Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Memaparkan catatan dengan label BRIM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BRIM. Papar semua catatan

Kerajaan laksana pelbagai program untuk manfaat rakyat - Musa



SANDAKAN 28 Mac - Kerajaan memberi keutamaan kepada pelaksanaan pelbagai program yang dapat memberi manfaat kepada rakyat dan negara sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk meringankan beban mereka, khususnya golongan memerlukan.

Ketua menteri, Datuk Seru Panglima Musa Aman berkata, bantuan kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) yang menyaksikan bilangan penerima meningkat mengikut keperluan mereka. "BRIM yang kini memasuki fasa ke-empat membuktikan bahawa Perdana Menteri menepati janji kepada rakyat di mana pada pilihanraya lepas, ia adalah antara janji yang ditepati.

Kita mendengar ada yang mengatakan BRIM ini tidak memberi menfaat kepada rakyat. Pernyataan ini adalah sama sekali tidak benar. Kerana pemberian bantuan kerajaan berkenaan membantu dalam meringankan beban penerima bantuan tersebut. Katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran Penyerahan BRIM 4.0 di Dewan Serbaguna Libaran, di sini pada jumaat.

Majlis itu turut dihadiri Pembantu menteri Kerajaan tempatan dan Perumahan Negeri yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri GUM Gum, Datuk Zakaria Hj Mohd Edris, Anggota Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Hj Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Negeri Sabah (JASA), Haji Abdul Manap Lakariba, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Datuk Ir. James Wong, Timbalan Presiden MPS Haji Hamsan Haji Awang Supain, wakil Ketua Polis Daerah Sandakan, ketua-ketua cawangan dan pemimpin setempat.