Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Ramadhan 2010

Bacaan doa dimulakan semasa berbuka puasa bersama Yb Saddi
Yb Saddi menyampaikan sumbagan peribadi sempena ramadhan kepada skuad sayang, Pergerakan Wanita UMNO Kinabatangan yang diterima Puan faridah Tajim.

Yb Saddi menyampaikan sumbangan keperluan masjid Buangon Besar kpd salah seorang ahli jawatankuasanya


Saddi menyampaikan sumbangan kapada salah seorang penerima bantuan zakat daripada tabung Zakat Sabah di Masjid Boungon Besar, dalam kawasan pesisiran pantai Dun Sukau, Kinabatangan.

SUKAU :

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Dun Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, kaedah pentadbiran yang bersifat ‘ satu kapal dua nahkoda’ tidak akan mampu mengurus pembangunan kawasan ini secara berkesan dan pragmatik, melainkan ia dijenamakan semula melalui pengawasan di bawah Pejabat Daerah Kinabatangan.

Kata Saddi, sejak pengujudan Pejabat Daerah Tongod yang mentadbir sebahagian Kinabatangan, sebahagian kawasan Sukau khususnya melibatkan kawasan persisiran pantai tidak harus lagi diletakkan di bawah pengawasan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) kerana ia boleh dilakukan di bawah Pejabat Daerah Kinabatangan (PDK) menerusi pentadbiran tersusun.

“ Bagaimanapun ketiadaan perancangan menstrukturkan semula pentadbiran pejabat daerah Kinabatangan sebelum ini menyebabkan nasib masyarakat nelayan yang terbiar di kawasan persisiran pantai ini gagal mendapat pembelaan sepenuhnya daripada kerajaan.

“ Peruntukan untuk pembangunan dan sosio ekonomi masyarakat ini bukan saja sukar untuk diperolehi atas kekangan tertentu, tetapi bentuk, imej dan aspirasi pentadbiran Pejabat Daerah Kinabatangan dan MPS yang berbeza dari segi bebanan dan tanggungjawab menghalang tumpuan pembelaan sepenuhnya terhadap rakyat di kawasan ini ,” kata Saddi.

“ Saya ambil contoh mudah saja. Di bawah pentadbiran ‘satu kapal dua nahkoda ini’ kalau kita mahu pencapaian pembangunan yang terbaik untuk rakyat di satu kawasan itu, tetapi kalau dua pihak yang diberi kuasa mentadbir sentiasa tidak sekata atas sebab-sebab munasabah, sampai bila-bila ia tidak akan berjaya. Suasana inilah yang membelenggu pembangunan kawasan Dun Sukau sekian lama,” katanya.

Saddi berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Baungun Besar di sini. Turut bersama beliau ialah Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) kawasan itu, Sharin Haji Abdul Rahman, Pegawai Kemajuan Masyarakat, Amirudin Mohd Damit, Pengerusi JKKK Abdullah Gani dan Ketua Kampung Haji Otoh Asnawi.

Saddi berkata, pembangunan infrastruktur yang terancang gagal disediakan di kawasan Dun Sukau sekian lama, walaupun kawasan Kinabatangan mampu menyediakan jumlah kutipan ses kelapa sawit berbilon ringgit setiap tahun sejak lebih 10 tahun lalu.

Walaupun diiktiraf kerajaan sebagai kawasan Dewan Undangan Negeri antara yang termiskin di Sabah sehingga kini, kata Saddi, kawasan ini akan bersaing hebat dengan kawasan-kawasan Dun lain untuk mendapat pembangunan.

SUKAU BAKAL TUMPUAN PELABUR INDUSTRI PELANCONGAN


KINABATANGAN:


Selama ini, Sukau mendapat jolokan "kampung mati" kerana jauh ketinggalan dari arus pembangunan walaupun menjadi tumpuan pelancong serata dunia berikutan keindahan khazanah alam yang dimilikinya. Bagaimanapun, tanggapan Sukau bakal berubah menjelang tahun depan apabila Sukau dinaik taraf menjadi pekan kecil beridentitikan bandar biodiversiti.


