Saddi menyerahkan sumbangan kepada penerima |
Sambil menyampaikan sumbangan Kemas, Saddi didakap oleh seorang penerima sebagai menghargai sumbangannya kepada rakyat kawasan Dun Sukau |
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, rakyat tidak perlu gusar tentang kewujudan parti-parti kecil pembangkang di negara ini khususnya Sabah, kerana BN semangkin kukuh dan kuat membela rakyat.
Menyifatkan
parti-parti kecil pembangkang tidak akan mampu berbuat apa-apa untuk jangka panjang
rakyat, Saddi berkata, BN terbukti melakukan
yang terbaik demi mencapai pelbagai kemajuan yang sudah dinikmati rakyat negara
ini sejak merdeka.
“Buat
apa kita bercakap mengenai parti kecil
seperti STAR yang mula diwujudkan di Sarawak, tetapi tidak mampu memperolehi
kemenangan bertanding di negeri itu,
apalagi memberikan pembelaan kepada rakyat Sabah.
“Kita
mahu sebuah parti yang kuat seperti Barisan Nasional, bukan saja sudah berjaya
membangun Sarawak, tetapi membela kepentingan rakyat berbilang kaum di negara
ini dalam segala kemajuan,” katanya.
Berucap
merasmikan Program Gerak Kerja Tumpuan Kemas Peringkat Dun Sukau di sini, Saddi
yang juga Pengerusi KPD Sabah berkata, pembabitan Dr. Jeffery sebagai pemimpin
Star Sabah bukan saja membuatkan rakyat tidak merasa bimbang tetapi yakin
bahawa Star satu lagi parti tunggangan baru seorang ketua
yang tidak berpendirian politik serta kerap mengecewakan rakyat.
“Pada
saya samada ada Dr. Jeffery dan beberapa orang pemimpin parti pembangkang lain
tidak jauh beza perjuangan mereka. Bila merasa tidak puas hati dengan kuasa
yang ada akan ‘melompat parti’. Yang menjadi mangsa adalah rakyat yang terus
perlukan pembelaan.
“Di
dalam BN tidak sedemikian, pemimpinnya memang datang dan pergi, tetapi rakyat
terus terbela kerana tugas sedemikian adalah kualiti tanggungjawab dan
berterusan,” katanya.
Saddi
mengakui kewujudan pembangkang tidak
sama sekali berkesan dan mendapat perhatian rakyat di kawasan ini, hinggakan
beberapa individu yang menggerakkannya tidak mampu menonjol.