![]() |
| Saddi meninjau program pembangunan di kampong Sumangat sambit ditemani Pengerusi JKKKnya, Haji Abdul Wahab Alpa |
![]() |
| Saddi menyampaikan graduasi kepada pelajar tabika Yayasan Sabah di Kampung Sumangat Payau, Sukau |
![]() |
| Antara orang ramai yang hadir di Program Graduasi Tabika Yayasan Sabah Kampung Sumangat Payau |
“ Saya akan pastikan pengagihan secara adil peruntukan
kerajaan di setiap kampung dalam Dun Sukau kerana saya sedar rakyat di
seluruh kawasan Dun Sukau masih memerlukan pembelaan dan pembangunan,”
kata Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman.
Saddi berkata, beliau tidak dapat
menafikan hak rakyat di kawasan ini untuk menuntut pembangunan
yang lebih, walauupun di pihaknya
hanya menerima peruntukan agak kecil
di bawah peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri .
Sebaliknya Saddi berazam untuk meningkatkan
usaha mendapatkan bantuan serta pertolongan kerajaan memajukan semua kampung
terlibat, selagi beliau diberikan amanah memikul tanggungjawab dalam memajukan
Dun Sukau sieiring sasaran kerajaan mencapai kemajuan menuju wawasan 2020.
“Namun saya bersyukur, di bawah konteks penyediaan khidmat agensi-agensi
kerajaan, ada pihak seperti yayasan Sabah boleh menyediakan program pendidikan
tabika kanak-kanak di kawasan kampung-kampung terpencil, jika agensi yang lain
tidak dapat berbuat demikian,” katanya.

