Kewujudan pekan baru itu dinantikan kira-kira 80,000 penduduk membabitkan 42 kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau kerana menyedari ia bakal memberi manfaat besar, bukan saja terhadap pendapatan negeri tetapi juga masyarakat setempat. Keputusan meluluskan cadangan itu diumumkan kerajaan negeri pada Dewan Undangan (DUN) April lalu, melalui Majlis pecah tanah yang disempurnakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa di tapak Pekan Baru.


Antara lain, Musa menyatakan pembangunan Sukau akan menarik lebih ramai pelabur tempatan dan asing ke Sabah, terutama dalam industri pelancongan. "Kira-kira 15 pusat pelancongan sedia ada di Sukau mampu mendorong kepada peningkatan sosioekonomi dan taraf hidup penduduk. " Sukau berpotensi dibangunkan dengan industri pelancongan bernilai tinggi. Justeru, masyarakat setempatperlu memanfaatkan potensi sedia ada dan pantas memikirkan industri hiliran yang boleh dibangunkan.


"Ini adalah antara pendekatan kerajaan dalam mencapai matlamat membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar" katanya.

Sukau terletak kira- kira 150 kilometer (KM) dari Sandakan dengan sebahagian besar penduduk adalah etnik Sungai yang menjalankan kegiatan ekonomi seperti bertani dan menangkap hasil sungai. Berdasarkan statistik, purata kedatangan pelancong asing ke Sukau melebihi 35000 orang setahun selepas beberapa tempat menarik di kawasan itu diiktiraf sebagai destinasi perlancongan.


Antaranya Gua Gomantong yang terkenal sebagai pusat penuaian sarang burung, perkuburan kuno BatuTulug selain kepelbagaian hidupan liar seperti monyet bangkatan, gajah pigmy serta flora dan fauna. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau, Saddi Abdul Rahman, berkata impian mewujudkan pekan baru itu diidamkan sejak beliau menjadi Ahli majlis daerah Kinabatangan pada 2004.


Katanya, perlaksanaan pekan baru di kawasan seluas 64 hektar di Kg Sukau bakal dibagunkan secara berperingkat dan disusuli pembinaan pelbagai kemudahan asas. " Sebuah jambatan konkrit akan dibina merentasi Sungai Kinabatanagan untuk memudahkan perhubungan dengan daerah lain termasuk Lahad Datu, semporna dan Tawau, sekali gus merancakkan pertumbuhan ekonomi di kawasan ini.


" selain itu, penduduk juga bakal menikmati pelbagai kemudahan seperti bekalanair dan elektrik selaku fokus utama sebagai agenda pembangunan Sukau dalam jangka panjang. " Pelbagai pelaung ekonomi ini diharap akan menjadi faktor yang menarik golongan muda untuk bekerja di kampung halaman tanpa perlu berhijrah ke bandar," katanya.


Sementara itu, Ketua Kg Sukau, Shaharon Ahmad 67, berkata hasrat penduduk setempat mahu mengecap nikmat pembangunan di kawasan terbabit semakin menjadi kenyataan dengan adanya pembagunan pekan baru itu.


"Selama ini kami hanya mendengar cerita mengenai pembangunan dan pelbagai kemudahan. Syukurla kerana akhirnya kami juga akan menikmati makna pembangunan negeri dan negara. "Semua ini sewajarnya mendorong penduduk bekerja lebih kuat," katanya.

