Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

MERASMIKAN MESYUARAT CAWANGAN UMNO KAMPUNG PERPADUAN 1 & KAMPUNG PERPADUAN 2 DI SANBAY HOTEL SANDAKAN

Saddi menyampaikan hadiah pemenang tiket bertuah kepada salah satu hadirin.
Majlis menyampaikan watikah perlantikan pengerusi JKKK kepada hj wahab alpa dari kampung semangat.
Saddi menyampaikan ucapan.

SUKAU:
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, semangat menganjak idealisma perjuangan politik Umno perlu disemarakkan secara berkesan di kawasan ini menerusi gagasan Model Politik Baru Umno, yang dicetuskan Presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Kata Saddi, gagasan yang disuarakan presiden parti pada perhimpunan Agung Umno tahun lalu tidak hanya dihayati oleh kalangan tertentu ahli parti itu tetapi seharusnya berkembang segar ke kawasan ini sebagai mentranformasikan perjuangan Umno untuk terus berada di depan dalam memberikan perkhidmatan dan pembelaan kepada seluruh rakyat.
Katanya, dengan gagasan itu ahli-ahli bukan saja dituntut bersikap terbuka dan merubah minda mereka untuk melakukan sesuatu yang terbaik untuk kejayaan Umno dan Barisan Nasional (BN).
“ Tetapi tidak ada lagi ahli yang mengamalkan bersikap berpuak-puak, melakukan fitnah dan adudomba semata-mata untuk keuntungan jangka pendek.
“ Yang wajar dilakukan oleh seluruh ahli ialah mempastikan hubungan para pemimpin Umno termasuk di kawasan ini disatu dan diperkuatkan supaya rakyat menjadi lebih kuat dan keseluruhannya menerima khidmat dan pembelaan wakil-wakil rakyat dan kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Cawangan Umno Kampung Perpaduan 1 dan Kampung Perpaduan 11 di Sanbay Hotel Sandakan pada Jumaat.
Turut hadir pada perjumpaan itu ialah Setiausaha Bahagian, Titing Putang dan sebahagian besar
Ahli-ahli jawatankuasa Umno Bahagian, diikuti ketua-ketua Umno cawangan dalam bahagian Kinabatangan yang dijemput sebagai pemerhati pada majlis itu.
Saddi yang juga Ketua Cawangan Umno Kampung Perpaduan 1 berkata, kesediaannya menganjurkan permasyuaratan dua cawangan berkenaan adalah kerana mahu menjadikan program itu sebagai forum bagi menjelaskan kedudukannya sebagai pemimpin parti dan wakil rakyat yang dipilih oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) di kawasan itu.
Sebagai wakil rakyat dipilih oleh parti, kata Saddi, dia perlu membalas budi parti untuk menyampaikan apa yang sudah dilakukannya sebagai wakil rakyat kawasan ini dalam tempoh yang singkat, selain sentiasa bersama-sama dengan rakyat dalam apa juga keadaan dan cabaran.
“ Saya mahu forum ini pentas untuk saya menjelaskan apa juga yang sudah saya lakukan semenjak tiga tahun sebagai wakil rakyat Dun Sukau. Saya percaya sebahagian besar darinya mengatasi pelbagai masalah dan keperluan rakyat sekian lama di kawasan ini,” kata Saddi.
“ Kalau saya bukan wakil rakyat lagi, tidak mungkin saya dapat gunakan forum Umno begini menjelaskan kedudukan dan keupayaan saya,” kata Saddi sambil memberi senyuman.
Ucapannya Saddi demikian disambut dengan tepukan gemuruh hadirin dengan sebahagiannya menjerit “ Tuk...kamu masih jadi YB kami akan datang.”.
Ucapan Saddi terus mendapat sorakan rakyat apabila menegaskan dalam tempoh yang singkat beliau telah berjaya melakukan banyak perubahan termasuk mengujudkan Pekan Baru Sukau yang sudah diluluskan kerajaan negeri untuk menerima peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke 10 dan RMK11, diikuti pelbagai prasarana pembangunan khususnya loji bekalan air dari dasar laut di Tanjung Aru, pembinaan Loji Air di Kampung Mengaris yang kedua-duanya siap tidak lama lagi, selain cadangan membina loji air Sukau yang ketika ini diperingkat proses pengeluaran tender oleh pihak kerajaan.
“ Demikian juga saya terus menangani isu keperluan tanah rakyat di Sukau yang sebahagiannya sudah diukur dan yang lain menunggu giliran. Semua langkah berkenaan tertakluk Ini dibawah peranan jawatankuasa pembangunan tanah rakyat di bawah Unit PKR.
“ Saya turut mengutamakan soal kebajikan rakyat melalui pengujudan jawatankuasa menangani kemiskinan tegar rakyat di sini. Demikian juga isu-isu berkaitan ekonomi, keagamaan dan pendidikan rakyat di sini selagi berpeluang saya lakukan demi rakyat, “ kata Saddi
Tegas wakil rakyat itu soal kepentingan dan masa depan belia di kawasan ini yang merupakan penyumbang besar dalam perjuangan Umno menjadi sebahagian fokus utamanya agar misi dan visi Umno di kawasan ini terus relevan dengan kehendak dan tuntutan rakyat rakyat.
Ucapan Saddi menerima tepukan gemuruh hadirin apabila dia menegaskan, tidak ada masalah baginya bergandingan dengan Ketua Umno Bahagian Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin semata-mata kerana kepentingan rakyat di Kinabatangan.
“ Kami berdua sememangnya bukan ada masalah perhubungan. Kami dari dulu macam adik beradik. Semua orang tahu. Tetapi memang ada juga ahli yang buat pelbagai adudomba supaya hubungan kami tidak baik, dan ada yang takut datang jumpa saya di pejabat kononnya ada spy dan sebagainya. Ahli begini memang ada termasuklah cuba mengeksploitasi program seperti hari ini.
“ Pada saya semua sama. Siapa saja ahli Umno yang datang ke tempat saya untuk mahukan khidmat saya sedia bantu. Saya bela. Saya juga tidak berkira selagi ada ruang. Saya memang diajar berpolitik di dalam Umno berkhidmat untuk semua,” katanya yang mendapat sahutan ‘
hidup Umno’ daripada para hadirin.
Dalam pada itu, wakil rakyat Sukau itu meminta ahli-ahli parti di kawasan ini supaya sentiasa bekerja keras untuk kemajuan parti, sekaligus mengambil langkah bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan pilihanraya umum dalam masa terdekat.
Selesai.

BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR DI LITANG

Saddi menaiki bot untuk membawa bantuan banjir yang terputus perhubungan jalan.
Saddi menyampaikan barangan bantuan banjir kepada penduduk.
salah satu kediaman yang di naiki banjir.


LITANG;

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Dun Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman mengingatkan masyarakat yang mendiami pinggir Sungai Kinabatangan supaya terus berhati-hati dengan bencana banjir yang melanda kawasan itu.
Katanya, ibu bapa bukan saja sentiasa memerhati pergerakan anak-anak mereka, tetapi berhati-hati ketika melakukan aktiviti ekonomi ketika menghadapi bencana banjir yang berlaku di luar musim berbanding bencana sebelumnya.

“ Apalagi perubahan cuaa ketika ini sukar kita ramal dan mengakibatkan bencana banjir sudah tentu kita perlu mengambil pelbagai langkah keselamatan demi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Nasihat saya ialah sentiasa bersedia menerima nasihat keselamatan daripada pihak kerajaan dan pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan.

“ Jika sudah waktunya para penduduk berpindah ekoran bencana ini, jangan ragu-ragu melakukannya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Menyampaikan Bantuan Banjir kepada 36 keluarga mangsa banjir di Kampung Litang di sini pada Khamis. Majlis itu disaksikan oleh Penolong Pegawai Daerah Kinabatangan, Madinin Zinin dan Penolong Pegawai Kebajikan Daerah, Murni Haji Juhari.

