abu Bakar Titingan kerana walaupun saya tidak memiliki jawatan
tertinggi parti di kawasan ini, namun beliau sanggup datang menjenguk kawasan
ini.
“Beliau datang ke kawasan ini bukan saja ingin
membantu merubah masa depan belia dan rakyat Dun Sukau, namun memberikan
bantuan yang termampu oleh kementerian diwakilinya,” kata Saddi.
Sarawak CM hails Sabah's policies
Kota Kinabalu 17 March - Sarawak wants to emulate Sabah's
policies on forestry and wildlife conservation as well as tourism, which its
Chief Minister Tan Sri Adenan Satem said Sabah has done quite well under Datuk
Seri Musa Aman's leadership.
Speaking at the
welcoming dinner in conjunction with his inaugural visit to the State after his
appointment as Chief Minister, Adenan said Sarawak should emulate Sabah's
forestry policy.
"Sabah's
timber industry used to be in a big mess but now it is well regulated and
managed. We ought to follow your footsteps in this matter," said Adenan,
who recently declared war on illegal logging and froze permits for new timber
concessions – measures which were introduced by Musa soon as he became Sabah CM
a decade ago.
He also said
Sabah's wildlife conservation policy was something that Sarawak was interested
to emulate such as the rehabilitation of the orang utan in Sepilok, Sandakan.
GST system considered more effective - Zakaria
SANDAKAN 17 March - The Goods and Services Tax (GST) system is considered more effective in terms of cost effectiveness and reduction of bureaucracy in the management of the nation’s tax administration system.
Assistant Minister of Local Government and Housing Datuk Zakaria Mohd Edris believes that the implementation of the GST will have a positive impact on the efficiency and competitiveness of the economy as the cost of doing business under the GST system is lower than the current tax system.
“This will provide an advantage to the business people to be more competitive, especially in export markets,” he said when officiating the GST and Consumer Awareness Programme organised by the Libaran Women and Family Development Council (MPWK) at Dewan Libaran here on Sunday.
Hopes dashed as SMK Sukau project revoked
PARIS 13 Mac - The hopes of some 450 students and over 40 teachers
of SMK Sukau near here to have new classrooms and facilities were dashed when
the approved project was revoked early this year for unknown reasons. The
dilapidated secondary school was initially allocated with about RM30 million to
put up new buildings and upgrade its facilities under the Ninth Malaysia Plan
(9MP).
Sukau Assemblyman
Datuk Saddi Abdul Rahman (pic), who disclosed this, said he was very
disappointed that the funding meant for the project at SMK Sukau was cancelled.
"SMK Sukau is
truly in dire need of help and immediate assistance from the respective authorities
to provide conducive and comfortable learning facilities to the rural students
and teachers.
"Although the
proposal to construct new concrete buildings for the school has been made since
early 9MP and approval for the allocations was approved several years later,
until now the aspiration to provide quality education facilities to the
students has not become reality.
Saya berhasrat temui TPM rayu bangunan baru SMK Sukau
SUKAU 9 Mac - Ahli Dewan
Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman hari ini
menyuaratkan hasratnya untuk menemui Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Mohd
Yassin bagi mengemkakan rayuan terus kepada pemimpin itu berhubung nasib dan
masa depan pembinaan bangunan baru SMK Sukau.
Saddi berkata, beliau membuat langkah muktamad itu bagi membolehkan
Tan Sri Muhyidin yang juga Timbalan Perdana Menteri mendengar terus rintihan
dan harapan rakyat Dun Sukau berhubung nasib dan kedudukan menengah itu yang
amat daif dan uzur sejak keujudannya berpuluh tahun lalu.
“Pada saya SMK Sukau sudah benar-benar amat memerlukan pembelaan.
Walaupun cadangan membina sebuah bangunan baru kongkrit dicadangkan sejak awal
Rancangan Ma,aysia Ke Sembilan (RMK9) dan mendapat kelulusan beberapa tahun
kemudian, tetapi sehingga kini masih belum menjadi kenyataan.
