Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN WANG EHSAN KEPADA MANGSA BANJIR







1.Saddi menyampaikan bantuan wang ehsan kepada salah seorang penerima, sambil disaksikan Ibrahim, Mejar Mohd Sukri Ismail, Tahir dan Jamal.
2. Saddi menyampaikan ucapan di majlis berkenaan.
3. Saddi bersama kakitangan UPKR Dun Sukau melawat projek Adun di Kampung Mumiang, dekat Kampung Abai.



SUKAU :
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, tranformasi pembangunan hanya akan bermula apabila kumpulan rakyat khususnya pemimpin di peringkat akar umbi menyedari keperluan dan kekurangan di sekitar mereka dan bersedia untuk menganjak perubahan secara agresif demi kemajuan berkerjasama.
Katanya, masyarakat di luar Bandar tidak semata-mata untuk mengharapkan pemimpin turun padang untuk membuat teguran dan perubahan, tetapi mekanisma dalam menyediakan asas berfikir dan bertindak secara sepakat mampu mengerakkan pimpinan serta kerajaan mengatasi pelbagai keperluan, selain merancang dan menyediakan sesuatu yang baru untuk kemajuan rakyat.
“ Saya mengambil contoh di Kampung Abai ini, jika penduduknya bersedia untuk menjadi peneroka ladang kelapa sawit di kawasan lebih 1,000 ekar yang sekian lama disediakan untuk pertanian, mereka akan lebih maju.
“ Yang penting penduduknya tidak ‘mengabaikan’ kampung Abai lama untuk menjadi sebagai kampung tradisi yang boleh dikembangkan sebagai pusat pelancongan dan bidang perikanan’” katanya.
Berucap di hadapan penduduk Kampung Abai pada satu majlis menyampaikan Bantuan Wang Ehsan kepada mangsa-mangsa banjir di kampung itu, diikuti majlis Kesyukuran penduduk bagi menghargai gelaran ‘Datuk’ yang diterima wakil rakyat itu sempena Harijadi Yang Dipertua Negeri yang lepas, Saddi berkata, keseluruhan masyarakat di dalam Dun Sukau perlu mempunyai iltizam tinggi untuk kemajuan mereka.
Katanya, hanya dengan kesediaan pemimpin akar umbi di dalam Dun ini menjalankan tanggungjawab diamanahkan, mengabungkan peranan wakil rakyat serta kerajaan, membolehkan rakyat menikmati faedah kemajuan daripada intipati slogan di bawah Konsep Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Saddi merasa bersenang hati dengan penjelasan Pengerusi JKKK Kampung Abai, Tahir Haji Mastar bahawa kampung berkenaan menerima peruntukan pembangunan hampir setengah juta ringgit daripada kerajaan BN dalam tempoh lebih dua tahun, melalui komitmen beliau dan Ahli Parlimen kawasan itu.
Kata Saddi bantuan kerajaan yang merangkumi kemudahan asas serta menggalakkan ekonomi penduduk tersebut, membuktikan kerajaan BN Negeri dan pusat ikhlas dalam menunaikan pembelaan kepada rakyat di luar Bandar, walaupun di kampung Abai yang penduduknya sebahagiannya berhijrah di kawasan Bandar.
Bagaimanapun, tegas Saddi, masyarakat tersebut akan kembali ke kampung jika langkah memajukan ekonomi berasaskan perladangan di kawasan baru dalam Kampung Abai dapat dimulakan.
“Saya akan memberi focus terhadap program penempatan semula penduduk di kawasan ini pada mesyuarat Pembangunan Tanah Daerah (LUC) akan datang. Saya mahu masyarakat Abai yang tinggal dibandar atas alas an-alasan ekonomi kembali ke kawasan ini untuk memulakan hidup baru,” katanya.
Katanya lagi, beliau akan turut memberikan tumpuan kepada kawasan ini dalam program pembangunan Rancangan Malaysia ke 10 (RMK10) yang bermula tahun depan termasuk mempastikan kemudahan jalan Sukau-Abai yang sudah diluluskan kerajaan dapat dilaksanakan.
Pembangunan itu, kata Datuk Saddi, tidak termasuk langkah-langkah pembangunan ekonomi yang boleh memperkasakan Kampung Abai sebagai sebahagian daripada kampung-kampung di persisir pantai Dun Sukau agar mendapat peranan penting dalam program pembangunan Pekan Baru Sukau yang hanya setengah perjalanan darat ke pekan tersebut jika ianya disiapkan.
“ Saya juga akan pastikan Kampung Abai ini tampil sebagai Kampung Tradisi Orang Sungai, apalagi ini sebahagian daripada tempat saya dibesarkan di peringkat sekolah rendah. Sudah tentu saya tidak ‘abaikan’. Itu janji Saya,” katanya.
Beliau juga berikrar untuk mencari jalan agar usaha mengujudkan sebuah tembok besar menghadang hakisan tanah terutama ketika musim banjir, yang menyebabkan kedudukan Kampung Abai hampir terbentuk sebuah pulau dipajangkan kepada kerajaan pusat untuk mendapat bantuan mengatasinya.
Tahir dalam ucapannya mencadangkan agar projek itu, diikuti beberapa projek meningkatkan perikanan penduduk kampung disegerakan demi kebaikan penduduk Kampung Abai.
Tahir menambah, ketika ini Kampung Abai semakin dikenali pelancong asing kerana kedudukannya di muara Sungai Kinabatangan yang hampir dengan Bandar Sandakan, selain keistimewaannya sebagai pengeluar udang galah dan pelbagai jenis ikan sungai yang bermutu tinggi.
Turut hadir pada majlis itu ialah Wakil Pegawai Daerah Kinabatangan, Ibrahim Samsi, Pegawai Majlis Keselamatan Negara Negeri, Mejar Mohd Sukri Ismail, Pegawai Kemajuan Masyarakat Dun Sukau, Amirudin Mohd Damit dan Ketua Kampung Jamal Enggau.
Saddi berkata, gelaran Datuk yang diperolehinya merupakan pengiktirafan kepada kerjasama dan sokongan rakyat kepada beliau sepanjang hanya lebih dua tahun perkhidmatannya.
“ Saya memang tidak menduga diberi gelaran besar ini. Tetapi saya mengerti ianya berasaskan kepada sokongan kekuatan rakyat. Saya mengharapkan agar gelaran ini dapat diterjemahkan sebagai kekuatan kerja berpasukan agar kerajaan BN terus dapat memberikan perkhidmatan dan pembelaan, manakala rakyat keseluruhannya di Dun Sukau dapat menikmatinya dalam konteks memnuhi tuntutan negara,” katanya.
Selesai