Unit PKR Dun Sukau turut diwakili Pegawai Kemajuan Masyarakatnya, Amirudin Mohd Damit dan Pemaju Mukim Litang, Bahri Haji Omarmaya.
Kata Saddi, perubahan cuaca yang berlaku di peringkat global turut membimbangkannya kerana sedikit sebanyak ia memberi tempias kepada kepentingan penduduk di pinggir Sungai Kinabatangan yang saban tahun menerima ancaman banjir.
Di Litang walaupun perjalanan ke kampung itu mengambil masa yang agak lama, kata Saddi, sentiasa mendapat keutamaannya terutama menangani isu keselamatan seumapama itu. Ini kerana kesetiaan yang sekian lama diberikan rakyat kawasan itu kepada kerajaan BN.

Beliau merasa sedih kerana setiap kali musim banjir di Litang ianya bukan saja mengancam keselamatan penduduk mendiami kawasa rendah, tetapi bencana itu turut menjejaskan sistem perhubungan ke kampung itu yang menyukarkan penduduk mendapat keperluan makanan dan menjalankan kegiatan ekonomi.
Dalam pada itu, Saddi menyaranmkan, maklumat segera dan tepat kejadian sedemikian harus disampaikan kepada pihak kerajaan bagi membolehkan mangsa-mangsa terjejas segera menerima bantuanr daripada pihak kerajaan.

Menjelaskan bahawa kegagalan memberikan maklumat adalah punca kelwatan bantuan disampaikan, Saddi berkata, pemimpin akar umbi yang dipertanggungjawabkan tugas itu harus menyenaraikan penduduk yang terlibat tanpa mengambilkira kedudukan dan latar belakang politik mereka.

“ Semua yang menerima musibah ini akan dapat bantuan samarata. Kerajaan BN tidak akan menafikan hak rakyat walaupun bukan menyokong mereka. Kerana ini cara kita memberikan khidmat. Maka pemimpin di bawah perlu ada semangat membela rakyat dan rakan-rakan sekampung,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyarankan para pemimpin berkenaan di kawasan-kawasan yang berisiko banjir supaya melaporkan bencana itu kepada pihak kerajaan khususnya Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Kinabatangan untuk mendapatkan langkah-langkah bantuan.

Selesai.

Festival Kesenian Islam Kawasan Kinabatangan

Saddi menerima cenderahati daripada pihak penganjur tanda penghargaan.
Saddi meyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan nasyid
Saddi bersama hadirin menyaksikan acara yang berlangsung.

SUKAU :


Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, Festival Kesenian Islam di daerah ini memerlukan tranformasi dalam penganjurannya bagi mempastikan acara tahunan itu mampu menjadi antara mercu tanda utama dalam penyebaran dakwah dan syiar Islam di negeri ini.
Katanya, selain perlaksanaan program itu memerlukan penglibatan sepenuhnya pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri (Jaheins) daerah, penyertaan masyarakat Islam mewakili seluruh daerah Kinabatangan dan khidmat kalangan pendakwah serta professional Islam diperlukan dalam memperkasakan anjuran tersebut.

