![]()  | 
| Peserta menerima sijil penyertaan daripada Saddi | 
![]()  | 
| Menerima cenderhati daripada Rosinah | 
![]()  | 
| Saddi mencanting batik sambil disaksikan Hajah Rosinah dan Aini | 
![]()  | 
| Bergambar kenang-kenangan bersama peserta program | 
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk
Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, usaha pengisian serta  peluang disebalik  ‘pelan tranformasi ekonomi’ yang  dilaung-laungkan kerajaan Barisan Nasional
(BN) diumpamakan seperti berada di halaman rumah setiap rakyat yang hanya
menunggu waktu untuk direbut.
Saddi berkata, ini kerana
kerajaan sudah menggariskan  pelbagai
perancangan serta peluang yang hanya 
bergantung kepada sikap dan minat 
rakyat  untuk menyertainya secara
gigih bagi meraih pendapatan lumayan.
“Kerajaan sudah menyediakan
pelbagai strategi  penambahbaikan
struktur penjanaan ekonomi  rakyat
seperti di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB). Hari ini Pelan Tranformasi Ekonomi
yang menyediakan pelbagai ruang, digariskan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd
Najib Tun Razak pastinya mampu merubah kehidupan seluruh  rakyat termasuk di luar bandar,” katanya.
Berucap Merasmikan Program
Keusahawanan Kraftangan Wanita Peringkat Dun Sukau di Dewan KRT Sentosa Jaya di
sini, Saddi yang juga Pengerusi Korperasi Pembangunan Sabah (KPD) yakin, kesediaan
memahami falsafah serta pendekataan 
kerajaan memudahkan rakyat menikmati peluang-peluang kemajuan yang
ditawarkan banyak agensinya.
Katanya, matlamat meraih  pendapatan USD7 ribu (RM21,500) setiap ketua isirumah di
negara ini  kepada USD15(RM46,000) ribu setahun
menjelang tahun 2020 bukan sesuatu yang sukar dengan kesungguhan setiap rakyat
menguasai banyak kemahiran, sebagaimana yang berulang kali dianjurkan  kerajaan.
Dalam menjana pendapatan pada sektor
perniagaan, kata Saddi, rakyat di sini boleh dapat memasarkan pelbagai
produk  yang bukan saja dikehendaki masyarakat
setempat tetapi juga rakyat asing.
Beliau mengambil contoh, kursus
kemahiran membuat batik yang dianjurkan Yayasan Sabah itu merupakan  salah satu produk kraftangan yang mampu
bersaing di pasaran dan memberi puangan besar  kepada para penduduk Dun Sukau.
“Lebih-lebih lagi kawasan Dun Sukau merupakan
salah satu destinasi pelancongan di Sabah yang menjadi tumpuan lebih 50,000
rakyat negara asing  setahun, sudah tentu
memberikan pulangan kepada para pengusahanya.
“Sebagamana mampu ditunjukkan
oleh Negeri Terengganu, kita di kawasan ini boleh menguasai label sedemikian
berjenamakan banyak  tempat-tempat
popular yang ada di dalam kawasan ini. Maka kita harus berlumba-lumba menguasai
kemajuan yang ada,” katanya.
Turut hadir dan memberikan ucapan
pada majlis itu ialah Pegawai Yayasan Sabah Bahagian Sandakan, Hajah Rosinah
Muin dan Pegawai Yayasan Sabah Bahagian Kinabatangan,  Noraini Abdul Rahman.
Dalam pada itu, Saddi mengajak
rakyat yang berpeluang mengikuti pelbagai program kursus kemahiran yang dianjurkan
kerajaan di kawasan ini supaya mula menggunakan kemahiran mereka untuk
memperbaiki ekonomi keluarga.
Dalam pada itu,  golongan surirumah serta anak-anak perlu
bersikap terbuka dengan seranan yang terus dilaungkan kerajaan  termasuk mendapatkan kemahiran dan latihan
untuk turut sama-sama membantu suami bagi meningkatkan pendapatan keluarga.
“Untuk mencapai kemajuan diri
sesungguhnya tidak ada yang datang bergolek, melainkan setiap kita perlu gigih
berusaha demi mencapai kemajuan ekonomi yang diharapkan,” katanya.