WUJUD RANCANGAN MAJUKAN PEKAN BAHARU SUKAU


SABTU, 27HB NOV 2010 : hayati Dzulkifli


Kota Kinabalu : terdapat rancangan untuk memajukan pekan baharu Sukau dikenali sebagai " Bandaraya Biodeversiti" yang sedang di usahakan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, kata adun Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman.


Dalam menjelaskan laporan yang di siarkan pada Jumaat, beliau berkata walaupun tidak ada tabung daripada Lembaga Pembagunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) yang terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Ketua Menteri, tabung bagi projek itu boleh diperoleh daripada kementerian berkenaan. Saddi menjelaskan, beliau bertanya kepada kerajaan Negeri melalui Sedia sama ada agensi itu mempunyai dana untuk memajukan pekan baharu itu semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Disini, Khamis lepas.


" Pembantu Menteri Datuk Ghulam haidar Khan Bahadar menjawab soalan saya di Dewan.

" gulam dalam jawapannya berkata, Sedia yang terletakdi bawah Jabatan Ketua Menteri tidak mempunyai tabung/ rancangan untuk memajukan pekan baharu sebagai "Bandar Biodiversiti" di Sukau, katanya kepada harian Ekspress di sini Jumaat.


" kepada soalan tambahan, beliau berkata, Ghulam mengulangi bahawa kementerian itu telah mengemukakan permohonannya untuk memajukan projek (pekan baharu) itu kepada Kerajaan untuk diberi pertimbangan.


Ghulam juga berkata pihak kementerian melalui LPPB telah menjalankan upacara pecah tanah untuk pekan baharu Sukau pada 24 Julai tahun ini. Pada 24 Julai, akhbar itu melaporkan, sebuah pekan baharu " bandaraya Biodiversiti" akan diwujudkan secara berperingkat-peringkat di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) untuk memaju pembangunan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat tempatan.


Ketua Menteri, datuk Seri Musa Aman, yang melancarkan upacara pecah tanah projek itu berkata, kira-kira RM200 juta akan dibelanjakan ke atas projek itu yang akan mewujudkan peluang pekerjaan dan peluang perniagaan untuk penduduk Sukau.


"Kerajaan Negeri meluluskan projek itu kerana kita nampak keperluan dan kepentingan penduduk tempatan boleh dipenuhi terutamanya dalam memajukan semula lanskap ekonomi Sukau. "Kita memberikan projek ini sebagai hadiah kepada masyarakat tempatan, yang merupakan satu lagi bukti komitment dan dedikasi Kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membawa pembangunan di sini, kata Musa.