“ Saya juga menyarankan agar soal ganjaran hadiah kepada pemenang dalam beberapa acara ditingkatkan. Sebagai contoh Pertandingan naysid, tilawah Al-Quran, bacaan berzanji dan marhaban ditingkatkan kepada RM 500.00 dan RM1,000.... Pada tahun depan, sumbangan ini daripada pihak saya.
“ Kalau kita mahu berdakwah dan berjuang atas jalan Allah Swt, beginilah cara kita. Semuga apa yang kita lakukan ini mendapat kebaikan dariNya, “ katanya ketika merasmikan Festival Kesenian Islam Kawasan Kinabatangan kali ke dua di Dewan Sri Lamag di sini.
Saddi berkata, tumpuan yang mantap terhadap pembangunan dakwah Islamiah di daerah ini membuka ruang luas kepada kawasan ini untuk tampil sebagai pusat dakwah yang penting di Sabah pada masa depan.
Dengan kedudukannya yang strategik di pantai timur negeri ini, program kesenian Islam peringkat negeri umpamanya boleh dianjurkan sesuai dengan persekitaran dan aspirasinya samada melahirkan lebih ramai pendakwah dan pengikut agama cara hidup ini.
“ Kalau sebelum ini tumpuan kurang dapat kita berikan kepada bidang dakwah... Kini masanya sudah tiba untuk kita berkerjasama dalam membangunkan kegiatan Islamiah di daerah ini untuk kebaikan dan masa depan bersama,” katanya yang mendapat gemuruh lebih 300 orang yang hadir dalam program berkenaan.
Katanya, antara golongan disasarkan pada program dakwah ini ialah kalangan masyarakat muda mudi yang bukan saja terus mendapat tarbiah dalam pendidikan Islam, tetapi menghalang mereka daripada godaan dunia serta budaya negatif yang terus cuba mempengerahui mereka menerusi keupayaan bidang sains dan teknologi hari ini.
Ke arah mencapai salah sebuah daerah Islam yang berkembang dan seiring dengan aspirasi kerajaan, kata Saddi, beliau sedia melakukan apa saja termasuk menyokong seranan kalangan badan-badan dakwah dan kalangan professional Islam, terutama dalam menyediakan prasarana asas dalam mencapai agenda itu.
Turut hadir pada majlis itu ialah kedua-dua Penolong Pegawai Daerah, Arisin Aripin (pembangunan) dan Madinin Jimin (pentadbiran), diikuti oleh pegawai-pegawai kerajaan mewakili kerajaan negeri dan persekutuan di daerah ini.
Dengan memberikan tahniah kepada Pejabat Daerah Kinabatangan kerana Berjaya menganjurkan program berkenaan kali kedua, Saddi berkata, nilai persembahan festival itu yang mengalami sedikit perubahan itu tahun ini, perlu dipertingkatkan seiring dengan tuntutan ajaran Islam masa kini.
“ Namun kepada saya, yang paling penting penyertaan samada pihak Jaheins serta masyarakat Islam mewakili kampung-kampung dari Daerah Tongod sampai ke Dagat dalam Dun Sukau perlu disertakan demi kebaikan dan masa depan penganjuran ini,” katanya.
Selesai.

Program Di Kampung Lanut, Suan Lamba.

Saddi menerima cenderahati daripada Saadon selepas merasmikan program.
saddi menyalurkan bantuan pertanian kepada salah seorang guru dibawah program kg angkat jabatan pertanian daerah Kinabatangan.

Saddi melakukan sepakan simbolik merasmikan Kejohanan Bolasepak Sembilan Sebelah anjuran JKKK Lanut, Suan Lamba.


SUKAU:

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berikrar untuk menghidupkan semula suasana sosioekonomi dan pembangunan di dalam Kampung Suan Lamba Lanut di sini sebagaimana yang dituntut oleh para penduduk kampung itu.
Beliau berkata, aspek membabitkan penyaluran serta pembaikan prasarana asas kampung, menyalurkan program-program ekonomi setempat secara sepadu dan aktiviti-aktiviti bagi menjayakan keceriaan kampung termasuk kegiatan kesukanan akan disokong perlaksanaannya di sini ke arah mencapai wawasan itu.

“ Saya sedia bantu penduduk kampung ini, termasuklah membawa mereka yang telah meninggalkan kampung Lanut ini sekian lama agar kembali meneruskan kehidupan di sini.
“ Saya juga meminta penduduk bersihkanlah kawasan yang semak samun agar kampung yang bersejarah dan telah melahirkan ramai tokoh politik ini terus dipelihara. Saya salah seorang daripada pemimpin kecil yang diwarisi para pemimpin lama ini amat menyokong usaha menghidupkan semula nostalgia kampung ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program kejohanan sukan sembilan sebelah anjuran JKKK Kampung ini di Padang Suan Lamba Lanut di sini pada Jumaat.

Saddi berkata, kesediaan Pejabat Jabatan Pertanian Daerah menjadikan Kampung Lanut Suan Lamba sebagai salah satu daripada tiga kampung angkat jabatan itu, merupakan langkah awal yang positif ke arah gagasan itu.
Beliau yang menyatakan rasa gembira dengan langkah jabatan itu berkata, kampung ini akan dapat dimajukan dalam pelbagai program pertanian bagi meningkatkan ekonomi penduduk.
Antara yang disalurkan jabatan berkenaan dalam program kampung angkat jabatan itu ialah sejumlah besar benih buah-buahan yang berkualiti dihasilkan jabatan tersebut, diikuti alat-alat pertanian untuk kemudahan penduduk terlibat.

