Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Golongan kurang bernasib baik terus dibantu





SUKAU 07 Sept 2017 :

Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berazam menjadikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sebagai sebahagian daripada rakan strategik untuk mengingkatkan aktiviti penyebaran dan pemerkasaan dakwah  di kawasan itu. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau itu berkata, selain khidmat yang terus diberikan pihak Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri (JHEAINS)  di Kinabatangan, penglibatan YADIM diperlukan dalam usaha ‘merevolusikan’ institusi dakwah di Sukau.

“Jakim telah wujud dan berkembang ke negeri ini sejak tahun 1974 lagi.  Sudah tentu kita mengharapkan peranannya dalam program-program pendidikan dan tarbiah (agama) demi kebaikan semua golongan di Sukau yang memerlukan.

“ Dalam konteks ini, kita ama berharap untuk menjadikan Jakim mampu berperanan sebagai sebahagian rakan strategik  dalam pembangunan dakwah Islamiah di kawasan ini,  “ katanya.

Menyatakan perkara itu ketika berucap merasmikan Program “YADIM Bersama Masyarakat, Sayangi Saudara Kita,” di Masjid Tun Juhar di sini pada Khamis, Saddi berkata, pembabitan YADIM itu membuka mata masyarakat Sukau untuk mendapatkan segala khidmat dan bantuannya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah YADIM Zon Sabah, Haji Saimin Haji Ungki, pengurus Tabung Haji Kawasan Sandakan, Hj. Samad Manaur,  Pegawai Ketenteraman Awam dan Trafik IPD Kinabatangan,  PPM Sukau, Amirudin Mohd Damit, Ketua Anak Negeri Daerah Kinabatangan, Awang Ahmad Hj. Ongkang

Saddi berkata, keujudan Masjid Juhar itu amat memerlukan pembabitan banyak agensi dakwah termasuk Yadim, sesuai dengan matlamatnya menjadikan pusat ibadah itu sebagai  pusat pembangunjan dakwah kepada masyarakat Islam di kawasan itu.

Kata Saddi yang juga Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa Negeri Sabah itu berkata, gagasan itu telah tersurat secara penting (constitutional)  dalam ‘blue print’ pembangunan Pekan Sukau yang dilancarkan Ketua Menteri 24 Julai 2010.

 Saddi menjelaskan, dengan adanya prinsip islamisasi dalam pembangunan pekan itu, ianya bukan saja mecakupi ke arah memantapkan pembangunan ekonomi rakyat secara adil dan saksama.

“ Tetapi yang lebih penting, berjaya  menjadi pendorong kepada keseluruhan masyarakat Islam di sini membebaskan dari daripada kemunduran lampau di  kepelbagaian sektor sosioekonomi, pembangunan  dan ilmu pendidikan dan kemahiran menurut tuntutan dan syariat Islam sebenar.

“ Itulah sebabnya, saya mendahaulukan cadangan pembinaan masjid Tun Juhar, sebagai mendapat ‘barakah’ Ilahi sebelum keperluan-keperluan lain dalam pembinaan pekan ini,” kata Saddi.

Memberikan setinggi-tinggi pengragaan kepada program kerakyatan di sediakan YADIM di pekan itu, Saddi mencadangkan agar program yang lebih berkesan dan menyeluruh dibawa oleh agensi diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri itu ke Sukau pada masa-masa tedekat.

Pada  satu temubual bersama media Saddi turut menawarkan peluang kepada YADIM kiranya berminat mengujudkan sebuah cawangan dakwahnya di Pekan Sukau, sekiranya ada keperluan terhadap perkara itu, sesuai juga dengan kedudukan Sukau di Pantai Timur Sabah.

Ketika menyampaikan ucapannya, Saddi turut membangkitkan kegagalan pembinaan Jambatan Kedua Sukau bernilai RM73 juta yang telah diluluskan kerajaan pusat sebelum ini, atas tentangan kumpulan pencinta alam antarabangsa yang menyedihkan semua penyokong BN di seluruh Sukau.

“ Untuk pengetetahuan YADIM, kami (rakyat) memang kecewa di atas pembatalan ini. Tetapi saya dan rakyat berazam jika  undur selangkah, tidak bermakna kami telahpun tewas.

“ Tetapi jika ada peluang,  kami akan berlari ke hadapan dan  meneruskan pembinaan jambatan penting ini yang menghubungkan pekan itu masyarakat di pedalaman Dun Sukau yang memendekkan masa kurang satu jam berbanding 3 hingga 4 jam sebelumnya,” kata Saddi.   

Saddi juga menyatakan penghargaan kepada kerajaan pusat dan negeri, kerana peruntukan dalam  pembinaan jambatan itu tidak dipulangkan, sebaliknya digunakan bagi membiayai cadangan pembinaan kemudahan infrastruktur lain terutama jalan-jalan penting di sekitar Pekan Sukau dan Suan Lamba.

 “ Jadi jikalau ada pula pihak ketiga (pembangkang) yang cuba menghasut rakyat tentang kelemahan kita memajukan Dun Sukau sejak hampir 10 tahun lalu, maknanya mereka sengaja berbohong.

“ Ini kerana sejak saya mula menjalankan tanggungjawab, waktu itu Sukau khususnya di sekitar pekan ini belum lagi menikmati bekalan air, elektrik serta, kemudahan ICT dan beberapa keperluan penting.


“ Tetapi hari ini segalanya sudah berubah. Ia akan  terus diperhebatkan sesuai dengan misi kemajuan rakyat kawasan ini,” katanya.