Mesyuarat Pemulaan Koperasi Pembagunan Tanah Sg Pin Batu Putih, Kinabatangan.

Imam ali menerima sijil keahlian koperasi drp Datuk Saddi
Datuk saddi secara simbolik menandatangani sijil keahlian koperasi pembangunan tanah Sg Pin Batu Putih.

Saddi berucap ketika merasmikan Mesyuarat Pemulaan Koperasi Pembangunan Tanah Sungai Pin Batu Putih, Kinabatangan.

SUKAU:
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman mengingatkan pihak tertentu supaya tidak membanding-bandingkan keupayaannya mengurus soal tanah rakyat dengan pemimpin sebelum ini, walaupun isu berkenaan adalah asas kepada ukuran kecemerlangannya memberi khidmat.
Katanya, walaupun belum sampai sepanggal pilihanraya menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat, beberapa kes menyelesaikan tuntutan rakyat di kawasan Dun Sukau secara berperingkat-peringkat sudah dibuktikan bermula dengan kejayaan Jabatan Tanah dan Ukur meluluskan urusan pengukuran tanah di Kampung Sentosa Jaya di sini.
“ Peranan kita yang paling berhasil apabila mendapat persetujuan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu lepas apabila soal kewajiban mendapat laporan tanah daripada Jabatan Pertanian Negeri di Kota Kinabalu, yang membawa penyebab melewatkan proses permohonan tanah rakyat luar bandar di bawah 50 ekar sekian lama, sudah dikecualikan.
“ Kedudukan ini bukan saja melibatkan kepentingan rakyat Dun Sukau, tetapi seluruh negeri yang akhirnya dipersetujui oleh semua wakil-wakil rakyat hingga kepada perkenaan menteri berkenaan, sewaktu saya membentangkannya dalam membahas Bajet Negeri 2011,” katanya.
Berucap merasmikan Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Pembangunan Tanah, Sungai Pin Batu Putih di Kinabatangan di Bangunan Koperasi Kopel di Kampung Mengaris di sini, Saddi berkata, isu mengatasi soal tanah rakyat di dalam kawasan Dun Sukau adalah peranan berterusan yang diperjuangkannya dan ‘bukan isu bermusim’.
Tanpa menyentuh pihak tertentu yang dimaksudkan beliau, Saddi menegaskan, isu termasuk keperluan tanah merupakan ‘makmal’ bagi beliau sebagai mengukur indeks prestasi berkhidmat kepada rakyat dalam Dun Sukau untuk diselesaikan dalam tempoh ditetapkan.
Untuk itu, kata Datuk Saddi, pendekatan strategik dalam menangani isu-isu berkenaan perlu ada bagi mempastikan soal keperluan tanah akan menjadi asas kesjahteraan rakyat dengan melibatkan kebijaksanaan para pegawai kerajaan, diikuti pembabitan serius para pemimpin akar umbi.
“ Ianya tidak mudah sebagaimana diucapkan di depan rakyat. Tetapi perlu diselidik dan dibincangkan secara berkesan termasuk dalam Mesyuarat Penggunaan Tanah Daerah atau LUC, sebelum kepentingan sumber ini hanya diberikan kepada rakyat tempatan yang berhak.
“ Saya tahu isu tanah amat penting kepada rakyat rakyat diluar Bandar. Memajukannya bermakna keupayaan rakyat mentranformasikan ekonomi keluarga dan setempat…Usaha ini seiring konteks pembangunan halatuju negeri dan meletakkan DUN Sukau sebagai sebahagian daerah maju akan datang,” katanya.
Turut hadir pada majlis itu ialah Penolong Pengarah SKM Wilayah Sandakan, Cik Marni Sulaiman, Pegawai Kemajuan Masyarakat Dun Sukau, Amirudin Mohd Damit, Pengerusi Penaja Koperasi berkenaan, Haji Imam Ali Bin Abdul dan Pengerusi JKKK Batu Putih, Sabran Hadari.
Saddi dalam ucapannya bersetuju dengan pendekatan kelompok rakyat di kawasan Batu Putih dalam menjadikan koperasi sebagai sandaran menjana ekonomi berasaskan pertanian dan perladangan, seiring dengan aspirasi dan pendekatan yang diamalkan kerajaan ketika ini dalam membangunkan rakyat secara berkelompok.
Bagaimanapun, katanya, dalam objektif mereka mahu memajukan tanah di kawasan Sungai Pin, kedudukan status tanah tersebut perlu dikemukakan kepada beliau untuk dinilai dan diberikan sokongan padu untuk dimajukan.
“ Jangan nanti kemudian hari ada pertikaian dan tuntutan berhubung status tanah Sungai Pin. Ini tidak lagi melibatkan pihak institusi kewangan dan SKM. Tetapi sebagai wakil rakyat anda, saya tidak ada halangan, jika ianya boleh dimajukan secara kolektif. Saya amat bersyukur kerana tanah merupakan sumber penting memajukan rakyat di sini,” katanya..
Sambil mengulangi ayat-ayat penting bahawa beliau berusaha memajukan seluruh rakyat di Dun Sukau termasuk di sini dalam apa cara sekalipun, Saddi berkata, pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) adalah salah satu institusi penting kerajaan yang perlu didedaki rakyat luar Bandar dalam menjayakan masa depan ekonomi mereka.
Sektor penting selain perladangan, kata Datuk Saddi, program pembiakan burung Walid yang mendapat bantuan kerajaan pusat RM135 juta dalam bajet negara 2011 perlu diberikan tumpuan kerana peluangnya yang agak kompetetif kepada masyarakat luar Bandar.
Mengenai soal pembangunan rakyat di Dun Sukau akan datang, kata wakil rakyat itu, beliau akan berusaha mengagih-agihkan peruntukan RM1 juta yang disalurkan kerajaan negeri di bawah Bajet 2011 seadil-adilnya kepada rakyat di kawasan ini.
“ Yang penting jangan terpengaruh terhadap pandangan-pandangan negative pihak tertentu. Kerana saya sendiri mengesahkan bahawa jiwa dan raga saya masih saya serahkan untuk kemajuan rakyat di kawasan ini selagi saya diberikan kepercayaan dan amanah. Itu janji saya,” katanya.
Dalam pada itu, beliau juga menyarankan pihak koperasi seperti Koperasi Pelancongan Batu Putih (KOPEL) di sini yang sudah dikenali operasinya termasuk di dalam negara, jika terbukti mencatatkan keuntungan setiap tahun, dividennya perlu dibahagi-bahagikan bagi memberi galakan kepada semua anggotanya.

