SANDAKAN 19 Dis 2017 :
Korperasi Pembangunan Desa (KPD) Sabah, salah
sebuah daripada agensi milik kerajaan negeri akan terus meningkatkan peranan
dalam membantu mengurangkan beban kehidupan rakyat yang kini dibebankan dengan
kos kehidupan yang tinggi, kata Pengerusinya, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman.
Katanya, selain memberikan
peluang kepada rakyat untuk terlibat dalam pelbagai kegiatan ekonomi yang
dicaburi badan berkaitan kerajaan (GLC) itu, pelbagai sumbangan seperti
memberikan bantuan awal persekolahan serta aktiviti kebajikan lain terus
diaktifkan KPD di bawah Program Sosial Korporat (CSR) agensi itu.
“ Kita juga sedang mengembangkan
pemberian bantuan-bantuan CSR ini kepada kawasan-kawasan Bandar dan luar Bandar seperti sumbangan awal
persekolahan kepada pelajar di kawasan Dun Sungei Sibuga hari ini, “ katanya.
Beliau berkata demikian
menyampaikan ucaptamanya pada Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan
kepada 1,800 pelajar rendah dan menengah dalam kawasan DUN Sukau di bawah
Program CSR KPD Sabah, di Dewan
Masyarakat Sandakan pada Isnin. Program itu disempornakan oleh Ketua Menteri
Sabah, Tan Sri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman