PARIS 4 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman mempersoalkan cadangan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengeluarkan semula tawaran tender bagi membina bangunan baru Sekolah Menengah Kerajaan (SMK) Kampung Paris yang sudah diputuskan kementerian itu sebelum ini.
Datuk Saddi berkata, tindakan mengeluarkan semula tawaran tender terhadap projek berpuluh juta ringgit itu harus diberi penelitian rapi kerana ianya hanya akan melewat-lewatkan projek infrastruktur pendididikan yang amat diperlukan rakyat di kawasan ini.
“Apabila kepututan tender sudah dikeluarkan pihak kerajaan dan projek berkenaan telah diberikan kepada syarikat yang berkelayakan, sepatutnya kerja-kerja pembinaan sekolah berkenaan boleh dimulakan.
“Tetapi cadangan untuk menender semula projek pembinaan bangunan baru SMK Kampung Paris menunjukkan ‘sesuatu masalah’ sedang berlaku kepada tawaran tender yang dilakukan serta kepada syarikat yang berjaya membida projek berkenaan,” katanya.