Selesai

Majlis Penyampaian Anugerah pelajar Cemerlang SK Paris







SUKAU:






Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, rakyat khususnya pelajar diluar bandar sentiasa memantapkan bidang Pendidikan sebagaimana yang terus dijayakan oleh kerajaan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Beliau berkata rakyat harus melakukan transformasi pendidikan sebagaimana dilakukan kerajaan di bawah NKRA itu agar bidang Pendidikan mampu menjadi ‘perisian’dalam meletakkan negara menguasai pelbagai bidang apabila mencapai tahap sebuah negara maju tiadak lama lagi.



“Usaha ini tidak terkecuali pada masyarakat dn pelajar di Kampung Paris. Saya menyarankan semua ibubapa berganding bahu dalam memajukan soal pendidikan anak-anak dalam kawasan ini. Saya mahu melihat jika suatu masa nanti ramai anak-anak berkebolehan dalam Pendidikn dapat dilahirkn dari kawasan ini”. Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang di SK. Paris di sini kelmarin.



Saddi berkata, beliau sentiasa komited untuk menjayakan bidang Pendidikan di kawasan Dun Sukau termasuklah mengambil kira keperluan untuk memperbaiki dan membina bangunan-bangunan sekolah baru di kawasan yang memerlukan di sini.
Katanya, mengenai cadangan Jawatankuasa Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) di sekolah berkenaan untuk menaiktaraf bangunan sekolah tersebut Saddi berkata, beliau akan membawa perkara itu kepengetahuan Kementerian Pelajaran untuk ditangani.






Katanya, beliau merasa terharu kerana bangunan sekolah berkenaan bukan sahaja uzur tetapi berada dalam persekitaran yang kurang menarik dan perlu diperbaiki dalam mencapai tahap pembelajaran yang kondusif. Saddi berkata, beliau terus memiliki perancangan untuk mewujudkan sebuah lagi Pekan kecil di kawasan Kampung Paris bagi memudahkan masyarakat di kawasan itu menikmati pelbagai kemudahan yang boleh disediakan pihak kerajaan serta menerusi penyertaan pihak swasta.



“Bagaimanapun saya masih merangka cadangan ini sekiranya sesuai saya akan ajukan juga pada kerajaan untuk mendapat perhatian, katanya.”
Sebelum itu, Pengerusi PIBG sekolah itu Hussin mencadangkan kepada Datuk Saddi Haji Abdul Rahman supaya bangunan sekolah SK. Paris 3 dinaik taraf demi keselesaan pelajar serta kenaikan semangat ibubapa dalam memajukan pendidikan anak-anak mereka.

