![]() |
| Saddi menyampaikan bantuan mesin jahit kepada penerima daripada pesisir pantai |
![]() |
| Bantuan Tangki, Sentuhan Kasih Saddi kepada masyarakat nelayan |
![]() |
Saddi menyumbangkan
sumbangan kasih bantuan zink
|
![]() |
| Pengerusi KPD, Saddi merakamkan gambar kenangan bersama penerima sumbangan beg sekolah |
![]() |
| Saddi menyampaikan pakaian sukan kepada belia-belia di persisir Pantai Dun Sukau |
Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan
keupayaaan ditunjukkan Barisan Nasional (BN) yang berupaya membela dan
memajukan rakyat negeri ini harus ‘dikhabarkan’
kepada pembangkang agar menghentikan niat mereka dari terus memesongkan pemikiran rakyat menjelang PRU ke 13.
“Bila-bila mereka (pembangkang)
datang bertanya khabar, beritahulah, bahawa keadaan rakyat menjadi berambah
baik di bawah pemerintahan dan khidmat BN yang dicetuskan Perdana Menteri,
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
“Boleh kita beritahu, tentang
keupayaan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman sebagai
arkitek pembangunan negeri yang bijaksana. Beliau berupaya mempastikan kebajikan, pembangunan dan soal ekonomi rakyat berbilang
kaum di Sabah terus terpelihara,” katanya.
Berucap di hadapan para pemimpin akar
umbi dan sebahagian masyarakat Pesisir Pantai Dun Sukau, sempena pemberian
sumbangan Beg Sekolah Koperasi Pembangunan Desa (KPD) dan Sentuhan Kasih
anjuran UPKR Dun Sukau, Saddi berkata,
kekuatan BN hari ini meyakinkan rakyat akan satu perubahan pembangunan
baru yang lebih besar di Sabah selepas PRU ke 13.



















