Hari ini Mukim Mumiang
dan Mukim Lubukan menyahut cabaran YB Datuk Saddi Hj Abdul Rahman ADUN N48
Sukau untuk menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri Bersama Peminpin
dimukim masing-masing. Majlis seperti ini adalah satu transformasi yang harus
dicontohi oleh mukim2 yg lain didlm DUN Sukau. Dengan adanya majlis seperti ini
semua masyarakat dimukim masing2 dapat bersua muka dgn pemimpin lebih dekat
lagi disamping dapat bermaaf2an diantara satu sama lain. Memandangkan majlis
rumah terbuka yg dianjurkan oleh YB Datuk sendiri tidak semua masyarakat dari
semua mukim dapat hadir. Syabas Dan Tahniah.....kpd Pemaju Mukim Lubukan En.
Abdillah Hj Nahar dan Pengerusi JKKK Mumiang En. Mada Husin kerana berjaya
menganjur majlis tersebut di mukim masing2. Dlm ucapan alu-aluan mereka, mereka
amat berterima kasih kpd YB Datuk kerana dapat meluangkan masa untuk menghadiri
majlis tersebut. Pada ptgnya YB Datuk sempat menghadiri jemputan perkahwinan
anak kpd KK kg Bongon En. Ali di Jambatan NO. 21 Sim Sim.
Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau
SukauTV
Sekitar Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Korporasi Warisan
Selepas beraya di Mukim Paris terus ke Pekan Sukau menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri bersama Koperasi Pelancongan Warisan Sukau Kinabatangan Berhad. Saya sungguh kagum kegigihan sdra Sabran Adari utk menubuhkan koperasi ini untuk bersaing dengan operator pelancongan luar daripada persatuan
KITA yang telah mengaut keuntungan hasil daripada keindahan biodiversity Sukau
selama ini yang hanya disaksikan oleh anak anak tempatan sendiri.
Saya doakan agar koperasi ini berjaya pada masa akan datang. Kepada ahli ahli
selamat hari raya aidilfitri maaf zahir & batin.
Kemeriahan suasana raya bersama keluarga.
Kemeriahan sambutan Aidilfitri 2017 di Residence Al-Rahman, Kg Perpaduan Batu Putih, Kinabatangan bersama
ayahanda & bonda bersama keluarga.
Semoga cadangan ini menjadi kenyataan.
Pada petang bulan ramadan hari ini saya telah menyerahkan
laporan akhir cadangan mengwujudan daerah baru atau Daerah Kecil Sukau
menjelang tahun 2020 oleh Institute For Development Studies Sabah (IDS) kepada YB Datuk Seri Radin Malleh Menteri
Pembangunan Luar Bandar Sabah di Kementerian beliau, Jalan Sembulan Kota
Kinabalu. Laporan ini juga telah saya serahkan kepada YAB DSP Musa Haji Aman
Ketua Menteri Sabah semasa menyempurakan perasmian Masjid Tun Juhar di Pekan
Sukau pada 19hb Mei 2017 yang lalu. Marilah kita sama-sama berdoa dalam bulan Ramadan yang penuh barokah ini semoga niat suci kita dimakbulkan oleh Allah SWT.
Usaha menyelesaikan permasalahan rakyat
Mesyuarat kali
Ke-2 Jawatankuasa Khas Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Kg Litang, Kinabatangan yang
saya pengerusikan hari ini telah mengambil beberapa ketetapan supaya projek ini
boleh digunakan oleh penduduk Kg Litang yg telah lama siap sejak tahun 2014
namun tidak boleh dimulakan operasinya oleh pihak SESB disebabkan masalah O.C.
yang belum diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan disebabkan pihak FELCRA,
konsultan & kontraktornya gagal mengemukakan permohonan OC kepada pihak yg berwajib,
akibatnya rakyat yang menanggung beban. Saya berharap ketetapan yg telah
diputuskan dalam mesyuarat itu kelak dapat menyelasaikan isu ini dengan kadar
segara. Terima kasih pihak SESB, BOMBA, MDK, JAS, DOSH, Pejabat Daerah, FELCRA,
konsultan, kontraktor & mana2 Jabatan yang hadir dalam mesyuarat ini &
yang terlibat dan telah memberi kerjasama sepenuhnya dalam menangani isu yang
sudah berpanjangan ini.
Ziarah petang bersama ADUN Sukau
Selepas menunaikan solat jumaat
di Masjid Nurul Taqwa Kg Perpaduan Datuk Ugi kelmarin, YB. Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkesempatan melawat dan menghulurkan sumbangan ehsan kepada saudara
Abu Haji Pibu yang terlantar sakit akibat komplikasi jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes. Semoga beliau diberi kekuatan menempuh ujian Allah S.W.T.
Aktiviti hari ini
Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Zakat Ramadan di
masjid Al-Taqwa, Taman Merpati & Rajawali Sandakan oleh YAB DSP Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah.
Dasar pemangkin pembangunan pertanian Sabah
Majlis
pelancaran Dasar pertanian Negeri Sabah Ketiga(DPNS3) 2017-2026 oleh YAB DSP
Haji Yahya Hussin Menteri Pertanian & Industri Makanan Sabah Di Dewan
Serbaguna, Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu.
Langgan:
Catatan (Atom)