“Keadaan ini menyebabkan pelajar dan guru-guru bukan saja tidak
mampu bersaing dengan sekolah-sekolah luar bandar yang lain, tetapi kedudukannya
amatlah menyedihkan, lebih uzur dari sebuah sekolah rendah yang ketinggalan,”
katanya.
Penyertaan agensi kerajaan gembirakan rakyat Dun Sukau
SUKAU 9 Mac - Ahli Dewan Undangan
Negeri kawasan ini Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, rakyat di kawasan ini
amat merasa bangga dan berpuas hati jika segala usaha pembangunan yang sedang
diperjuangkan di kawasan Dun Sukau mendapat sokongan padu dan kerjasama positif
daripada semua agensi kerajaan yang terbabit.
Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa (KPD) Negeri Sabah itu berkata,
rakyat sudah semestinya akan berkeyakinan segala usaha memperjuangkan program
sosioekonomi rakyat mampu ditunaikan menerusi kerjasama yang boleh ditunjukkan
oleh pegawai-pegawai kerajaan berkaitan mewakili agensi-agensi di peringkat
negeri dan persekutuan.
“Inilah rasa kelapangan yang dapat saya rasakan, apabila semua
kakitangan kerajaan dan persekutuan, juga melibatkan badan-badan berkaitan
kerajaan (GLC) yang dapat menyertai lawatan kerja ke tapak Pekan Baharu Sukau,
Bandar Biodiversiti hari ini.
“Saya melihat kakitangan dapat berkongsi peranan dan pengalaman di
bidang masing-masing bagi mempastikan perjalanan penyediaan tapak pekan baharu
ini berjalan dengan lancar,” katanya.
Tingkatkan martabat pendidikan pelajar Dun Sukau
PARIS 8 MAC - Ahli Dewan
Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, usaha memajukan
tahap kecemerlangan pendidikan di dalam kawasan ini perlu mendapat anjakan yang
tinggi agar golongan pelajarnya sentiasa dalam landasan yang tepat untuk
meneroka kecemerlangan terbuka dalam perssaingan ilmu sebagai menterjemahkan
perlaksanaan sistem pendidikan negara sedia ada.
Untuk itu, katanya, soal menyediakan kemudahan infrastruktur
pendidikan, penyediaan guru-guru yang terlatih serta berkesan, diikuti
kemudahan bilik darjah adalah amat dituntut, sebagai melihat kepada ‘kesamarataan’
agar masyarakat ibu bapa dan golongan pelajar benar-benar berpuas hati ke arah
masa depan pendidikan di sini.
“Malangnya, setelah negara sudah sekian lama merdeka, malah telah
ada keputusan telah dibuat untuk memperbaiki dan menydiakan sebuah kemudahan
pendidikan yang lengkap di sini, namun
sehingga hari ini sebahagian besar keperluan itu masih belum menjadi
kenyataan.
“Sebagai contoh jelas,
rancangan mengujudkan bangunan sekolah baru SMK Paris, diikuti SMK Sukau
yang hingga kini masih belum dapat dilaksanakan, sebaliknya pelajar dan
guru-guru masih menggunakan bangunan yang lama dan uzur.
Kaji keputusan tender semula bina SMK Paris
PARIS 4 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman mempersoalkan cadangan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengeluarkan semula tawaran tender bagi membina bangunan baru Sekolah Menengah Kerajaan (SMK) Kampung Paris yang sudah diputuskan kementerian itu sebelum ini.
Datuk Saddi berkata, tindakan mengeluarkan semula tawaran tender terhadap projek berpuluh juta ringgit itu harus diberi penelitian rapi kerana ianya hanya akan melewat-lewatkan projek infrastruktur pendididikan yang amat diperlukan rakyat di kawasan ini.
“Apabila kepututan tender sudah dikeluarkan pihak kerajaan dan projek berkenaan telah diberikan kepada syarikat yang berkelayakan, sepatutnya kerja-kerja pembinaan sekolah berkenaan boleh dimulakan.
“Tetapi cadangan untuk menender semula projek pembinaan bangunan baru SMK Kampung Paris menunjukkan ‘sesuatu masalah’ sedang berlaku kepada tawaran tender yang dilakukan serta kepada syarikat yang berjaya membida projek berkenaan,” katanya.