HENTI LAGAKAN SAYA DENGAN BUNG MOKTAR

KINABATANGAN: 19 julai 2010- Selasa.
Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Abdu Rahman meminta pihak tidak bertanggungjawab menghentikan sebarang cubaan untuk melaga- lagakan beliau dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin.
Saddi berkata, tindakan tersebut bukan sahaja tidak baik kepada UMNO tetapi rakyat di kawasan itu. "saya percaya ada orang tidak bertanggungjawab cuba menangguk diair keruh dengan menyampaikan sesuatu yang tidak benar kepada Bung Moktar.
"Nasihat saya hentikan tindakan tidak bertanggungjawab itu" katanya ketika berucap pada majlis perasmian perlawanan bola sepak anjuran bersama pergerakan Pemuda UMNO Kinabatangan dan Mukim Kampung Troglit di padang Sepimog, Sukau dekat sini semalam.
Majlis tersebut dirasmikan oleh timbalan Menteri Belia dan Sukan, datuk Razali Ibrahim. Hadir bersam ketua pegerakan Pemuda UMNO batu Sapi, Firdaus Akbar Khan dan pemimpin Kemajuan Rakyat Sukau, Sharin Abdul Rahman.
Saddi berkata, beliau membangkitkan perkara tersebut selepas namanya dikaitkan sebagai individu yang bertanggungjawab memburukkan Bung Moktar pada mesyuarat Perwakilan itu baru-baru ini. Menurutnya, beliau sendiri sudah menerangkan kepada Bung Moktar dan ketua UMNO bahagian Kinabatangan itu menerima penjelasannya.
" Kami tidak ada apa-apa, malah hubungan kami kembali pulih sebelum majlis itu berakhir," katanya. Saddi berkata, dia tidak mahu memanjangkan isu tersebut kerana pihak yang mendapat kesan san merasa kerugian adalah rakyat kawasan DUN Sukau masih memerlukan pembelaan daripada semua pemimpin Barisan Nasional yang telah dipilih mereka.

LANGKAH PROAKTIF KERAJAAN

Ketua Menteri memberi ucapan semasa majlis berlangsung.
antara acara yg diselitkan pemberian netbook 1 Malaysia.




Antara barisan artis yang memeriahkan majlis perasmian.
Ketbaan Ketua Menteri Sabah




Ketibaan YB Saddi di tapak pelancaran.




KINABATANGAN; 24/07/2010
Pewujudan Pekan baru Sukau di sini merupakan salah satu langkah proaktif kerajaan untuk meningkatkan ekonomi penduduk di luar bandar terutama dalam membasmi kemiskinan.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata pembangunan di pekan baru itu akan menyediakan banyak peluang untuk penduduk setempat meningkatkan pendapatan keluarga masing-masing, selain dapat meracakkan lagi aktiviti ekonomi di kawasantersebut.
Kawasan Sukau termasuk dalam kawasan luar bandar, maka inisiatif pembangunan pekan baru ini bertepatan dengan matlamat untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar. ini akan merangsang dan memantapkan pembangunan ekonomi luar bandar ke tahap yang lebih tinggi danmapan, katanya pada majlis pecah tanah Pekan Baru Sukau, disini Sabtu.

Pekan Baru Sukau membabitkan pembangunan di atas tanah seluas 63hektar dan akan menyaksikan pembinaan rumah kedai, pejabat agensi kerajaan dan pusat industri kecil dan sederhana.
Beliau berkata pewujudan Pekan Baru Sukau merupakan usaha kerajaan dalam membawa kemajuan pembangunan untuk seluruh kawasan di negeri itu.

katanya ia selaras dengan hasrat kerajaan negeri di bawah koridor Pembangunan Sabah bagi memastikan tidak ada kawasan atau kelompok masyarakat yang tertinggal daripada arus pembangunan.

Musa berkata dalam merancang danmelaksanakan agenda pembangunan kerajaan tetap memelihara keseimbangan ekosistem dan kepelbagaian khazanah biodiversiti serta menjana pembangunan ekonomi negeri bersandarkan kepada sumber-sumber yang baru.

RM200M BIODIVERSITY CITY IN PHASES

Pelancaran Majlis Pecah tanah yg di sempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman. 
Yb Saddi menyampaikan cendera kenangan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman. 





Ketibaan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman diiringi Yb Saddi Abdu Rahman.


A new township- "Biodiversity City"- will be realized in phases here under the 10th Malaysia Plan (10MP) t0 spur development and improve the socio-economy of the local people.
Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said about RM200 million would be spent for the project that will create jobs and business opportunities for the local community.


The state goverment approval this project because we see the needs and interest of the local people could be met, particularly in re-developing the economic landscape of Sukau." Hence, we arae delivering this project as gift to the local community, which is another proof of the commitment and dedication of the Barisan Nasional (BN) Government in bringing development here.