“ Saya mahu supaya program pertanian serta kegiatan sukan di kampung ini berterusan. Jadikanlah segala program pengisian kampung yang dirancang berjalan dengan baik dan mampu meningkatkan perpaduan serta nostalgia kepimpinan di kampung ini,” katanya yang menambah gelaran masyarakat luar bahawa kampung Suan Lamba Lanut, sebagai ‘kampung mati’ perlu diketepikan dan dihidupkan semula di bawah matlamat baru itu.

Untuk rekod, kampung Suan Lamba yang boleh dihubungi kurang sejam melalui jalan laut dan lebih sejam menggunakan jalan darat dari bandar Sandakan, merupakan bekas kawasan kediaman, Datuk Pangiran Haji Galpam Pangiran Indar, salah seorang pejuang Usno dan pengasas kemerdekaan Sabah yang kerap dikunjungi oleh ramai pemimpin negeri termasuk Presiden Usno dan Ketua Menteri ketika itu, Tun Datu Mustapha Datu Harun.
Datuk Saddi berkata, dengan adanya perpaduan erat seluruh penduduk di kawasan ini, kedudukan kampung itu sebagai salah satu warisan sejarah kepimpinan masyarakat Orang Sungai di Kinabatangan akan terpelihara dan terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau juga menyarankan penduduk supaya terus memberikan sokongan kepada Pengerusi JKKK Kampung Suan Lamba yang baru dilantik, Saadon Haji Labit yang dipertanggungjabkan memajukan kawasan itu bersama-sama Ketua Kampungnya, Ahmaddin serta gabungan JKKK dalam kawasan Mukim Suan Lamba.
Saddon dalam ucapannya menyatakan terima kasih di atas perlantikan Saddi ke jawatan itu.

Selesai.

Kursus Penangguhan Progaram kemahiran Belia

YB Datuk Saddi menerima cenderahati daripada En Titing abdul Rahman, pegawai jabatan belia & sukan daerah Kinabatangan.
Yb Datuk saddi menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta kursus kecantikan & membuat kueh muih anjuran kementerin belia dan sukan.
Yb Datuk Saddi berucapa semasa majlis berlangsung.

SUKAU:

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, keupayaan setiap belia di negeri ini menguasai banyak bidang kemahiran meletakkan mereka sasaran sebagai rakyat negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, seiring misi dan visi di bawah Pelan Tranformasi Ekonomi (PTE) Negara.
Tegasnya, menguasai bidang pembuatan makanan serta kecantikan tidak saja menepati sebahagian daripada sasaran Model Ekonomi Baru (MEB), sebagai sebahagian daripada cabang Pelan Tranformasi Ekonomi negara (PTE) itu.
Tetapi kata wakil rakyat Dun Sukau itu, ia menjadikan anak-anak di luar Bandar termasuk kawasan ini setanding dengan masyarakat di bandar dalam meraih kemahiran yang juga berasaskan tuntutan global itu.
“ Hari ini saya merasa amat bangga dan teruja kerana mengetahui sudah ramai belia dan beliawanis daripada sekitar Dun Sukau mampu memiliki kemahiran membuat pelbagai jenis kueh bun dan pau. Demikian juga kemahiran mendandan dan menguasai bidang kencantikan wanita.
“ Saya yakin dan percaya kemahiran para belia ini dapat dikembangkan di negeri ini, sebagaimana kemahiran penduduk di bandar yang sekaligus meletakkan mereka memiliki asas kebolehpasaran di bawah sasaran Model Ekonomi Baru dan pelan tranformasi ekonomi negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penangguhan Kursus membuat Kueh Bun dan Pau, diikuti Kursus Kencantikan Wanita anjuran Belia dan Sukau Negeri empat hari di Dewan Perpaduan Kampung Sentosa Jaya di sini kelmarin.
Saddi berkata, kreativiti dan kebolehpasaran bidang makanan serta kecantikan yang sudah dimiliki para belia terlibat bukan saja boleh berpusat di kampung yang mereka wakili, tetapi dengan kemampuan mereka mengembangkan rangkaian perniagaan, ramai belia yang boleh dijana kemahairan dan kemampuan ekonomi mereka ke arah mencapai sasaran daerah dan negeri maju itu.
Saddi dalam pada itu menegaskan, beliau bersedia menyokong sebarang program kursus lanjutan dua bidang berkenaan, diikuti menyambut baik sebarang program bimbingan seumpama itu yang dianjurkan kementerian berkenaan demi meningkatkan kemahiran belia di kawasan ini.
“ Saya tidak ada halangan. Apa saja yang boleh memberikan kebaikan, kegembiraan, malah kekuatan ekonomi kepada masyarakat belia di sini, saya sokong penuh.
“ Cuma yang sama harapkan agar para belia di kawasan ini memberikan sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN). Kerana hanya parti pemerintah ini saja yang mampu memaju dan mengangkat martabat golongan belia di negara ini, khususnya berjaya dalam segala bidang pembangunan diri,” katanya.
menyampaikan ucapan ke atas lebih 100 belia yang mengambil bahagian, tidak termasuk penduduk kampung berkenaan, Saddi menerima tepukan gemuruh apabila beliau berikrar untuk membawa isu cadangan membina mini Stadium yang sudah ditangguhkan pihak kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMK10), ke persidangan Dewan Undangan negeri akan datang ini.
“ Demi kepentingan dan masa depan belia di kawasan ini, saya bersedia membawa isu mini Stadium ini ke persidangan DUN kali ini. Saya sudah mengemukakannya berulang kali dalam dewan ini sebelum berakhirnya RMK9.
“ Tetapi tak apalah. Saya ingin nyatakan kepada kerajaan cukuplah dengan kedudukan kawasan ini yang tertinggal di bidang yang diperlukan belia. Kita mengharapkan dan saya yakin seranan kita akan didengar kali ini,” katanya.

Kata Saddi, sumbangan para belia kawasan ini, khususnya dalam bidang sukan baik ke pencapaian peringkat negeri dan kebangsaan tidak boleh diketepikan, dengan mereka perlu menerima perubahan menerusi penyediaan kemudahan tersebut.
“ Kalau tidak bila lagi. Bolehlah dikatakan belia di kawasan ini telah banyak tertinggal dalam pelbagai bidang pembangunan diri. Mujurlah program-program kemahiran seperti ini dapat disediakan. Jika tidak ia boleh memberikan kesan negatif kepada kerajaan,” katanya sambil menyarankan para peserta mempraktikkan kemahiran mereka di kampung masing-masing demi kemajuan masing-masing.
Selesai.

