Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Produk pelancongan baru yang berpotensi dari Kg Abai

Saddi menikmati Durian bersama Ketua Kampung Abai, Jamal Engau dan Pengerusi JKKK, Tahir Mastar berserta beberapa orang penduduk kampung
Pohon durian di Kampung Abai yang masih banyak berbuah
Inilah Produk Abai’ katanya sambil menunjukkan Udang Gala yang dinikmati beliau bersama penduduk kampung ketika makan tengahari dalam lawatan kerja ke kampung itu
Saddi berehat bersama kakitangan UPKR Sukau di Abai Resort
Mendengar taklimat seorang pengusaha pelancongan di Abai dan Tahir


Buah-buahan seperti ‘durian kampung’ dan beras padi sawah adalah antara produk tambahan yang perlu ditonjolkan bagi menarik lebih ramai pelancong ke sini, selain makanan popular Udang Galah dan ikan patin, kata Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman.

Pengerusi Korporasi Pembangunan Desa (KPD) itu berkata, kepelbagaian buah durian berisi kuning,  putih menyerupai kapas dan merah,  diikuti beras padi sawah yang diusahakan penduduk sejak zaman British boleh menjadi varity bagi melengkapi keceriaan para pengunjung, apalagi  jika berpeluang menikmatinya pada musim berbuah dan di tuai.

“ Saya juga mencadangkan para penduduk kampung supaya meningkatkan program menanam buah-buahan serta kegiatan berpadi sawah kerana ianya juga berperanan menambah keindahan kampung selain keujudan hidupan liar,  keindahan flora dan fauna di sini,” katanya.

Menyuarakan perkara itu dalam lawatan kerjanya di Kampung Abai pada Ahad, Saddi menegaskan, usaha melipatgandakan aktiviti memasarkan udang galah serta ikan patin yang terdapat di kampung Abai ke luar daerah dan negara luar terus melonjakkan nama kampung itu sebagai salah sebuah distinasi pelancongan menarik di dalam Dun Sukau, Kinabatangan.

Selamat Pengantin Baru Diucapkan Kepada En. Najib Nasrin & Isteri



“Selamat Pengantin Baru moga kamu berbahagia ke anak cucu”. Inilah kata-kata yang sempat disampaikan  Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman ketika majlis merenjis sepasang mempelai Najib Nasrin dan isterinya Mirawati Nasrang pada majlis persandingan mereka di Dewan Masyarakat Sandakan di sini, Sabtu lalu.

Walaupun sibuk mengurus rakyat pada siang hari, tetapi Saddi meluangkan waktu  menghadiri majlis persandingan bermula pukul 7.00 malam yang turut dihadiri lebih 800 orang tetamu, merupakan antara keluarga terdekat beliau. Turut hadir ialah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kinabatangan, Matmin Itin, Ketua Daerah OKK Titing Putang, Pemimpin Kemajuan Rakyat, Shahrin Haji Abdul Rahman,  Ketua Anak Negeri Dun Sukau, Encik Pastor Haji Mansor, KAN Persisiran Pantai, Ustaz Redzuan Baharum, Penyelia Masyarakat, Nasran Salim, Wakil Ketua Anak Negeri, Haji Zukrana Haji Zakaria. Sebelum itu bacaan doa bagi merestui kehidupan pasangan itu dipimpin oleh Cikgu Suar Bin Malapas 

Majlis Penyerahan Baucar BR1M Fasa Kedua




Tunggu rakyat sampai habis terima sumbangan
Saddi menyampaikan BRIM kepada salah seorang penduduk Sukau yang uzur di dalam kenderaan


Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Dun Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman mengingatkan rakyat di kawasan itu agar tidak mudah menerima pelbagai adudomba pihak pembangkang yang sengaja berniat mencemarkan peranan dan tanggungjawab kerajaan BN membela rakyat di kawasan ini.

