Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Lebih 10000 ahli UMNO Silam menyertai Parti Warisan Sabah




Lahad Datu 16 Dis 2019 : 

YB Datuk Saddi Hj Abdul Rahman menghadiri penyerahan borang-borang keahlian Parti 

WARISAN Sabah Bahagian P.188 Silam disempurnakan oleh YB Datuk Darell Leiking Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah. Di Dewan Masyarakat Tun Mustapha Lahad Datu 

Penyerahan borang ahli kepada Ketua Menteri Sabah



Kota Kinabalu 12 Dis 2019 :

YB Datuk Saddi Haji Abdul Rahman, ADUN N.48 Sukau menyerahkan borang kemasukan ahli Parti WARISAN Sabah secara rasmi kepada YAB Datuk Sri Panglima Mohd Shafie Hj Apdal merangkap Ketua Menteri Sabah dipejabatnya petang tadi.

ADUN Sukau, Saddi sertai WARISAN



SANDAKAN 10 Dis 2018 : 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman, hari ini mengumumkan menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN).
Saddi yang sebelum ini menjadi ADUN Bebas selepas mengisytiharkan keluar UMNO pada Ogos lalu berkata, keputusan itu diambil selepas tertarik dengan visi WARISAN yang dipimpin Presidennya yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menggariskan dasar perjuangan untuk membela seluruh rakyat negeri ini.
Katanya, keputusan itu juga kerana mengambil kira faktor pembangunan berterusan yang diharapkan rakyat khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau dan beliau yakin ia mampu direalisasikan sekiranya wakil rakyat berkhidmat dengan parti kerajaan.
“Saya sudah bertemu dengan Ketua Menteri pada Khamis lalu dan dalam pertemuan selama dua jam di rumah beliau (Mohd Shafie), kami berbincang mengenai apa yang diperlukan rakyat Sukau.
“Alhamdulillah, saya diterima dengan dada terbuka dan akan serahkan borang keahlian kepada Ketua Menteri sebelum DUN bersidang pada Khamis ini,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di sini, hari ini.

Sekitar Majlis Reunion pelajar SMK Sandakan batch 1971-1975







YB Datuk Saddi Hj Abdul Rahman menghadiri Majlis Reunion bekas pelajar SMK Sandakan tahun 1971 - 1975 di dewan Pusat Rekriasi Indah Jaya batu 4 Sandakan.

ADUN Sukau keluar UMNO, BN.



KOTA KINABALU 1 Ogos 2018 : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman, hari ini mengumumkan keluar UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menjadi ADUN Bebas dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
Dalam kenyataannya yang diedarkan kepada media petang ini, Saddi berkata, beliau mahu menjadi ADUN pembangkang bebas yang membina dan menjadi penimbang tara sesuai dengan suasana politik masa kini.
"Saya menyokong mana-mana parti politik berasaskan parti tempatan yang memperjuangkan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta tuntutan royalti minyak dan gas yang adil kepada Sabah untuk kesejahteraan rakyat yang sebelum ini terlepas pandang dan diselindungkan Kerajaan Persekutuan.
"Saya ucap terima kasih kepada pemimpin tertinggi parti khususnya bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Tan Sri Musa Aman atas peluang diberi untuk mencurah bakti kepada rakyat di DUN Sukau sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) hingga hari ini," katanya.

Sekitar Majlis Silaturahim Aidi Fitri 2018


YB Datuk Saddi Hj Abdul Rahman Adun Sukau menghadiri Majlis Silaturahim Aidil Fitri 2018 anjuran Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Daerah Cawangan Sandakan.

Kadar kemiskinan menurun kepada 2.9%




Cuepacs bersama YAB Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Bin Haji Aman pagi tadi di Dewan Sri libaran, Sandakan. Alhamdulilah banyak penjelasan yang cukup berguna oleh YAB Tan Sri dalam ucapannya menyentuh soal pembangunan negeri yang telah diusahakan oleh kerjaan BN yang didukung oleh pegawai-pegawai & kakitangan perhidmatan awam persekutuan & negeri., menjadikan Negeri Sabah telah dapat menurun kan kemiskinan kepada 2.9% pada masa kini..

Selamat Pengantin Baru.. Semoga kekal till jannah.



Singgah sebentar di Dewan Sri Putatan sebelum ke airport untuk penerbangan ke Sandakan jam 1.35ptg ini, melapangkan masa utk hadir jemputan resepsi anakanda kepada Tuan Haji Saifuddin Haji Daud & Pn Hjh Jaidah Haji Hamid keluarga angkat saya, yang turut dihadiri oleh bos saya YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin Menteri Pertanian & Industri Makanan Sabah.

Sabah terus diberi perhatian oleh pemimpin pusat.




Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Panglima Dr Zahid Hamidi untuk lawatan kerja ke Sabah, disambut oleh YAB Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Bin Haji Aman Ketua Menteri Sabah diterminal 2, KKIA..

Saluran TV OKEY khas untuk Sabah dan Sarawak.



Di Hilton Hotel Kota Kinabalu malam ini, sejarah tercipta dengan pelancaran TV OKEY saluran baharu khusus untuk Sabah & Sarawak oleh YAB Datuk Seri Panglima Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang turut dihadiri oleh YAB Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah & YB Datuk Seri Panglima Dr Salleh Tun Said Menteri Komunikasi & Multimedia Malaysia.