KUASAI BIDANG ICT SECARA MELUAS

Saddi menyentuh skrin komputer sebagai simbolik melancarkan cabutan projek pembagunan PIA dan PIAS dalam kawasan parlimen Kinabatangan sambil diperhatikan Pegawai Daerah Kinabatangan, Azmi Salim.
By : Yusop Teppo
KINABATANGAN:
Pencapaian ekonomi rakyat setempat di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau mampu diperluaskan ke merata negara secara lebih pantas apabila rakyat dapat menguasai bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau, datuk Saddi Hj Abdul Rahman, berkata keupayaan menguasai bidang IT bukan saja mengemangkan bidang ekonomi berasakan kemahiran dan produk pertanian malah sektor perlancongan di kawasan ini yang mana masih terbuka luas.
" Ini sekaligus memberi imej positif kepada pembagunan ekonomi di kawasan DUN Sukau dan Kinabatangan sepertimana bidang- bidang komoditi dan perlancongan yang berkembang sehingga ke peringkat global," katannya ketika berucap merasmikan Hari Terbuka Pusat Jalur Lebar Komuniti DUN Sukau di kampung Paris, dekat sini bari-baru ini.
saddi berkata, peluang untuk rakyat merebut keuntungan lebih besar melalui produk dan pasaran sarang burung layang-layang, produk dari bahan serta minyak kelapa sawit dan pelbagai produk pelancongan yang terdapat di kawasan ini yang sudah dikenalpasti dan dipasarkan di merata dunia dapat diekspotasi menerusi perkhidmatan internet.
sehubungan itu, rakyat di kawasan ini perlu merebut peluang untuk meneroka secara lebih meluas bidang ICT sebagaimana yang disediakan oleh Suruhanjaya. Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi pengwujudan dua pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) di dalam kawasan DUN Sukau.
Turut hadir ialah Timbalan Pengarah SKMM, Earon Tan dan para pemimpin masyarakat sekitar DUN Sukau. Turut hadir ialah Timbalan pengarah SKMM, Earon tan dan para pemimpin masyarakat sekitar DUN Sukau.
dalam pada itu, Saddi berkata, pelancaran blog Khidmat kasih DUN Sukau yang dilancarkannya di Kampung Paris 1 dua tahun lalu, di ikuti pembahagian 2,000 unit komputer secara percuma oleh SKMM pada oktober tahun lepas telah meningkatkan minat rakyat di kawasan ini terhadap bidang ICT.
Bagaimanapun, katanya minit dan potensi golonganrakyat perlu di asah dan dipertinmgkatkan menerusi khidmat bimbingan yang disediakan oleh pusat PJK di dalam kawasan itu.

KONTRAKTOR DI GESA SIAPKAN PROJEK PEMBANGUNAN DIBERIKAN TEPATI TRANSFORMASI PEMBAGUNAN

By : Yusop Teppo
KINABATANGAN:
Semua kontraktor pembinaan di negeri ini di gesa supaya memberi sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi menyiapkan projek pembamgunan yang di amanahkan. membuat gesaan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, datuk Saddi Hj Abdul Rahman, berkata kontraktor yang mendapat tauliah melaksanakan sesuatu projek pembangunan bukan saja perlu memenuhi spesifikasi pembinaan projek berkenaan, tetapi membuktikan ianya menepati tuntutan transformasi pembangunan negara di bawah gagasan 1 Malayasia.
" Saya dapati masih ada segelintir syarikat kontraktor kecil di kawasan ini yang mengutamakan keuntungan semata- mata malah gagal menyiapkan projek menurut di arahkan kerajaan",. katanya ketika berucap merasmikan Majlis Undian Projek Pembagunan PIA dan PIAS bagi kawasan Parlimen Kinabatangan di Dewan Serbaguna Seri Lamag, Bukit Garam di sini baru-baru ini.
Beliau berkata, sepatutnya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah menyediakan banyak projek pembagunan dan peruntukan untuk membela rakyat turut menerima kebaikan daripada usaha murni para kontraktor yang bertanggungjawab.
"Apa yang kita harapkan kerajaan BN terus mendapat kebaikan daripada usaha pembangunan ini," katanya yang turut meminta kepada mana- mana kontraktor yang gagal mendapat projek tidak berasa kecewa tetapi mencubanya di masa akan datang. Turut hadir di majlis itu ialah Pegawai Daerah Kinabatangan Azmi Salim, para pegawai mewakili Jabatan Pembangunan Sabah, wakil Jabatan Audit Negara dan wakil Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia serta para pegawai Unit Pemimpin Kemajuan rakyat Sukau diketuai PKR, Sharin Hj Abdul Rahman.
Sebanyak 24 projek pembangunan disenaraikan pada majlis undian projek itu yang disertai oleh 70 syarikat kontraktor kelas F mewakili kawasan DUN Sukau dan Kuamut.
dalam pada itu, Saddi turut menyarankan pihak kerajaan supaya memperbanyakkan lagi penyaluran projek pembagunan ke dua kawasan DUN ini pada masa akan datang.