This is also in line with the Sabah development Corridor (SDC) to ensure no area or community in Sabah is left out from enjoying development, he said when perfoming the groundbreaking ceremony for the Sukau New Township saturday, Sabah Housing and Town Development Authority (SHDTA) is the main developer of the project, to be complemented by relevant government agencies and departments to provide the infrastructure and setup their respective offices.


During the event, Musa also presented 10 unit of 2,000 1 Malaysia computers to students of SMK Sukau. Musa belived the project would redevelop the Sukau economy, from depending on forest resourcec to new resources that could be the prime mover of the economy.


He also called on the local people to grab the opportunity uplift them from poverty. Musa, who is also State Finance Minister also announced a RM2 million allocation to build a mosque here, as requested by of Sukau Assemblyman Saddi Abd Rahman on the propsal to restructure local authorities, he said he would discuss the matter with the state Secrectary and the Local Goverment and Housing Ministry.


He was commenting on the proposal to relocate Kinabatangan District Office in Bukit Garam to the new township upon its completion, to enable the people here to do their official matters as some villages in Sukau are under the jurisdiction of Kinabatangan District Office and other Under Sandakan Municipal Council.


Meanwhile, Saddi said in his speech that development of the Sukau New Township was timely. The project would be set up on 104- acre site that has been approved by the State Government, which will provide huge opportunities to the local community and will entirely change the economic landscape here.


The concept of the project is based on Boidiverity landscape that is systematic and modern which will attract more 35000 foreign tourists here every year, he said. Saddi said the project would not only enhance socio-economic activities but also prevent migration of the local people, particularly youths, to the state Capital and other districts.


It will also encourage local and foreign investors to provide new opportunities through setting up of value-added and medium-size industries, he added. Also present were Local Government and Housing Assistant Ministar datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, special Advisor of Science and Technology Datuk Salleh Tun Said, State Legislative Assembly Deputy Speaker datuk Jonny Mositun, Gum-gum Assemblyn Datuk Zakaria Edris, Kuamut Assemblyn Mansiung Banak, Sabah Housing and town development Authority General Manager Jenar Lamdah and Kinabatangan District Officer Abdul Latiff Kandok.

KENYATAAN SADDI SEMPENA PELANCARAN PEKAN BARU SUKAU



SUKAU:


Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman berkata, pelbagai keistimewaan akan menanti kehadiran orang ramai pada Majlis Pecah Tanah sempena Pelancaran Pekan Baru Sukau yang berlangsung di perkarangan Bangunan Kedai Perkasa Realty di sini, Sabtu in (24 Julai).
Beliau berkata, antara yang paling penting ialah pelancaran penyampaian komputer jenis Notebook (riba) sebanyak 2,000 unit daripada Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKM) kepada pelajar sekolah menengah di seluruh Dun Sukau yang akan dilakukan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.
“ Penyampaian ini dibuat secara simbolik melibatkan hanya 20 orang pelajar menenga. Namun ini merupakan yang julung-julung kalinya dilakukan di Sabah selepas program ini diumumkan Perdana Menteri pada Program Pembangunan Rancangan Malaysia Ke 10 (RMK10). Saya merasakan pelajar sekolah menengah di dalam Dun Sukau amat bernasib baik kerana yang terawal menerima sumbangan ini daripada SKM,” katanya.
Untuk itu, tegas Saddi, ibu bapa yang memiliki anak-anak menuntut di sekolah menengah di seluruh Dun Sukau tidak melepaskan peluang hadir bagi menyokong pelancaran pembahagian komputer riba, sempena majlis pecah tanah Pekan Baru Sukau ini.
Katanya majlis itu akan turut memberikan penghargaan kepada beberapa orang pejuang pembangunan masyarakat di kawasan itu yang turut disampaikan Ketua Menteri.
Katanya, selain acara simbolik pecah tanah, pemimpin yang sudah dikenali sebagai ‘bapa pembangunan Sabah itu’ akan menandatangani plag batu asas kawasan tapak pembangunan pekan baru Sukau.
Katanya, kerajaan negeri juga sebelum ini telah mengumumkan untuk memulakan pembangunan di tapak tersebut bermula RMK10 yang bermula awal tahun depan.
“ Selain menyediakan barisan artis tempatan bagi menyerikan program awal majlis itu, pihak penganjur juga menyediakan cabutan tiket bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti peti TV, peti sejuk, kipas dan banyak lagi termasuklah beratus-ratus hadiah hamper,” katanya.
Katanya, beberapa artis tanahair, Aishah, Ampal, Sabhi dan beberapa orang lagi akan berpeluang menghiburkan orang ramai sebelum majlis perasmian program pecah tanah itu bermula.
Katanya, pengunjung bernasib baik yang disenaraikan ke 1,000 orang, ke 2,000 hingga ke 5,000 orang akan turut menerima hadiah.
“ Saya amat berharap orang ramai dari seluruh Sukau akan dapat menghadiri majlis ini. Selain ianya merupakan satu program pembangunan bersejarah kepada pengujudan sebuah Bandar Biodiversity di Sukau, ianya turut memberikan peluang kepada orang ramai mendengar ucapan dan sebarang pengumumkan Ketua Menteri pada majlis ini.
“ Masyarakat luar bandar di Sukau juga akan berpeluang menyaksikan pameran jabatan-jabatan kerajaan dan pihak swasta yang turut diadakan. Tentunya ia memberikan input dari sudut sosioekonomi dan pembangunan rakyat secara jangka panjang di kawasan ini,” katanya.
Selesai.

