Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

Sempat menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Zon 5 Sabah

Semoga Mesyuarat Perwakilan UMNO khasnya UMNO Zon 5 sentiasa dalam keadaan harmoni dan bersatu. Sesungguhnya parti UMNO adalah parti kesejahteraan rakyat, negara kita Malaysia yang tercinta dibawah pimpinan YAB Datuk Seri Panglima Najib Tun Abdul Razak, YAB Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman.

Sekitar Program Seminar Cinta Negara 2016

SANDAKAN 13 OGOS : Berkesempatan untuk merasmikan Seminar Cinta Negara yang dianjurkan oleh Biro Tata Negara cawangan Sabah dengan kerjasam UPPM N.48 Sukau bertempat di Dewan Masyarakat Sandakan.
Dengan objektif menanam kesedaran terhadap kecintaan kepada negara, seminar disasarkan khusus kepada Pemimpin-pemimpin akar umbi termasuk Kakitangan UPPM, JKKK, Ketua Kampung, WKAN dan Ketua-ketua Masyarakat kawasan DUN N.48 Sukau.
Saya berharap agar dimasa akan datang seminar seumpamanya dapat dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan berkaitan dengan lebih ramai penyertaan daripada pelbagai kelompok masyarakat termasuk badan bukan kerajaan (NGO).

Masjid Tun Juhar akan siap tidak lama lagi.

Lawatan kerja bersama rombongan Pegawai Kementerian Kewangan Kota Kinabalu yang diketuai oleh Pn. Jasmine Teoh, Pegawai JHEAINS (Pembangunan) En Hasnawi, LPPB serta pihak pemaju bagi penilaian akhir Masjid Tun Juhar, Pekan Baharu Sukau. Alhamdulillah…dengan izinnya Masjid Tun Juhar akan siap sepenuhnya pada bulan November 2016.

Lawatan Menteri MAFI ke tapak Projek Penanaman Cendawan Shiitake KPD

Satu lagi usaha yang murni Korporasi Pembangunan Desa Sabah (KPD) untuk membantu meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat desa di Keningau dengan wujudnya Projek Tanaman Berkolompok Cendawan Shiitakee di km 54.2 Jalan Keningau-Kimanis yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Hj Yahya Hussin, Tim. Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian & Industri Makanan Sabah. Saya berharap lebih banyak lagi bidang yang boleh diterokai oleh KPD bukan saja cendawan malah tanaman lain yang sesuai ditempat-tempat lain di Sabah.

Shafie bukan pejuang UMNO pertama Sabah

Menteri MAFI, Datuk Yahya Hussin (tengah), Pengerusi KPD, Datuk Saddi Abd Rahman (dua dari kanan), Tim. Menteri MAFI, Datuk Sairin Karno (dua dari kiri), Pengurus Besar KPD, Datuk Datu Basrun (Kiri) dan Ahli Perniagaan Datuk Yap Yun Fook (kanan) bergambar bersama cendawa ketika membuat tinjauan projek tanaman cendawan di Jalan Kimanis-Keningau, Keningau, hari ini. 

KENINGAU 03 JULAI : UMNO Sabah membidas dakwaan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mengaku dirinya pejuang pertama UMNO di negeri ini selepas pembubaran Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) pada 1990. Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Yahya Hussin, berkata dakwaan itu tidak benar dan dibuat untuk mengelirukan rakyat serta menimbulkan kebencian terhadap UMNO dan pemimpinnya. 

"Kawan dari Semporna (Mohd Shafie) mendakwa beliau pejuang UMNO yang pertama di negeri ini. Itu tidak betul, bukan dia yang pertama memperjuangkan UMNO di Sabah. "Semua pemimpin UMNO Sabah yang ada sekarang, termasuk Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, saya dan yang lain berjuang dalam UMNO sejak dari USNO. 

Kami semua bekas pemimpin USNO yang menjadi pejuang UMNO. "Saya sendiri pernah bertanding dalam USNO sebelum UMNO datang ke Sabah. Jadi rakyat jangan keliru dan terpengaruh dengan dakyah ini," katanya yang ditemui pemberita selepas meninjau projek tanaman cendawan di Jalan Kimanis-Keningau, di sini hari ini. 

Yahya yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, berkata sikap bekas Naib Presiden UMNO itu yang mendakwa memperjuangkan hak rakyat negeri ini, juga tidak selari dengan tindakannya ketika menjadi menteri Persekutuan dan pemimpin UMNO. "Ketika dalam UMNO, dia tidak pernah jumpa kita, apatah lagi menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri. 

Ini menunjukkan sikapnya yang tidak menghormati pemimpin negeri," katanya. Yahya mendakwa, Shafie juga tidak pernah memaklumkan kepada pemimpin UMNO bahagian jika ada projek pembangunan luar bandar dilaksanakan di kawasan mereka ketika Ahli Parlimen Semporna itu menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Sumber : www.bharian.com.my 04 Julai 2016