Katanya, ada antara kenyataan pihak tidak bertanggungjawab itu yang kononnya beliau tidak memperdulikan isu tuntutan tanah penduduk di dalam kampung Sukau yang sudah dirampas oleh sebuah syarikat perladangan di kawasan itu. “ Semua ini bukan saja dakyah pihak yang tidak bertanggungjawab untuk merosakkan nama baik saya, tetapi menjerat saya supaya campurtangan dalam kes tuntutan tanah yang sudah diputuskan pihak mahkamah. Kes berkaitan tanah berkenaan sudah dalam perhatian perundangan sejak berpuluh tahun lalu, sedangkan saya baru menjadi wakil rakyat. Macamana lagi kita campur.

“ Malah saya arahkan penduduk terlibat supaya bersabar kerana kita usahakan kawasan penempatan baru. Tetapi mereka berkeras dan terus juga menuntut tanah berkenaan walaupun sesudah mahkamah membuat keputusan. Kuasa saya tidak sampai mengatasi keputusan mahkamah,” katanya ketika menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia Fasa Kedua bagi kurang 1,000 orang penduduk Sukau di Dewan Sri Libaran di sini baru-baru ini.

Selain percaya bahawa dakwaan sedemikian sengaja dipergunakan pemimpin pembangkang yang ‘menyusup masuk’ bagi ‘memperkudakan’ segelintir individu di kawasan ini, Saddi berkata,  penyokong pembangkang sentiasa akan ketinggalan jika tidak berdamping dengan peranan dan sumbangan kerajaan yang ikhlas membela. Saddi berkata, pihaknya sudah menyedia dan sedang menyenaraikan berpuluh-puluh lagi program pembangunan di kawasan Dun Sukau bagi membela rakyat secara jangka pendek dan jangka panjang.

“ Namun samada rakyat atau mereka yang menyokong pembangkang pasti akan terus rugi dan ketinggalan selagi bersikap prejudis terhadap segala usaha kerajaan BN termasuk yang diperjuangkan oleh wakil-wakil rakyat yang menerima amanah ini, tidak terkecuali bantuan BR1M yang turut dipandang serong pihak pembangkang,” katanya.

Usaha pihak tertentu membawa pihak pembangkang ke Dun Sukau dan Kinabatangan akan menjadikan golongan kecil itu sentiasa dalam kerugian kerana menerima konsep pemikiran ‘Mat Jenin, apalagi kerana ‘sanggup menunggu bulan dan bintang jatuh ke riba mereka’.

Sambutan Hari Keluarga RELA Peringkat Mukim Paris Dan Batu Putih, Kinabatangan

Saddi Disambut anggota Rela sambil diiringi oleh pegawai Rela Negeri dan Kinabatangan
Saddi menyampaikan Ucapan perasmian 
Saddi menerima Cenderahati daripada MD Najib sambil diperhatikan Ardin dan Lt Kol Amir
Antara penduduk yang hadir pada majlis berkenaan




SUKAU: Setiap anggota dan pemimpin Relawan rakyat Malaysia (Rela) di Negara ini wajar memperhebatkan usaha mendukung lonjakan mentransformasikan peranan menjaga kententeraman awam serta perpaduan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata,  sasaran kerajaan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi mengurangkan kadar jenayah serta meningkatkan perpaduan dapat dicapai dalam tempoh singkat dengan keupayaan menguasai gagasan itu.

“ Saya berpendapat jumlah keanggotaan Rela lebih 3 juta orang  dalam negara,membabitkan 400 ribu orang anggota di negeri ini dan 9,000 orang darinya dalam kawasan Kinabatangan berupaya membantu matlamat itu.“ Yang penting setiap anggota Rela sentiasa menjiwai tugas dan peranan masing-masing, iaitu sentiasa bersikap sukarela bagi melindungi hak, keselamatan dan kepentingan rakyat di mana juga mereka berada,” katanya.

Berucap ketika merasmikan Hari Keluarga Rela Mukim Paris dan Batu Putih di Pentas Terbuka Kampung Paris 1 petang Sabtu di sini, Saddi yang juga Pengerusi Korporasi Pembangunan Sabah menegaskan, proses pembangunan ekonomi rakyat berjalan dengan lebih lancer apabila segala hak dan kepentingan mereka dapat dilindungi.

