![]() |
| Saddi berbual dengan kakitangan klinik Sukau sewaktu melakukan kunjungan ke pusat kesihatan berkenaan |
![]() |
| Saddi mendapat pemeriksaan tekanan darah dari Dr |
![]() |
| Saddi meninjau kerosakan jalan kampung di Kampung Sukau untuk segera dibaiki |
![]() |
| Saddi meninjau keadaan seorang penduduk dan memberikan sumbangan peribadi. |
Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, usaha meningkatkan tahap
kesihatan rakyat di sini kembali rancak dengan khidmat operasi Klinik Kesihatan
Sukau di sini yang telah dimulakan lebih dua minggu lepas.
Beliau berkata, klinik kesihatan bernilai RM14 juta yang mampu
memberi perkhidmatan 24 jam itu boleh membantu masyarakat setempat dalam
menghadapi soal kesihatan mereka, termasuk kes-kes penyalit berjangkit dan
cedera ringan.
Perkhidmatan klinik tersebut terhenti hampir lima tahun
selepas kemudahan yang dulunya dibina daripada peralatan kayu itu musnah dalam satu kejadian kebakaran yang
melumpuhkan sama sekali peranannya.
“Klinik kesihatan yang ada memiliki 24 kakitangan ini adalah pertama seumpamanya dalam negara. Ia bukan
saja berupaya memberikan perkhidmatan kepada hampir seribu penduduk dalam
kawasan Kampung Sukau ketika ini, peralatan rawatan yang dianggap moden.
“ Namun, tahap perkhidmatan
klinik yang ada hanya empat buah katil
berserta sepasukan jururawat itu bakal bertambah apabila persekitaran
ekonomi moden di sini bakal direalisasikan menerusi penyediaan perkhidmatan Pekan Baharu Sukau,” kata Saddi.






.jpg)





