Semoga Mesyuarat Perwakilan UMNO khasnya UMNO Zon 5 sentiasa dalam keadaan harmoni dan bersatu. Sesungguhnya parti UMNO adalah parti kesejahteraan rakyat, negara kita Malaysia yang tercinta dibawah pimpinan YAB Datuk Seri Panglima Najib Tun Abdul Razak, YAB Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman.
Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau
SukauTV
Sekitar Program Seminar Cinta Negara 2016
SANDAKAN 13 OGOS : Berkesempatan untuk merasmikan Seminar Cinta Negara yang dianjurkan oleh Biro Tata Negara cawangan Sabah dengan kerjasam UPPM N.48 Sukau bertempat di Dewan Masyarakat Sandakan.
Dengan objektif menanam kesedaran terhadap kecintaan kepada negara, seminar disasarkan khusus kepada Pemimpin-pemimpin akar umbi termasuk Kakitangan UPPM, JKKK, Ketua Kampung, WKAN dan Ketua-ketua Masyarakat kawasan DUN N.48 Sukau.
Saya berharap agar dimasa akan datang seminar seumpamanya dapat dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan berkaitan dengan lebih ramai penyertaan daripada pelbagai kelompok masyarakat termasuk badan bukan kerajaan (NGO).
Masjid Tun Juhar akan siap tidak lama lagi.
Lawatan kerja bersama rombongan Pegawai Kementerian Kewangan
Kota Kinabalu yang diketuai oleh Pn. Jasmine Teoh, Pegawai JHEAINS (Pembangunan) En Hasnawi, LPPB serta pihak pemaju bagi
penilaian akhir Masjid Tun Juhar, Pekan Baharu Sukau. Alhamdulillah…dengan izinnya
Masjid Tun Juhar akan siap sepenuhnya pada bulan November 2016.
Lawatan Menteri MAFI ke tapak Projek Penanaman Cendawan Shiitake KPD
Satu lagi usaha yang
murni Korporasi Pembangunan Desa Sabah (KPD) untuk membantu meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat desa di Keningau dengan wujudnya Projek Tanaman Berkolompok Cendawan Shiitakee di km 54.2 Jalan Keningau-Kimanis yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Hj Yahya Hussin, Tim.
Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian & Industri Makanan Sabah.
Saya berharap lebih banyak lagi bidang yang boleh diterokai oleh KPD bukan saja
cendawan malah tanaman lain yang sesuai ditempat-tempat lain di Sabah.
Shafie bukan pejuang UMNO pertama Sabah
Shafie bukan pejuang UMNO pertama Sabah
Suasana sekitar Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN N.48 Sukau, Kinabatangan.
Alhamdulillah…saya
bersyukur ke hadirat Allah SWT. Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri tahun
ini berjalan lancar dalam suasana penuh kemesraan dan kekeluargaan dengan kunjungan para tetamu dari kawasan DUN N48
Sukau dan Pekan Kota Kinabatangan. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada
seluruh masyarakat yang begitu ramai samada dari dekat atau jauh yang telah
sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis ini.
Di kesempatan ini juga saya
ingin menyampaikan ucapan terima kasih tak terhingga kepada YB Datuk Seri Panglima Dr Salleh Tun Said, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia merangkap Bendahari UMNO Puast dan isteri Datin Seri Panglima Datuk Raya Erom, YB Datuk Samsudin Yahya, ADUN
Sekong serta dif-dif kehormat yang telah sudi bertandang ke Dewan Seri Lamag,
Kinabatangan. Terima kasih sekali lagi.
![]() |
Bergambar kenangan
bersama keluarga
![]() |
| Artis jemputan khas Kumpulan Carefree |
![]() |
Sebahagian tetamu yang hadir
|
![]() |
Kumpulan Nasyid Al
Kahfi dari Mukim Paris
|
![]() |
| Artis2 Ika Sharif bersama Zukh Zary |
Waspada tindakan hasut benci kerajaan - Salleh
KINABATANGAN 31 Julai : Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri
Dr Salleh Said Keruak, mengingatkan rakyat supaya berhati-hati dengan tindakan
pihak tertentu yang cuba meracuni fikiran mereka untuk membenci kerajaan.
Menurut beliau, pihak tertentu di luar negara itu berbuat demikian kerana
cemburu dengan kerajaan yang mampu memajukan negara dalam suasana demokrasi,
sekali gus menyumbang kepada keamanan.
"Mereka (pihak tertentu di luar
negara) bersekongkol dengan kumpulan kecil di Malaysia meracuni pemikiran rakyat
termasuk membuat tohmahan dan fitnah kepada Perdana Menteri.
"Ia bertujuan
agar rakyat hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri yang dipilih oleh rakyat
melalui proses demokrasi," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah
Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman,
di sini, hari ini. Salleh yang juga Bendahari UMNO berkata, mereka menggunakan
media sosial dengan memberi gambar negatif untuk meracuni pemikiran rakyat agar
membenci kerajaan. -
Sumber BERNAMA
Langgan:
Catatan (Atom)
