Kerajaan negeri perlu fikirkan usaha strukturkan semula Sukau


SUKAU: Kerajaan negeri perlu memikirkan usaha bagi menstrukturkan semula Sukau agar perkhidmatan jabatan dan agensi kerajaan yang ada di pekan bakal dikenali sebagai ‘Bandar Bio Diversiti’ itu akan dapat diselaraskan dengan lebih baik dan efisien.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman, berkata sudah tiba masanya pekan ini mentadbir daerahnya sendiri sebagaimana perancangan dalam kerangka pembangunan Pekan Baru Sukau yang akan bergerak seiring dengan gagasan menuju sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Beliau yakin dan percaya usaha mewujudkan sebuah kawasan pertumbuhan ekonomi rakyat yang sekali gus menjadi pusat pentadbiran kerajaan di dalam pekan baru ini akan menjadi kenyataan asalkan pihak kerajaan mengambil perhatian terhadap kerangka pembangunan sedia ada.

Ini kerana, katanya, pentadbiran pejabat-pejabat kerajaan di kawasan Sukau terbahagi kepada dua yang mana satu darinya merupakan kawasan sepanjang tanah daratan Sukau ditadbir di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kinabatangan.

MENGENAI STATUS PROGRAM PEMBERIAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M)

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan bermula pada 15 Januari 2012 dan akan diberikan dalam bentuk baucar tunai. Majlis-majlis penyerahan baucar BR1M kepada pemohon yang berjaya akan diadakan secara berperingkat di seluruh Negara.

Tempoh penyerahan baucar akan berjalan selama dua bulan, iaitu sehingga 15 Mac 2012. Ini bagi mempastikan pembayaran dapat dilaksanakan secara tersusun dan lancar agar tiada keciciran kepada pemohon yang layak menerima bantuan. Semua pemohon BR1M akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan melalui pos. Dalam tempoh dua bulan tersebut, setiap pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat, dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar diadakan.

Pemohon juga boleh menyemak status permohonan mereka dengan menelefon talian hotline 1-800-222-500/ 1-300-88-3010 mulai 16 Januari 2012. Talian ini beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari bekerja.

Anda Semua Dijemput Hadir Ke:-


Penempatan baru mangsa banjir di Kampung Batu Puteh Kinabatangan


YB Datuk Saddi Abdul Rahman sedang meninjau kawasan tanah runtuh di Kg Menggaris


KINABATANGAN: Sebuah penempatan baru akan diwujudkan di Kampung Batu Puteh dekat sini bagi menempatkan penduduk dari kampung itu dan dari Kampung Menggaris yang terjejas banjir. Anggota Dewan Undangan Negeri Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman berkata sebanyak 99 unit rumah akan dibina di penempatan baru itu yang akan dilengkapi kemudahan asas yang lengkap.

Kerja menyediakan tapak penempatan baru itu sedang dilakukan dan pembinaan dijangka mengambil masa setahun lagi untuk disiapkan, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan makanan kepada lima keluarga yang diancam tanah runtuh di Kampung Menggaris dekat sini kelmarin.

Isnin lepas, tanah runtuh berlaku di kawasan bukit di belakang rumah mereka menyebabkan mereka terpaksa berpindah ke rumah saudara di Kampung Batu Puteh. Saddi berkata 50 keluarga yang akan dipindahkan ke penempatan baru itu adalah dari Kampung Menggaris yang menghadapi ancaman tanah runtuh dan banjir, manakala selebihnya adalah penduduk Kampung Batu Puteh.

Lima keluarga yang berpindah akibat tanah runtuh itu adalah antara penduduk yang akan dipindahkan ke penempatan baru itu. “Sekiranya rumah yang dibina di penempatan baru itu tidak mencukupi, penduduk di kampung itu akan dipindahkan ke Projek Perumahan Rakyat di Pekan Baru Sukau,” katanya.


Sumber: www.newsabahtimes.com.my, 6 Januari 2012.