Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

Golongan ibu tunggal tidak akan disisihkan - Saddi


Saddi menyampaikan ucapan
Adun Sukau memukul gong sebagai tanda simbolik majlis perasmian  Program Jalinan Kasih

Saddi menyampaikan cenderhati kepada Pegawai Pertanian Kinabatangan, Awang Walid sebagai salah seorang ahli penal program jalinan kasih




Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan ini,  Datuk Saddi Haji Abdul Rahman mengajak anggota persatuan ibu-ibu tunggal di Kinabatangan supaya sentiasa berada di belakang kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN), demi mendapat khidmat dan pembelaan yang sewajarnya.

Kata Saddi, golongan wanita  itu harus sedia memberi kerjasama dan sokongan mereka kepada sebuah kerajaan yang kuat seperti BN yang sekian lama menyediakan pelbagai program penbelaan termasuk kaum wanita agar mereka juga boleh berjaya dalam bidang ekonomi dan pembangunan diri.

“Sebagai sebuah kerajaan yang kuat dan terancang,  khidmatnya terbuka luas termasuk kepada golongan wanita dan ibu ibu-ibu tunggal.  Sebagai contoh,  bantuan 1Azam, E Kasih dan banyak lagi  yang membolehkan kaum wanita,  termasuk merka yang ditinggalkan suami untuk mampu hidup berdikari dan akhirnya berjaya dalam hidup,” katanya.

Berucap merasmikan Majlis Jalinan Kasih Bersama Ibu Tunggal di Dewan Seri Lamag, Kinabatangan anjuran Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah, Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna dengan kerjasama Pejabat Daerah Kinabatangan di sini, Saddi berkata, sebahagian besar wanita termasuk kalangan ibu tunggal dalam negara ini adalah penyumbang besar kepada kemajuan dan kestabilan politik negara.
Oleh itu, kata Pengerusi Koperasi Pembangunan Desa (KPD) Sabah itu, golongan wanita itu tidak harus disisihkan.  sebaliknya mendapat perhatian semua pihak khususnya  agensi-agensi kerajaan yang menawarkan khidmat mereka

“ Saya menyarankan persatuan ibu tunggal dalam daerah Kinabatangan ini membuat kesatuan yang kuat dengan memasukkan lebih ramai ahli golongan ibu tunggal yang belum didaftarkan.

“ Saya secara peribadi bersedia untuk memberikan kerjasama dan sokongan untuk kebaikan para anggotanya, termasuklah menjadi ‘bapa angkat’ kepada persatuan ini,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah, Datuk Hajah Siti Sapoo Haji Ahok,  Presiden Persatuan Ibu Tunggal Kinabatangan, Puan Hajah Zaleha Mating dan Wakil Pegawai Daerah merangkap ADO pentadbirannya,  Manap Abdul Rohim,

Saddi turut mengajak golongan wanita di daerah ini khususnya Dun Sukau supaya menimba sebanyak mungkin kemahiran demi kebaikan dan masa depan ekonomi golongan itu.

Katanya, kemajuan yang akan dicapai golongan wanita adalah sebahagian penyumbang penting kepada pencapaian kemajuan sosioekonomi rakyat di kawasan Dun Sukau yang sedang diperjuangkannya.

“ Kaum wanita jangan terus merendah diri. Jadikan kelemahan yang ada sebagai asas untuk mencapai perubahan kemajuan diri yang disasarkan kerajaan. Seterusnya  tampil sebagai penyumbang besar kepada kemajuan  rakyat dan negara,” katanya.