Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara



SANDAKAN 22 Sept 2017 :

Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sabah Tahun 2017 disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin dan Toh Puan turut dihadiri oleh YAB Tan Sri DSP Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah dan Puan Sri Datuk Faridah Haji Tussin. bertempat di Dewan Serbaguna Sri Libaran, Sandakan. Salam Maal Hijrah..

Selamat menyambut Hari Malaysia 2017



KOTA KINABALU 16 Sept 2017:

Sambutan Hari Malaysia di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu dihadiri puluhan ribu rakyat Malaysia bagi menyambut hari yang bersejarah ini, yang diketuai YAB Tan Sri Musa Haji Aman sebagai Ketua Menteri Sabah yang turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran YAB Datuk Seri Panglima Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar Datuk Haji Muhairudin dan Toh Puan. Tahniah kepada YB Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Tun Said Menteri Multimedia dan Komunikasi Malaysia selaku pengerusi pelaksana Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2017. 

Tahniah Tan Sri..




SUKAU 09 Sept 2017 ; 

Bagi pihak rakyat DUN N.48 Sukau saya ingin merakamkan ucapan setinggi tinggi tahniah kepada YAB Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah di atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran TAN SRI sempena sambutan Hari Keputeraan Seri Peduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V. Pada Sabtu 9 Sept, 2017. Bersamaan 18 Zulhijjah, 1438H.

Sekitar Sambuatn Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Negeri Sabah 2017




TUARAN 08 Sept 2017 : 

Menyampaikan cendera kenangan berupa sepasang ekor kambing bagi pihak Korporasi Pembangunan Desa Sabah (KPD) kepada YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah sempana sambutan Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah 2017 di Tuaran. Hari ini juga KPD telah melancarkan pengeluaran susu segar kambing kepada umum yang dirasmikan oleh Menteri Pertanian & Industri Makanan Sabah YB Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Hussin ruang pameran KPD.

Golongan kurang bernasib baik terus dibantu





SUKAU 07 Sept 2017 :

Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berazam menjadikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sebagai sebahagian daripada rakan strategik untuk mengingkatkan aktiviti penyebaran dan pemerkasaan dakwah  di kawasan itu. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau itu berkata, selain khidmat yang terus diberikan pihak Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri (JHEAINS)  di Kinabatangan, penglibatan YADIM diperlukan dalam usaha ‘merevolusikan’ institusi dakwah di Sukau.

“Jakim telah wujud dan berkembang ke negeri ini sejak tahun 1974 lagi.  Sudah tentu kita mengharapkan peranannya dalam program-program pendidikan dan tarbiah (agama) demi kebaikan semua golongan di Sukau yang memerlukan.

“ Dalam konteks ini, kita ama berharap untuk menjadikan Jakim mampu berperanan sebagai sebahagian rakan strategik  dalam pembangunan dakwah Islamiah di kawasan ini,  “ katanya.

Menyatakan perkara itu ketika berucap merasmikan Program “YADIM Bersama Masyarakat, Sayangi Saudara Kita,” di Masjid Tun Juhar di sini pada Khamis, Saddi berkata, pembabitan YADIM itu membuka mata masyarakat Sukau untuk mendapatkan segala khidmat dan bantuannya.

Satukan umat untuk kemajuan Sukau - Saddi


 
Saddi bersama-sama rakyat mergerjakan solat sunat Aidiladha bersama lebih 400 masyarakat Muslim di Masjid Tun Juhar, Pekan Sukau pada Jumaat.
 Saddi bersalaman dengan rakyat


Bergambar bersama penduduk Kampung Sukau selepas mengerjakan solat Sunat Aidiladha dan melakukan kunjungan rumah terbuka.



SUKAU 1 Sept 2017 :   

Datuk Saddi Abdul Rahman mengingatkan masyarakat Islam di kawasan ini supaya memperteguhkan semangat bersatu dan bertoleransi sesama muslim demi membolehkan mereka memperkasakan perjuangan meningkatkan sosio pembangunan dan ekonomi bersama, mantap dan berkesan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau itu menegaskan, perpaduan sesama muslim itu amat dituntut dalam menjayakan pelbagai bidang ekonomi dan siasah rakyat di kawasan ini, termasuk berasaskan peluang-peluang ekonomi sedia ada seperti pembangunan diri dan spiritual (pendidikan), pertanian, pelancongan, perikanan dan keusahawanan.

“ Perpaduan akan menyuntik sesama muslim untuk berkerjasama menjayakan bidang-bidang ini bukan saja kebaikan individu dan keluarga, tetapi mencakupi kehendak masyarakat masyarakat Islam di sini agar seiring dengan pencapaian yang diraih masyarakat Islam global,” katanya.

Menyatakan perkara itu selepas bersama-sama mengerjakan solat Sunat Aidiladha dan Jumaat di Masjid Tun Juhar, Sukau dan Masjid  Batu Putih di sini, Saddi yang juga Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa (KPD) berkata, perpaduan yang baik sesama agama itu turut mampu meningkatkan ilmu di kalangan mereka ke arah kemajuan sosio pembangunan ekonomi bersama.

Saddi berkata walaupun beliau bakal menghadapi kegagalan meneruskan pembinaan jambatan Sukau ke 2  merentasi Sungai di Pekan Sukau itu bernilai RM73 juta yang mendapat bantahan pihak kumpulan pencinta alam antarabangsa,  tetapi beliau tidak akan berputus asa demi meneruskan kesinambungan pembangunan Pekan Sukau itu.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!..






KOTA KINABALU 31 Ogos 2017 :

Selasai sudah upacara Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2017 di bandar Kota Kinabalu. Semoga Malaysia berjaya ke arah TN50 untuk membina negara bangsa yang berintigreti & disegani. MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA.

Aspirasi RELA Kinabatangan amat dihargai





SUKAU 26 Ogos 2017 :  

Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, sokongan padu yang terus sedia diberikan oleh badan-badan kepimpinan awam seperti Pertubuhan Sukarelawan Rakyat atau Rela kepada kepimpinan kerajaan hari ini memberi jaminan bahawa Barisan Nasional (BN) akan terus mampu menghadapi cabaran dalam Pilihanraya Umum Ke 14  (PRU 14 ) ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau itu berkata, semangat patriotik yang begitu tinggi ditunjukkan pertubuhan itu dalam Daerah Kinabatangan menjayakan sambutan Hari Kebangsaan yang ke 60 tahun itu, memberi petunjuk yang jelas bahawa seluruh anggotanya mahu agar kerajaan BN yang ada sekarang terus dipertahankan.

“ Ini termasuk kepada lebih 7,500 ahli yang terapat dalam kawasan Dun Sukau ini, telah mengharapkan agar kerajaan BN terus berkuasa selepas menghadapi PRU ke 14 ini.

“ Ia terbukti aspirasi yang ditunjukkan oleh ahli-ahli Rela Kinabatangan yang sedia mengadakan pelbagai aktiviti di kawasan ini termasuk penyertaan sejumlah ahlinya melakukan larian sejauh 60km daripada Muzium Batu Tulog Kinabatangan menuju ke Dataran Tamu Sukau pada Sabtu,” katanya.