Sedang
menunggu jenazah saudara Kassim Bin Sanggi dirumahnya di Bukit Garam, Kinabatangan.
Dia buka saja sahabat tapi keluarga tempat membincang masa depan Sukau & Kinabatangan. Saya amat merasai pemergiannya. Ya Allah ampun kan dosa nya
& tempat dia bersama orang yang engkau rahmati & kasihi. Alfatihah..
Aameen.
Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau
SukauTV
Semoga tabah menghadapi dugaan
Pagi ini
menarima khabar musibah dan perasaan sedih dari pjkkk Kg Manggaris Batu Putih
rumah kebakaran melibatkan 2 keluarga di Kg Paris 1. Pn Maimun Binti Kahar dan saudara Yusof bin Awang Banjir. Saya telah melawat kedua dua ahli keluarga
pagi ini untuk menyampaikan bantuan peribadi dan kerjaan yg akan di berikan
kemudian, saya mohon supaya pegawai Daerah kinabatangan & pejabat kebajikan
mengambil tindakan segara untuk membantu kedua dua mangsa. Muda2an mereka
tabah..
Sumbangan untuk SMK Sukau, Kinabatangan
YB Datuk Saddi Hj Abdul Rahman, menyampaikan sumbangan kerusi plastik kepada guru SMK Sukau dipejabat UPPM N.48 Sukau, Bandar Labuk Jaya Batu 7 Sandakan.
Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah KPD Dis 2017
SANDAKAN 20 Dis 2017
Mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah Korporasi Pembangunan Desa Sabah (KPD) di Sabah Hotel Sandakan pagi tadi. Alhamdulilah idea saya
untuk pelan Rasionalisasi telah diluluskan oleh jemaah lembaga pengarah dalam mesyuarat yang lalu.
Kita mahu KPD bangkit daripada menanggung kerugian yang berterusan. Kita berharap
pengurus besar yang baharu boleh melakukan pelan Rasionalisasi ini dengan jayanya
& melihat hasil yang posotif pada suku ke-2 tahun 2018.
1800 pelajar terima manfaat Program CSR KPD - Saddi
SANDAKAN 19 Dis 2017 :
Korperasi Pembangunan Desa (KPD) Sabah, salah
sebuah daripada agensi milik kerajaan negeri akan terus meningkatkan peranan
dalam membantu mengurangkan beban kehidupan rakyat yang kini dibebankan dengan
kos kehidupan yang tinggi, kata Pengerusinya, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman.
Katanya, selain memberikan
peluang kepada rakyat untuk terlibat dalam pelbagai kegiatan ekonomi yang
dicaburi badan berkaitan kerajaan (GLC) itu, pelbagai sumbangan seperti
memberikan bantuan awal persekolahan serta aktiviti kebajikan lain terus
diaktifkan KPD di bawah Program Sosial Korporat (CSR) agensi itu.
“ Kita juga sedang mengembangkan
pemberian bantuan-bantuan CSR ini kepada kawasan-kawasan Bandar dan luar Bandar seperti sumbangan awal
persekolahan kepada pelajar di kawasan Dun Sungei Sibuga hari ini, “ katanya.
Beliau berkata demikian
menyampaikan ucaptamanya pada Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan
kepada 1,800 pelajar rendah dan menengah dalam kawasan DUN Sukau di bawah
Program CSR KPD Sabah, di Dewan
Masyarakat Sandakan pada Isnin. Program itu disempornakan oleh Ketua Menteri
Sabah, Tan Sri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
Al-Fatihah..
KOTA KINABALU 05 Dis 2017
Hari ini Kenduri Tahlil untuk Almarhumah Pn. Rahimah Hj. Yunus di Pejabat Pengerusi Korporasi Pembangunan Desa Sabah merangkap ADUN N.48 Sukau. Memohon
kepada semua sahabat, ahli keluarga serta kawan-kawan semua, Marilah kita
sama-sama sedekahkan Al-fatihah kepada almarhumah Pn. Rahimah hj. Yunus yang juga Setiausaha Pej kepada Pengerusi KPD Sabah YB Datuk Saddi Hj Abd Rahman.. Al-Fatihah
Sesi bersama Belia Kg Paris
PARIS III 03 Dis 2017
Paris 4X4 Challenger anjuran bersama kelab belia
Paris dan kelab permotoran diesel Sabah dirasmikan oleh YB Datuk Saddi Hj Abdul
Rahman Adun N.48 Sukau merangkap Pengerusi Korporasi Pembangunan Desa Sabah (KPD).
