YB Datuk Saddi Hj Abdul Rahman, menyampaikan sumbangan kerusi plastik kepada guru SMK Sukau dipejabat UPPM N.48 Sukau, Bandar Labuk Jaya Batu 7 Sandakan.
Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau
SukauTV
Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah KPD Dis 2017
SANDAKAN 20 Dis 2017
Mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah Korporasi Pembangunan Desa Sabah (KPD) di Sabah Hotel Sandakan pagi tadi. Alhamdulilah idea saya
untuk pelan Rasionalisasi telah diluluskan oleh jemaah lembaga pengarah dalam mesyuarat yang lalu.
Kita mahu KPD bangkit daripada menanggung kerugian yang berterusan. Kita berharap
pengurus besar yang baharu boleh melakukan pelan Rasionalisasi ini dengan jayanya
& melihat hasil yang posotif pada suku ke-2 tahun 2018.
1800 pelajar terima manfaat Program CSR KPD - Saddi
SANDAKAN 19 Dis 2017 :
Korperasi Pembangunan Desa (KPD) Sabah, salah
sebuah daripada agensi milik kerajaan negeri akan terus meningkatkan peranan
dalam membantu mengurangkan beban kehidupan rakyat yang kini dibebankan dengan
kos kehidupan yang tinggi, kata Pengerusinya, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman.
Katanya, selain memberikan
peluang kepada rakyat untuk terlibat dalam pelbagai kegiatan ekonomi yang
dicaburi badan berkaitan kerajaan (GLC) itu, pelbagai sumbangan seperti
memberikan bantuan awal persekolahan serta aktiviti kebajikan lain terus
diaktifkan KPD di bawah Program Sosial Korporat (CSR) agensi itu.
“ Kita juga sedang mengembangkan
pemberian bantuan-bantuan CSR ini kepada kawasan-kawasan Bandar dan luar Bandar seperti sumbangan awal
persekolahan kepada pelajar di kawasan Dun Sungei Sibuga hari ini, “ katanya.
Beliau berkata demikian
menyampaikan ucaptamanya pada Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan
kepada 1,800 pelajar rendah dan menengah dalam kawasan DUN Sukau di bawah
Program CSR KPD Sabah, di Dewan
Masyarakat Sandakan pada Isnin. Program itu disempornakan oleh Ketua Menteri
Sabah, Tan Sri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
Al-Fatihah..
KOTA KINABALU 05 Dis 2017
Hari ini Kenduri Tahlil untuk Almarhumah Pn. Rahimah Hj. Yunus di Pejabat Pengerusi Korporasi Pembangunan Desa Sabah merangkap ADUN N.48 Sukau. Memohon
kepada semua sahabat, ahli keluarga serta kawan-kawan semua, Marilah kita
sama-sama sedekahkan Al-fatihah kepada almarhumah Pn. Rahimah hj. Yunus yang juga Setiausaha Pej kepada Pengerusi KPD Sabah YB Datuk Saddi Hj Abd Rahman.. Al-Fatihah
Sesi bersama Belia Kg Paris
PARIS III 03 Dis 2017
Paris 4X4 Challenger anjuran bersama kelab belia
Paris dan kelab permotoran diesel Sabah dirasmikan oleh YB Datuk Saddi Hj Abdul
Rahman Adun N.48 Sukau merangkap Pengerusi Korporasi Pembangunan Desa Sabah (KPD).
Eye on foreign researchers
The seemingly end-less tenure of certain foreign
researchers in Sabah came under scrutiny in the State Legislative Assembly.
Sekitar Program "We Care We Love We Share"
PARIS 12 Nov 2017 :
Program "We Care We Share We Love" - Loving Is Caring. Anjuran Unit Sijil Pemprosesan Dan Kawalan Mutu Makanan, Kolej Komuniti Lahad Datu. Disempurnakan oleh YB Datuk
Saddi Hj Abdul Rahman, Adun N.48 Sukau Merangkap Pengerusi Korporasi Pembangunan Desa Sabah bertempat di Dewan Serbaguna Kg Paris III, Kinabatangan.
Satu lagi mercu tanda kebanggaan rakyat Sabah
Bangunan kebanggaan rakyat Malaysia di Sabah negeri dibawah bayu, Kami bersama pengerusi BNBBC Sabah YB Datuk Seri Panglima Hj Abdul Rahim Ismail berpeluang melawat
bangunan pusat pentadbiran kerajaan negeri sempena kunjungan hormat kami kepada
YAB Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah di pejabat baharu
beliau. Bangunan ini akan menjadi mercu tanda kejayaan seorang pemimpin yang
mengilhamkan bangunan ini dan ikon & arkitek bapa pembangunan Sabah.
Tahniah Tan Sri..
Langgan:
Catatan (Atom)




















