Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

Kerajaan laksana pelbagai program untuk manfaat rakyat - Musa



SANDAKAN 28 Mac - Kerajaan memberi keutamaan kepada pelaksanaan pelbagai program yang dapat memberi manfaat kepada rakyat dan negara sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk meringankan beban mereka, khususnya golongan memerlukan.

Ketua menteri, Datuk Seru Panglima Musa Aman berkata, bantuan kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) yang menyaksikan bilangan penerima meningkat mengikut keperluan mereka. "BRIM yang kini memasuki fasa ke-empat membuktikan bahawa Perdana Menteri menepati janji kepada rakyat di mana pada pilihanraya lepas, ia adalah antara janji yang ditepati.

Kita mendengar ada yang mengatakan BRIM ini tidak memberi menfaat kepada rakyat. Pernyataan ini adalah sama sekali tidak benar. Kerana pemberian bantuan kerajaan berkenaan membantu dalam meringankan beban penerima bantuan tersebut. Katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran Penyerahan BRIM 4.0 di Dewan Serbaguna Libaran, di sini pada jumaat.

Majlis itu turut dihadiri Pembantu menteri Kerajaan tempatan dan Perumahan Negeri yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri GUM Gum, Datuk Zakaria Hj Mohd Edris, Anggota Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Hj Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Negeri Sabah (JASA), Haji Abdul Manap Lakariba, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Datuk Ir. James Wong, Timbalan Presiden MPS Haji Hamsan Haji Awang Supain, wakil Ketua Polis Daerah Sandakan, ketua-ketua cawangan dan pemimpin setempat.

Musa, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga juga menyarankan penerima menggunakan bantuan berkenaan dengan berhemah dan sebaik mungkin untuk diri sendiri mahupun keluarga mereka.

beliau berkata pihaknya juga dalam rangka lawatan ke daerah-daerah di seluruh negeri, antara lain untuk meninjau keperluan pembangunan penduduk dan perkembangan kemajuan di kawasan berkenaan.

Baru-baru ini Musa melakukan lawatan ke Tambunan dan Keningau.

Pada Majlis itu, seramai 1232 penerima BRIM 4.0 dalam kawasan Parlimen Libaran masing-masing 920 penerima dari kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga dan 312 penerima lagi dari Dewan Undangan Negeri Gum-Gum menerima bantuan antara RM350 - RM950. Terdahulu Zakaria berkata, pemberian BRIM itu juga memperlihatkan keperihatinan kerajaan untuk membantu rakyat.


Source: Daily Express  Newspapar