Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau
SukauTV
Shafie bukan pejuang UMNO pertama Sabah
Suasana sekitar Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN N.48 Sukau, Kinabatangan.
Alhamdulillah…saya
bersyukur ke hadirat Allah SWT. Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri tahun
ini berjalan lancar dalam suasana penuh kemesraan dan kekeluargaan dengan kunjungan para tetamu dari kawasan DUN N48
Sukau dan Pekan Kota Kinabatangan. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada
seluruh masyarakat yang begitu ramai samada dari dekat atau jauh yang telah
sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis ini.
Di kesempatan ini juga saya
ingin menyampaikan ucapan terima kasih tak terhingga kepada YB Datuk Seri Panglima Dr Salleh Tun Said, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia merangkap Bendahari UMNO Puast dan isteri Datin Seri Panglima Datuk Raya Erom, YB Datuk Samsudin Yahya, ADUN
Sekong serta dif-dif kehormat yang telah sudi bertandang ke Dewan Seri Lamag,
Kinabatangan. Terima kasih sekali lagi.
![]() |
Bergambar kenangan
bersama keluarga
![]() |
| Artis jemputan khas Kumpulan Carefree |
![]() |
Sebahagian tetamu yang hadir
|
![]() |
Kumpulan Nasyid Al
Kahfi dari Mukim Paris
|
![]() |
| Artis2 Ika Sharif bersama Zukh Zary |
Waspada tindakan hasut benci kerajaan - Salleh
KINABATANGAN 31 Julai : Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri
Dr Salleh Said Keruak, mengingatkan rakyat supaya berhati-hati dengan tindakan
pihak tertentu yang cuba meracuni fikiran mereka untuk membenci kerajaan.
Menurut beliau, pihak tertentu di luar negara itu berbuat demikian kerana
cemburu dengan kerajaan yang mampu memajukan negara dalam suasana demokrasi,
sekali gus menyumbang kepada keamanan.
"Mereka (pihak tertentu di luar
negara) bersekongkol dengan kumpulan kecil di Malaysia meracuni pemikiran rakyat
termasuk membuat tohmahan dan fitnah kepada Perdana Menteri.
"Ia bertujuan
agar rakyat hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri yang dipilih oleh rakyat
melalui proses demokrasi," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah
Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman,
di sini, hari ini. Salleh yang juga Bendahari UMNO berkata, mereka menggunakan
media sosial dengan memberi gambar negatif untuk meracuni pemikiran rakyat agar
membenci kerajaan. -
Sumber BERNAMA
Sekitar Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Sabah
Suasana Majlis Rumah Terbuka YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman Ketua Menteri & jemaah
menteri negeri Sabah yang turut di hadiri oleh Tuan
Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin
& Toh Puan.
Iftar Ramadan 2016 bersama masyarakat DUN SUkau
Hari ini 01.07.2016,
saya mengakhiri “Majlis Iftar Ramadhan 2016” bersama masyarakat kawasan DUN N48
Sukau dari golongan asnaf dan yang kurang berkemampuan. Di samping berbuka puasa
bersama-sama saya juga menyampaikan sumbangan yang terupaya untuk meringankan
sedikit bebanan mereka menjelang Hari Raya.
Majlis pada hari ini diadakan di Masjid Daerah Sandakan bersama
lebih kurang 600 orang golongan ini dari 15 buah kampung di pesisir pantai DUN Sukau
serta masyarakat Zon Bandar Sandakan.
Setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih saya tujukan kepada Korporasi Pembangunan Desa Negeri Sabah, Pusat Zakat
Sabah, UPPM N48 Sukau, MAN DUN Sukau, JKKK, Ketua-Ketua Kampung dan semua yang
terlibat dalam penganjuran program ramadhan pada tahun ini.
Dan, sebarang kekurangan mohon dimaafkan.
Terima kasih.
Sekitar program turun padang ke Kg. Abai, Kinabatangan.
Pada lawatan turun padang ke KG. Abai hari ini, saya berkesempatan untuk merasmikan "Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah" peringkat Kg. Abai, Kinabatangan. Saya berharap agar pihak UPPM Dun Sukau dapat menganjurkan sukan seumpamanya dengan penyertaan belia-belia diperingkat DUN Sukau pada tahun hadapan dan menamakan pemain yang berpotensi untuk dilatih oleh KBSS negeri. Saya juga sempat meninjau tapak cadangan "Taman Pelancongan Desa" Kg. Abai seluas 70.8 ekar disamping menyumbang sedikit peruntukan bagi penyelenggaraan masjid kampung.
Lindungi masyarakat nelayan Sukau
Sukau 25 Mei : Ahli Dewan Undangan kawasan ini, Datuk Saddi
Haji Abdul Rahman berkata, peranan Agensi Pengkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
amat ditagih dalam mempastikan Negara di sini bebas daripada ancaman barangan
seludup dan pemerdagangan manusia.
Beliau berkata,
kesungguhan yang dilakukan oleh agensi itu mendampingi rakyat termasuk menerusi
Program Sahabat Maritim amat penting bagi mempastikan kegiatan jenayah
penyeludupan barangan termasuk najis dadah, senjata api dan pemerdagangan
manusia ke Negara ini dapat dibenteras.
“ Yang
penting rakyat dan pasukan APPM
memperkasakan hubungan mereka. Muafakat dan kerjasama boleh dibentuk demi
keselamatan negara dan rakyat.
“ Malah saya
melihat kerjasama kedua pihak ini suatu tauladan yang baik bagi mempastikan
kerjasama di antara rakyat dan kerajaan boleh membantu menjayakan matlamat
mempertahankan negara,” katanya.
Saddi berkata
demikian ketika berucap merasmikan Program Sahabat Maritim Kawasan Dun Sukau,
salah satu daripada tujuh kawasan Zon Keselamatan Esscom di Perairan Pantai
Timur Sabah (PTS) di Kampung Tanjung Aru
di sini pagi kelmarin.
Langgan:
Catatan (Atom)