DUN Sukau akan mengalami transformasi drastik dengan wujudnya Pekan Baru Sukau

YB saddi menyampaikan ucapanSebahagian JKKK yang hadir.



Ahli Dewan Undangan Negei Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman menyifatkan, rakyat seluruh Dun Sukau akan mengalami transformasi pembangunan yang drastik serta menguntungkan rakyatnya dengan wujudnya sebuah pusat pembangunan Pekan Baru Sukau dalam masa terdekat..


Katanya, rangkaian pembangunan itu yang meliputi peningkatan sumber ekonomi rakyat berasaskan pelancongan, perladangan, perniagaan berkonsepkan perkhidmatan dan sebagainya yang sekaligus meningkatkan indeks perkapita pendapatan rakyat atau KDNK di kawasan Dun Sukau keseluruhannya.


“ Dengan terbinanya pembangunan pekan Baru Sukau dilengkapi kemudahan jambatan kedua merentasi Sungai Kinabatangan melalui Kampung Sukau, memudahkan samada para penduduk di kawasan persisiran pantai yang kini ditadbir Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dan kawasan tanah besar Kinabatangan untuk mengukuhkan satu sistem pentadbiran daerah yang distrukturkan semula, yang menempatkan semula pejabat-pejabat kerajaan di pekan ini,” katanya.


Berucap dalam satu perjumpaan dengan 70 orang pemimpin JKKK, Ketua-Ketua Kampung serta Ketua Anak Negeri dan Wakil Ketua Anak Negeri Sukau di Dewan Masyarakat Sandakan di sini, semena pesiapan Majlis Pecah Tanah Pekan Baru Sukau Saddi berkata, sistem pengurusan melalui ‘satu nakhoda’ di bawah perstrukturan semula daerah Kinabatangan memberi manfaat yang besar kepada seluruh rakyat Sukau secara berterusan.


“ Masa sudah amat sesuai kepada kita memulakan kerja-kerja pembangunan di kawasan ini menjelang tibanya Rancangan Malaysia Ke 10 (RMK10) yang bakal bermula awal tahun depan.


“Kita bukan saja sedaya upaya untuk membawa masuk pembangunan yang berskala besar, tetapi mempastikannya memberikan manfaat dari segi ekonomi dan menguntungkan rakyat secara jangka panjang di seluruh Dun Sukau,” katanya.


Katanya, menyediakan rangka pembangunan berksala besar sedemikian di bawah seorang Ketua Menteri yang komited kepada soal pembelaan dan pembangunan rakyat, juga amat tepat masanya, kerana sikap dan kepribadian Datuk Seri Musa yang komited untuk memajukan rakyat dan negeri Sabah.

“ Maka rakyat di seluruh Sukau tidak harus melepaskan peluang untuk mengecapi pembangunan dan kemajuan diri. Sudah tentulah kewujudan Pekan Baru Sukau merupakan titik permulaan yang penting untuk menyatukan kerjasama, kesepakataan serta kesetiaan rakyat terhadap sebuah kerajaan yang komited membela rakyat,” katanya.


Sebagai menunjukkan kesungguhan rakyat ke arah pembangunan pekan tersebut, katanya, rakyat perlu bersama-sama pemimpin di kawasan masing-masing perlu beramai-ramai menghadiiri Majlis Pecah tanah pekan Baru Sukau yang diadakan di Perkarangan Bangunan Kedai Sedco, Sukau pada pukul pagi 13 Julai ini.


“ Bawa bersama semua masyarakat kampung. Kita luangkan masa untuk menyaksikan program bersejarah ini bagi kita memulakan tekad dan keseungguhan untuk memajukan diri dan kawasan Sukau demi masa depan bersama.


“ Saya percaya kehadiran orang ramai akan memberikan semangat kepada kerajaan dan Ketua Menteri untuk memberikan lebih perhatian terhadap niat dan matlamat kita dalam meraih peluang ekonomi dan pembangunan yang dicita-citakan,” katanya.


Pada majlis itu, Saddi turut menyampaikan Sijil Pengredan Bintang-Bintang Kemajuan Kampung kepada 42 Kampung yang mrupakan inisiatif Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat Dun Sukau yang kini mengujudkan jawatankuasa bertindak pembangunannya sendiri.


Kata Saddi, sebagaimana perancangan awalnya pengredan taraf bintang dari satu hingga lima itu akan memberikan motivasi bukan saja kepada para pemimpin, malah masyarakat setempat agar mereka sentiasa berkerjasama dengan pihak UPKR kawasan itu serta agensi-agensi kerajaan di kawasan Kinabatangan demi menjayakan pembangunan kamoung masing-masing.


“ Saya tidak akan lupa setiap pelan tindakan pembangunan yang kita rancang bersama. Dengan pengrededan bintang-bintang di bawah indeks petunjuk prestasi (KPI) membolehkan usaha pembangunan mana-mana kampung yang memerlukan perhatian, berasaskan kerjasama kerjasama setempat,” katanya.

PROGRAM SEPAKAT BISTARI ANJURAN JABATAN PENERANGAN SABAH





Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman mengingatkan rakyat agar tidak ‘mengadai’ masa depan semata-mata sanggup menerima momokan pihak pembangkang untuk mendapatkan simpati mereka menghadapi pilihanraya umum ke 13.


Beliau menegaskan, rakyat di kawasan luar bandar bukan saja perlu berkerja keras untuk merebut peluang bagi mencapai aspirasi dan matlamat kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terus berusaha menyediakan program pembangunan berterusan terutama di bawah Rancangan Malaysia Ke 10 (RMK10) .


“ Tetapi bersikap teguh mempertahankan kedudukan kerajaan dengan memberikan penjelasan kepada mana-mana pihak akan kemampuan kerajaan BN dalam peranannya membela dan memajukan rakyat menuju wawasan Sabah sebagai negeri maju di tahun 2015 dan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara maju di tahun 2020,” katanya.


Berucap melancarkan Program Sepakat Bistari anjuran Jabatan Penerangan Sabah peringkat Daerah Kinabatangan di Dataran GDW Kampung Sukau di sini, Saddi berkata, tindak tanduk pembangkang memesongkan pemikiran rakyat termasuklah berkaitan isu kebengkarapan yang kononnya di hadapi negara pada tahun 2019 sekiranya terus menanggung pelbagai keperluan subsidi rakyat, Saddi berkata,


“ Ini adalah isu yang diputarbelitkan pembangang selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala memberi taklimat keada pegawai-pegawai kerajaan berhubung bebanan kerajaan yang terus menangung pelbagai subsidi sekian lama.


