Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

Rakyat harus berwaspada taktik putarbelit pembangkang - Saddi

Bung dan Saddi menyampaikan bantuan BRIM kepada rakyat di Mukim Suan Lamba


Datuk Saddi Haji Abdul Rahman mengajak rakyat supaya terus berwaspada dari diputarbelitkan oleh pihak tidak bertanggungjawab khususnya pembangkang, terutama mengenai isu-isu yang berkaitan tanah yang sudah diperjelaskan oleh beliau dan kerajaan di kawasan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau itu menegaskan, isu tuntutan tanah oleh anak-anak peneroka di kawasan milik Borneo Samudera, sebuah agensi milik kerajaan negeri itu sudah beliau usahakan untuk diserahkan kepada golongan tersebut tetapi belum dapat dipertimbangkan.

Katanya, ini kerana kawasan tanah berkenaan sudah dibangunkan oleh Borneo Samudera dengan kos melebihi RM50 juta. Agensi itu hanya melepaskannya sekiranya nilai pelaburan itu dikembalikan.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri sudah mengubah dasarnya untuk tidak lagi melakukan pengambilan peneroka kelapa sawit sebagaimana yang dilakukan sebelum ini. Ini kerana tugas itu sudah diserahkan kepada pihak Felda menerusi perjanjian yang dibuat agensi milik persekutuan itu dengan kerajaan negeri ketika mengembangkan sayap ke Sabah lebih 20 tahun lalu.

“Saya juga sudah mendapat kenyataan lisan daripada pihak Felda untuk mempertimbangkan cadangan saya. Namun kenyataan ini akan disusuli dengan tindakan dalam suatu waktu yang belum dipastikan,” katanya,

Saddi berkata demikian pada majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) bersama-sama Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokthar Radin melibatkan lebih 400 penerima di Mukim Suan Lamba, Sukau dan Bilit di Balairaya Suan Lamba di sini pada Jumaat.

Berkaitan dengan kenyataan lisan pihak Felda itu, kata Saddi,  beliau akan bersedia melakukan susulan rasmi  demi  kebaikan rakyat khususnya generasi muda dalam kawasan Dun Sukau yang belum memiliki tanah untuk masa depan ekonomi mereka.

Dengan menambah, pihaknya telah memperjuangkan isu kepentingan tanah rakyat di kawasan Dun Sukau sebagai salah satu daripada lima ‘makmal’ dalam tumpuannya, Saddi berkata, pelbagai pencapaian sudah diperolehi,  termasuk menyelesaikan aktiviti pengukuran tanah rakyat di beberapa tempat dan  isu tuntutan tanah koyah dalam masa terdekat. Peranan ini turut melibatkan kerjasama Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri, Datuk Osman Jamal baru-baru ini.

Selain makmal tanah, Saddi mengujudkan Makmal Pembangunan, Makmal Kebajikan, Makmal E Kasih dan Makmal Belia di dalam  Dun Sukau yang turut menghasilkan beberapa pencapaian.

Bung Mokthar ketika menyampaikan ucapannya, meminta rakyat di kawasan ini yang menyokong pembangkang supaya balik ke pangkal jalan, sebelum mereka menerima akibat daripada perbuatan itu.

“ kalau mereka dakwa mahu hokum BN dengan menyokong pembangkang dalam PRU 13, kitapun boleh hukum mereka lima tahun  selepas BN menang dalam pilihanraya ini seperti biasa.

“ Saya tidak mahu lagi ada segelintir rakyat gertak kita (BN). Nanti kita pula yang hukum merek sekiranya terus bersikap menolak BN,” katanya.

Sambil mengaitkan Anwar sebagai dalang kepada penerobohan rakyat asing di Tondou, Lahad Datu sebagaimana yang disahkan oleh Agensi Berita Rauters, Bung Moktar, mahu rakyat Sabah supaya menghukum pemimpin itu  dan kunco-kunconya untuk tindak diberikan tempat dalam PRU 13.

Bung Moktar berkata, BN terus berusaha bersikap adil kepada kepentingan rakyat di Sabah termasuk menyeragamkan harga barang-barang keperluan utama di Sabah sama sebagaimana harga di Semenanjung Malaysia pada bulan Mac ini.

“ Kerajaan pusat sanggup membayar subsidi yang tinggi untuk mempastikan semua harga barang-barang kegunaan rakyat sama sebagaimana di Semenanjung. Dan perkara itu tidak mungkin dapat dilakukan kerajaan pembangkang sekiranya berkuasa.

“ Malangnya pihak pembangkang ini terbukti sudah tidak mampu menunaikan janji selepas diberikan peluang memerintah di beberapa negeri, walaupun pelbagai janji ditabur dalam manifesto pilihanrayanya pada PRU 12,” katanya.