|
Saddi bersama-sama rakyat mergerjakan solat sunat Aidiladha bersama lebih 400 masyarakat Muslim di Masjid Tun Juhar, Pekan Sukau pada Jumaat. |
|
Saddi bersalaman dengan rakyat |
Bergambar
bersama penduduk Kampung Sukau selepas mengerjakan solat Sunat Aidiladha dan
melakukan kunjungan rumah terbuka.
SUKAU 1 Sept 2017 :
Datuk Saddi Abdul Rahman mengingatkan
masyarakat Islam di kawasan ini supaya memperteguhkan semangat bersatu dan
bertoleransi sesama muslim demi membolehkan mereka memperkasakan perjuangan
meningkatkan sosio pembangunan dan ekonomi bersama, mantap dan berkesan.
Ahli Dewan
Undangan Negeri Sukau itu menegaskan, perpaduan sesama muslim itu amat dituntut
dalam menjayakan pelbagai bidang ekonomi dan siasah rakyat di kawasan ini,
termasuk berasaskan peluang-peluang ekonomi sedia ada seperti pembangunan diri
dan spiritual (pendidikan), pertanian, pelancongan, perikanan dan keusahawanan.
“ Perpaduan akan
menyuntik sesama muslim untuk berkerjasama menjayakan bidang-bidang ini bukan
saja kebaikan individu dan keluarga, tetapi mencakupi kehendak masyarakat
masyarakat Islam di sini agar seiring dengan pencapaian yang diraih masyarakat
Islam global,” katanya.
Menyatakan
perkara itu selepas bersama-sama mengerjakan solat Sunat Aidiladha dan Jumaat
di Masjid Tun Juhar, Sukau dan Masjid
Batu Putih di sini, Saddi yang juga Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa
(KPD) berkata, perpaduan yang baik sesama agama itu turut mampu meningkatkan
ilmu di kalangan mereka ke arah kemajuan sosio pembangunan ekonomi bersama.
Saddi berkata
walaupun beliau bakal menghadapi kegagalan meneruskan pembinaan jambatan Sukau
ke 2 merentasi Sungai di Pekan Sukau itu
bernilai RM73 juta yang mendapat bantahan pihak kumpulan pencinta alam
antarabangsa, tetapi beliau tidak akan
berputus asa demi meneruskan kesinambungan pembangunan Pekan Sukau itu.