“ Tetapi tidaklah membawa maksud bahawa kerajaan akan bangkrap. Kerana kerajaan mempunyai kemampuan dan perancangan ekonomi yang terbaik sehingga berupaya menyediakan peruntukan RM230 bilion untuk menampung pembangunan infrastuktur di seluruh negara dalam RMK10 yang akan brmula awal tahun depan,” katanya.


Bagaimana, kata Saddi, sebuah kerajaan yang kuat seperti BN boleh menghadapi masalah kewangan yang besar sedangkan ianya mempunyai anggaran pendapatan tahunan yang terus meningkat, dibuktikan dengan prestasi ekonominya yang bertambah meningkat dalam kelompok 10 negara terbaik di dunia setakat ini, diumumkan sendiri oleh pihak pakar kewangan antarabangsa.


Dalam konteks menuju sebuah negeri maju, kata Saddi, Dun Sukau sebagai salah satu kawasan luar bandar turut berpeluang mengganjakkan peluang ekonominya dengan mengujudkan Pekan Baru Sukau yang pelan pembangunannya sudahpun diluluskan kerajaan negeri, diumumkan pada Persidangan Dewan Undngan Negeri lepas.


Turut hadir pada majlis itu ialah Encik Harun Madasa mewakili Pengarah Jabatan Penerangan Negeri, Penolong Pegawai Daerah, Madinin Zinin yang mewakili Abdul Latif Kandok, Pegawai Penerangan Daerah, Majin Amping dan Pengerusi Komuniti Bistari Kampung Sukau, Haji Mohd Noh Karong, PKR Sukau, Sharin Haji Abdul Rahman yang mengetuai pimpinan masyarakat kawsan dalam Dun Sukau dan Pengeusi JKKK kampung itu, Azahari Haji Ranggon


Saddi berkata, kewujudan Pekan Baru Sukau dengan Majlis Pecah Tanah tapak tersebut yang dijangka dilakukan Ketua Menteri Sabah sendiri, Datuk Seri Musa Haji Aman brpotensi menjadi flatform kpada kerajaan negeri mengstrukturkan semula pentadbiran pejabat-pejabat kerajaan dan Pejabat Daerah Kinabatangan yang sebelum ini terbahagi dua termasuk berkongsi peranan dengan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dalam memberikan khidmat kepada seluruh rakyat kawasan Dun Sukau.


“ Tinggal lagi, dengan adanya sebuah pekan baru yang amat strategic kedudukannya ke arah mengurbanisasikan Dun Sukau ini, terpulang kepada rakyat setempat samada sudah bersedia merebut peluang sosioekonomi dan pembangunan yang bakal tersedia ini,” katanya.


Tegas wakil rakyat itu, adalah amat tepat sekali Jabatan Penerangan Sabah mengadakan program Sepakat Bistari di kawasan itu dalam konteks mengimarahkan rakyat dengan maklumat berkaitan persekitaran pembangunan, .dasar-dasar kerajaan serta peranan yang sedang dan dilakukan keajaan negeri dan pusat, dalam konteks perpaduan berbilang bangsa serta perbezaan agama yang pelbagai, ke arah memenuhi matlamat Gagasan Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.


Kata Saddi, usaha mengimpunkan rakyat menerusi program-program pameran olej jabatan-jabatan kerajaan, ditambah dengan keceriaan mengadakan sukan rakyat dan pentas hiburan akan memperlihatkan peranan sebenar Jabatan Penerangan menjayakan tanggungjawabnya dalam ‘melestarikan maklumat serta kemampanan pembangunan negara secara holistik’ di bawah gagasan negara, dicetuskan Perdana Mentei, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.


“ Saya sendiri menyarankan jika program bersifat pendidikan dan kefahaman seperti ini terus diadakan setiap tahun di kawasan ini, apalagi dngan melibatkan penyertaan rakyat yang lebih besar supaya tingkat kefahaman mereka tidak lagi dapat dipersoalkan serta dipergodak-gadikkan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.


Wakil Pengarah Jabatan Penerangan Negeri, Harun Madasa dalam ucapannya memberitahu, pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang dua hari program itu dijalankan yang melibatkan penyertaan golongan muda dan dewasa kea rah mencapai matlamat penganjuran itu.