Eye on foreign researchers
The seemingly end-less tenure of certain foreign
researchers in Sabah came under scrutiny in the State Legislative Assembly.
Sekitar Program "We Care We Love We Share"
PARIS 12 Nov 2017 :
Program "We Care We Share We Love" - Loving Is Caring. Anjuran Unit Sijil Pemprosesan Dan Kawalan Mutu Makanan, Kolej Komuniti Lahad Datu. Disempurnakan oleh YB Datuk
Saddi Hj Abdul Rahman, Adun N.48 Sukau Merangkap Pengerusi Korporasi Pembangunan Desa Sabah bertempat di Dewan Serbaguna Kg Paris III, Kinabatangan.
Satu lagi mercu tanda kebanggaan rakyat Sabah
Bangunan kebanggaan rakyat Malaysia di Sabah negeri dibawah bayu, Kami bersama pengerusi BNBBC Sabah YB Datuk Seri Panglima Hj Abdul Rahim Ismail berpeluang melawat
bangunan pusat pentadbiran kerajaan negeri sempena kunjungan hormat kami kepada
YAB Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah di pejabat baharu
beliau. Bangunan ini akan menjadi mercu tanda kejayaan seorang pemimpin yang
mengilhamkan bangunan ini dan ikon & arkitek bapa pembangunan Sabah.
Tahniah Tan Sri..
Serangan gajah memusnahkan mata pencarian rakyat di Litang, Kinabatangan
LITANG 20 Okt 2017 :
Dianggarkan kira-kira 100 ekar gajah
dilaporkan sedang menceroboh serta merosakkan tanaman kelapa sawit milik
penduduk Kampung Litang sejak seminggu lalu, yang dipercayai mengakibatkan penduduk kerugian ratusan ribu ringgit.
Ketua Anak Negeri (KAN) Daerah Kinabatangan, Abdul Said Abdul Karim
memberitahu, gajah berkenaan yang dilaporkan bergerak dalam tiga kumpulan ini
memusnahkan tanah kelapa sawit, selain pohon buah-buahan yang disauahakan
penduduk, mendiami kawasan itu lebih seratus tahun lalu.
Kampung Litang yang sedang didiami lebih 40 keluarga, berhampiran Hutan Simpan Tabin di sini atau terletak lebih 200 km daripada Pekan
Kinabatangan, memiliki kira-kira 700
ekar ladang kelapa sawit milik penduduk,
dengan dibiayai sepenuhnya oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
lebih dua tahun lalu. Dilaporkan berjuta ringgit telah dilaburkan agensi terlibat untuk tujuan itu.
Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Kinabatangan 2017
SUKAU 19 Okt 2017 :
Majlis Perhimpunan Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Kinabatangan 1439H/2017M bertempat Masjid Tun Juhar, Pekan Baharu Sukau yang disempurnakankan perasmiannya oleh YB Datuk Saddi Haji Abdul Rahman ADUN N48Sukau merangkap Pengerusi Korporasi Pembangunan Desa Negeri Sabah (KPD)...Tahniah Tokoh Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Kinabatangan kali ini dianugerahkan kepada Tuan Yassin Bin Nasir selaku Pegawai Daerah Kinabatangan...Semoga keimanan bertambah... Tema Ma'al Hijrah tahun ini ialah "Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara"...
Jemputan ke Majlis Perhimpunan Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Kinabatangan Tahun 1439 H / 2017 M
PENGERUSI JAWATANKUASA PELAKSANA
Dengan segala hormat dan takzimnya menjemput
YB / Datuk / Tuan / Puan
ke
Majlis Perhimpunan Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Kinabatangan
Tahun 1439 H / 2017 M
Yang Disempurnakan Oleh :
YB. DATUK SADDI HJ. ABDUL RAHMAN
Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau
Merangkap
Pengerusi Korporasi Pembangunan Desa Sabah (KPD)
Tarikh : 19 Oktober 2017
Masa : 7.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Tempat : Masjid Tun Juhar, Pekan Baharu Sukau
Semoga dengan kehadiran YB / Datuk / Tuan / Puan dapat memeriahkan lagi majlis ini disamping mengukuhkan ikatan ukwah dalam mengembangkan syiar islam di bumi Kinabatangan ini
Golongan OKU akan terus dibela - Saddi
SUKAU 12 Okt 2017 :
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul
Rahman mencadangkan kepada Jabatan Kebajikan Am supaya menyediakan statistik
lengkap berhubung kedudukan golongan Orang kelainan Upaya (OKU), termiskin
serta individu tertentu di sini agar memudahkan tumpuan khusus dan pembelaan
terhadap mereka.