MESYUARAT AGUNG PIBG SMK PARIS

SUKAU : Isnin 28 Mac,2011
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Suaku, Datuk saddi Hj Abdul Rahman menegaskan, perpaduan yang erat di anatara ibu bapa dan guru merupakan jaminan kepada kejayaan besar tahap pendidikan di kawasan ini, sekaligus menepati misi dan visi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam menjana sektor itu.
Kata Saddi, tidak ada yang lebih penting dari menyatukan kerjasama kedua-dua pihak ke arah mencapai keungulan ilmu pendidikan, sedangkan matlamat kejayaan itu boleh ditentukan oleh kaedah serta formula terbaik sama ada dalam memperkasakan prestasi pendidikan ataupun menjayakan permodenan infrastruktur dan pengurusan sekolah.
" Sama amat memberi sokongan jika para pelajar dan guru serta PIBG di sini bersedia merangsang kemajuan murid dalam pendidikan teras khususnya Bahasa Inggeris, Sains dan matematik. "Saya amat bangga apabila pengetua sekolah ini Puan Norah menjelaskan pelajarnya semakin menguasai bidang sain elektif Sains seperti Fizik, Kimia dan Biologi di bawah aliran ini.
"manakala tahun 2012 di sasarkan tahun cemerlang bagi sekolah menengah yang baru 10 tahun diwujudkan. ini amat menggembirakan saya sebagai wakil rakyat yang mewakili kawasan luar bandar ini." kata Saddi ketika merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK Paris di sini pada Sabtu.
Kata Saddi, pengiktirafan yang diberikan pihak sekolah dan jabatan kepada badan PIBG sesungguhnya terbukti mampu memberi sumbangan besar dalam menyatukan kerjasama antara ibu bapa dan guru, demi kemajuan sesebuah sekolah itu.
Denagn berharap agar pemimpin PIBG yang berkesan dapat dikekalkan jika ianya tidak bercanggah dengan peraturan badan tersebut, Saddi mahu pemimpin PIBG di kawasan Dun Sukau mencontohi sikap dan kepimpinan Pengerusi PIBG SMK Paris, Ardin Suradi yang mampu memperkuatkan kedudukan badan itu demi kebaikan para pelajar.
Dalam pada itu, beliau berharap pembinaan sekolah menengah sama ada di kampung Paris dan Kampung Sukau, yang sekian lama sudah dicadangkan kepada kerajaan dapat menjadi kenyataan. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin yang memberikan penjelasan dalam satu sidang media ketika melawat Bukit Garam tahun lalu memberi jaminan akan pembinaan dua sekolah menengah itu.
" Pada saya, jika kerajaan mahu bina sebuah sekolah menengah di kawasan ini dalam masa terdekatpun boleh. Tetapi saya merasakan pihak kementerian lebih memikirkan sesuatu yang benar- benar terbaik untuk rakyat serta tidak merugikan mana- mana pihak.
" Namun, di sebalik kita menanti keputusan kerajaan dengan tenang, kita tidak perlu kisal soal "cerita dongeng' yang dimaksudkan Ardin. Masa yang ada, kata Saddi, perlu di gunakan untuk lebih gigih mengajar pencapaian terbaiktahap pendidikan di kawasan ini, agar kita juga setanding dengan kejayaan para pelajar yang berda di bandar dan kawasan- kawasan maju di negera ini.
Ibu bapa serta para guru di sekolah menegah itu, kata Saddi, sudah mula dapat mengetahui kedudkan dan peranan masing- masing dalam menjana ilmu pelajar menengah terlibat, di sebalik misi kecermerlangan tahun 2012 yang sudah di sasarkan sekolah tersebut.
Saddi juga menegaskan, beliau sudah membawa ke pengetahuan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung dengan kerosakan jambatan serta jalan masuk ke sekolah menengah itu untuk baiki. erhubung dengan ketiadaan pagar sekolah berkenaan, beliau akan mengemukakannya kepada pihak kerajaan untuk di dilaksanakan, demi keselamatan pelajar di sekolah itu.
" Tetapi buat masa sekarang, yang paling mendesak ialah kos RM20, 000 bagi membina sebuah bangunan kemahiran hidup di sekolah ini yang amat diperlukan. maka saya meluluskan serta merta permohonan ini", kata Saddi yang mendapat tepukan gemuruh lebih 100 orang ibu bapa yang hadir pada mesyuarat itu.
Selesai.