Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Keperihatinan kerajaan diterjemahkan melalui Program Sentuhan Kasih





Didikasi tinggi dan  dan kebijaksanaan Ketua Menteri menggalas tanggungjawab membolehkan rakyat di pelusuk luar bandar di negeri ini sentiasa mendapat pembelaan dan beriltizam tinggi untuk memajukan diri.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan,  pembelaan  rakyat di bawah program sentuhan kasih dicetuskan Datuk Seri Musa Haji Aman di bawah Bahet Negeri 2012,  bukan saja membolehkan  golongan itu menerima pelbagai kemudahan di peringkat kampung yang segera diperlukan.

“ Tetapi  rakyat dari pelbagai ketegori seperti mereka yang hidup di bawah garis kemiskinan, golongan keurang upaya dan cacat, ibu-ibu tunggal, malah golongan belia wajar menerima sumbangan di bawah program itu agar menyemarakkan lagi semangat  memajukan diri dalam kegiatan sosioekonomi masing-masing,” katanya.

Berucap dalam menyampaikan sumbangan Sentuhan Kasih di peringkat Mukim Litang,  Saddi berkata,  sumbangan di bawah program itu wajar disampaikan kepada rakyat agar di mana juga berada agar mencapai matlamatnya, walaupun berhadapan pelbagai cabaran.

Katanya, walaupun perjalanan ke Kampung Litang mengambil masa lima jam menggunakan jalan laut merentasi laut Sulu, tetapi beliau bersama kakitangan Unit PKR Sukau berserta dengan kakitangan kerajaan lain seperti polis dan mewakili pejabat daerah mengambil ketetapan untuk sampai ke kampung berkenaan demi menyampaikan sumbangan tersebut.
“ Tambahan lagi masa ini laut kadangkalanya mula bergelora, lebih 29 kakitangan kerajaan bersama hanya bertawakal kepada Allah Swt untuk sampai dan balik ke Sandakan juga hari ini,” katanya.

“ Mulanya saya fikirkan tempat ini (Litang) melalui laluan laut kebih cepat berbanding laluan darat yang saya kerap kali bermalam ke sini, tetapi rupanya agak jauh dan mencabar. Demi rakyat dan program Sentuhan Kasih, ini antara pengalaman manis kami,” katanya.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Pemimpin Kemajuan Rakyat Sukau, Shahrin Haji Abdul Rahman, Pegawai Kemajuan Masyarakat, Amirudin Mohd Damit, dua ketua anak negeri Sukau, Pastor Haji Mansor, Rezuan Baharun, Penolong pegawai Daerah, Manaf Abdul Rahim (pentadbiran), Pemaju Mukim Litang,  Bahari Haji Omarmaya, Samry Sher Mohamad (Paris), Awang Kassim (Mumiang),  Haji Adli Tambutit (JASA) dan dua anggota polis cawangan khas.

Dalam pada itu, Saddi berkata, bantuan Sentuhan Kasih itu adalah sebahagian daripada bukti keprihatinan kerajaan BN terhadap rakyat yang sehingga kini sudah menerima pelbagai bantuan ihsan, diikuti  kemudahan pembangunan infrastruktur dirancang oleh kerajaan.