Hari ini mengetuai lawatan kerja sehari bersama seramai 25 pegawai kerajaan negeri dan persekutuan yang diketuai oleh YBhg Tuan Haji Mohd Hamsan Haji Ag. supain, Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan ke 15 buah kampung persisiran pantai di bawah pentadbiran MPS.. Alhamdulilah kita telah bersetuju
untuk merangka satu plan strategik untuk membangun kampung-kampung yang terlibat dan akan dibentangkan kepada jawatankuasa khas untuk pertimbangan kerajaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau
SukauTV
Telus dan proaktif tangani masalah rakyat - Saddi
Hari ini YB Datuk Saddi Haji Abdul Rahman telah menyerahkan
watikah perlantikan kepada PJKKK kawasan DUN N48 Sukau dalam sebuah majlis
sederhana bertempat di Conference Room, Airport Golf Driving Range, Batu 7
Sandakan.
Majlis dwi tahunan ini
telah dihadiri oleh seramai 42 orang pengerusi-pengerusi JKKK dari
kampung-kampung di dalam kawasan DUN yang beliau wakili.
Dalam ucapannya antara lain YB Datuk Saddi melahirkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua JKKK yang
telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam memberi perkhidmatan kepada
masyarakat di kampung masing-masing.
Beliau seterusnya berharap agar JKKK yang telah dilantik
sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan serta sentiasa peka
terhadap tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Pada majlis ini juga beliau menyeru kakitangan UPPM Sukau agar
berperanan lebih pro-aktif, lebih sensitif dengan masalah rakyat yang
disampaikan oleh JKKK dari segala sudut dan aspek. Beliau menekankan bahawa
tiada kompromi dalam konteks menangani isu dan masalah rakyat.
Agenda baharu Korporasi Pembangunan Desa Sabah
Alhamdulillah.. Selepas selasai sehari lawatan ke Taman Agroteknologi Mardi & pengusaha-pengusaha tanaman strawberry, sebentar tadi baharu selasai mempengerusikan Mesyuarat Khas 1/2016 BOD Korporasi Pembangunan Desa Sabah di meeting room Century Pines Hotel Resort, Cameron Highlands, Pahang DM.
Meninjau penanaman strawberry di Cameron Highlands
Lawatan kerja sambil
belajar ke Taman Agroteknologi Mardi di Cameron Highlands, Pahang D.M oleh Lembaga Pengarah Korporasi Pembangunan Desa Sabah (KPD). Dalam perancangan, KPD berminat untuk venture dalam penanaman strawberry
di Kundasang untuk menjadi strawberry, produuk baru Agro pelancongan di
sabah.
Sehari di Kinabatangan..
Pada sebelah pagi
menghadiri Majlis Perasmian Karnival Tani 2016 Fakuliti Pertanian Lestari,
Transformasi Teknologi Pertanian Untuk Perniagaan (UMS), dirasmikan oleh YAB
Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman, Ketua Menteri Sabah.
Tengah hari, merasmikan
Majlis Reunion Mega 2016, Mantan Pelajar SMK Bukit Garam Sesi 1986 - 1990 di
Dewan Sri Lamag Kinabatangan.
Jam 3 petang bergegas pula ke Kg Buang Sayang,
Suan Lamba bagi melancarkan sepak mula Temasya Liga Bola Sepak 9 Sebelah
peringkat Mukim Suan Lamba.
Syukur ke hadrat Allah SWT dengan kudrat dan
iradatNya saya dapat meluangkan masa bagi ketiga-tiga program ini.
Majlis Perasmian Kursus Mega eUsahawan peringkat daerah Sandakan
Kelmarin saya telah
merasmikan Kursus eUsahawan di Sri lamag kinabatangan. Hari ini saya menghadiri
majlis perasmian yang sama iaitu Kursus Mega eUsahawan anjuran bersama oleh Yayasan Sabah, MDEC, Amanah Ikhtiar & Majlis Perbandaran Sandakan. Yang di rasmikan oleh YAB Datuk
seri Panglima Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah di Dewan Sri Libaran, Sandakan. Alhamdulillah penyertaan Amat mengelakan Dari para belia Lebih 90%
adalah beliawanis ini menunjukan kesedaran belia dalam menjana ekonomi
sampingan melalui digital ekonomi amat tinggi. Tahniah MDEC.
Syabas Yayasan Sabah Zon Timur...
Alhamdulillah...hari
ini dapat meluangkan masa merasmikan Kursus eUsahawan yang telah dianjurkan
oleh Yayasan Sabah Zon Pantai Timur di Dewan Sri Lamag Kinabatangn. Saya merasa
kagum dengan dominasi penyertaan oleh kaum hawa amat menggalakkan. Syabas
kepada peserta dan tahniah kepada penganjur.
"UKHUWAH ISLAMIAH ASAS PENYATUAN UMMAH"
Merasmikan Majlis
Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Kinabatangan 1438H / 2016M. Saya
mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada En Arisin Aripin (mantan
Pegawai Daerah Kinabatangan) yang telah terpilih sebagai Tokoh Maal Hijrah
Daerah Kinabatangan 2016. Saya juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada
Akademi Tahsin Negeri Sabah yang telah memilih saya selaku Penasihat 2 akademi
tersebut.
"UKHUWAH ISLAMIAH ASAS PENYATUAN
UMMAH"
Langgan:
Catatan (Atom)















