Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

Negara hancur jika pemimpin tidak peka kehendak rakyat



KUALA LUMPUR 3 Mac - Mana-mana negara bakal berdepan dengan 'kehancuran' jika pemimpin tertinggi di sesebuah negara itu tidak peka terhadap kehendak rakyat. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ia terbukti dengan apa yang berlaku di beberapa buah negara Arab apabila rakyatnya bertindak menentang kerajaan.

Jelasnya, kehendak rakyat yang perlu diutamakan adalah soal pekerjaan bagi membolehkan mereka mendapat sumber pendapatan untuk kestabilan hidup. ''Bidang pertanian tidak mampu mencipta banyak peluang pekerjaan berbanding industri. 

Secara matematiknya, satu hektar tanah untuk pertanian hanya mampu menyokong kehidupan seorang tetapi tanah itu boleh menempatkan sebuah kilang dengan 500 pekerja. ''Sebab itulah Malaysia memilih menjadi negara industri. Selain mencipta banyak peluang pekerjaan, sektor industri membolehkan seseorang itu terlatih dalam sektor pembuatan.