Beliau berkata, statistik itu bukan saja memberi maklumat
berkaitan jumlah dan kedudukan anggota golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), tetapi dari kalangan orang-orang tua, balu,
anak-anak yatim piatu, diikuti mereka dari kalangan keluarga daif serta secara
tiba-tiba mengalami kemiskinan mengejut akibat kehilangan pekerjaan, menjadi
mangsa kebakaran dan malapetaka.
“ Saya mengharapkan
maklumat lengkap berhubung statistik seperti ini sejak mula menjadi wakil
rakyat (10 tahun lalu). Tetapi apabila jawatankuasa Makmal Kebajikan yang kami
tubuhkan cuba mendapatkannya dari jabatan ini, maklumat seperti ini belum
disediakan,” katanya.
Saddi menyatakan
demikian ketika merasmikan Majlis Kempen Pendaftaran OKU anjuran Jabatan
Kebajikan Am Masyarakat Peringkat Dun Sukau di Pekan Sukau di sini pagi Sabtu.
Saddi berkata,
maklumat tersebut amat penting bukan saja membolehkan pihaknya melakukan
sebarang perhatian serta tinjauan susulan ke atas nasib yang ditanggung oleh
semua golongan tersebut, tetapi membolehkannya melakukan ikhtiar yang lebih
untuk membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih baik.
Dirgahayu Tuan Yang Terutama Tun
KOTA KINABALU 07 Okt 2017 :
Selamat Menyambut Hari Jadi Rasmi ke-64 tahun kepada Tuan Yang
terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima (DR) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin. "Dirgahayu Tuan Yang Terutama Tun"
Harus melangkah kearah yang lebih dinamik.
KOTA KINABALU 04 Okt 2017 :
Buat pertama kali pihak pengurusan Korporasi Pembangunan Desa Sabah (KPD) menjemput saya selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah dan membawa cabaran baru kepada barisan pegawai kanan untuk melakukan
pelan Rasionalisasi Kearah kemantapan Dan Daya Saing KPD.
Kerajaan BN bersikap adil kepada semua tanpa mengira anutan agama
SANDAKAN 02 Okt 2017 :
Bersikap adil kepada semua itu prinsip yang diamalkan oleh
kerajaan Barisan nasional selama ini yang telah memberi bantuan kewangan sekolah
sekolah cina dan badan badan keagamaan bukan islam tahun 2017 bagi kawasan pantai timur yang telah disampaikan oleh YAB Tan Sri DSP Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah bertempat di ballroom Sabah Hotel Sandakan.
Satu lagi mercu tanda bakal terbina di Sandakan.
SANDAKAN 02 Okt 2017
Majlis Perasmian Pecah Tanah Pekan Baharu Ulu Dusun Gum Gum, Batu 32 Sandakan. Dirasmikan oleh YAB Tan Sri DSP Musa Haji Aman Ketua Menteri
Sabah. Sebuah projek yang mengimbangi pembangunan bandar & luar bandar
untuk memberi peluang kepada rakyat luar bandar untuk meningkatkan sosioekonomi mereka.
Tahniah Yb. Datuk Zakaria Edris Adun N.41 Gum Gum merangkap Pembantu Menteri Kerajaan dan Tempatan Sabah & LPPB yang telah menjayakan
majlis ini.
Memperkenalkan produk keluaran KPD kepada PM
SERDANG 28 Sept 2017 :
Berpeluang memberi penjelasan kepada YAB Perdana Menteri
mengenai produk madu kelulut keluaran Korporasi Pembangunan Desa Sabah (KPD) di Pavilion Negeri Sabah sempana
dengan Majlis Sambutan Hari Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Kebangsaan 2017 bertempat di MAEPS Serdang, Selangor DE. Najib Razak, Musa Aman #sabahtatap
Langgan:
Catatan (Atom)