KEPERLUAN RAKYAT SUKAU AKAN CUBA DICAPAI DALAM RMK10



HARIAN EKSPRES : Rabu/ 10hb November,2010.


Sukau : Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, soal pengstrukturan daerah kawasan ini, diikuti oleh pendekatan menangani isu tanah dan kemudahan asas rakyat serta pembangunan Pekan Baru Sukau merupakan 'makmal' penting baginya menentukan kejayaan petunjuk prestasi (KPI) sebagai wakil rakyat kawasan ini.


katanya, berasaskan sokongan rakyat dan kepercayaan pihak kerajaan, semua halatuju keperluan rakyat kawasan itu akan berusaha dicapai sebelum berakhirnya Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMK10) yang bermula tahun depan. " Malah saya mengharapkan agar sebuah kawasan Gumantong Jaya yang termasuk di dalam kawasan Gumantong Park yang saya cadangkan menjadi sebuah destinasi perlancongan penting di kawasan ini akan turut dipertimbangkan kerajaan dan menjadi suatu realiti,"katanya.


Berucap pada Majlis Kesyukuran sempena penganugerahan gelaran 'Datuk' kepadanya anjuran penduduk Gumantong Jaya di sini pada Ahad, Saddi berkata, impian membangunkan masyarakat berkenaan turut diseiringkan dengan cadangan mengujudkan sebuah kawasan masyarakat nelayan moden yang tinggal di persisiran pantai kawasan Dun itu.


Saddi menegaskan, hanya dengan keselarasan sistem pentadbiran daerah Kinabatangan dengan melibatkan kepentingan masyakat di daratan dan persisiran tersebut di bawahsatu bumbung akan mampu mentransformasikan kehidupan seluruh rakyat di kawasan itu mencapai pembangunan yang diharapkan kerajaan. Turut hadir pada majis itu para pemimpin akar umbi Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat di kawasan tersebut, ketua masyarakat mewakili pelbagai kaum serta lebih 200 orang penduduk di sekitar Gumantong Jaya.


Saddi berkata, perpaduan antara penduduk serta sokongan rakyat kepada kerajaan merupakan kunci utama kemajuan di kawasan Dun Sukau dapat diperkasakan. " Sokongan padu yang diberikan rakyat di kawasan ini kepada saya merupakan kekuatan penting di sebalik pemberian gelaran ini. Gelaran ini bukan kepada saya semata-mata, tetapi kepada seluruh masyarakat Dun Sukau yang sanggup memberikan sokongan dan setia kepada kerajaan Barisan Nasional', katanya.


Bagaimanapun, tegas Saddi, pemberian gelaran yang tinggi sedemikian hanya akan menyukarkan imejnya sebagai seorang wakil rakyat jika tidak menerima kerjasama rakyat, apalagi masyarakat masih tidak mahu merubah sikap dan pemikiran untuk maju sebagaimana yang sudah dinikmati di kawasan lain. Mengenai soal tanah dan serta keperluan kemudahan asas yang diperlukan rakyat di kawasan ini, kata Saddi, beliau akan terus menyuarakannya kepada kerajaan selagi mendapat peluang.


Segala keperluan pembangunan rakyat di kawasan ini sudah beliau ketengahkan secara jelas pada Sidang Dewan Undangan Negeri dan pertemuan di peringkat pegawai-pegawai kerajaan dan para pemimpin BN. Beliau juga menggesa penduduk supaya tidak mempersia- siakan nilai kemajuan yang diberikan kerajaan kepada mereka, sebagai contoh memandu kenderaan terlalu laju di sepanjang jalan Sukau yang sudah diaspal sehingga akhirnya telah mengorbankan banyak jiwa di kalangan penduduk khususnya pelajar-pelajar sekolah.


RELA MEMBERS, COMMUNITY LEADERS URGED TO COOPERATE

SUKAU: 20/10/2010

The roles of Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Malaysia would be more effective if it strengthens integrated cooperation with community leaders here.
Sukau Assemblyman Datuk Saddi Abdul Rahman said it was necessary to have closer ties between Rela members and community leaders so as to build strong fortress in each area and would not be easily threatened or intruded by irresponsible quarters.
He said such ties and cooperation would also strengthen the entity and integrity of the body as part of public defence that is entrusted by the Government. Saddi said this when opening Aidil Fitri Open House and Thanksgiving ceremony organised by Rela Kg.Mengaris here, recently.
He said Rela has advantages that should not be taken lightly by community leaders and villagers because it could assist JKKK committees and headmen to address all their weaknesses in order to ensure their missions of safety are achieved.
Saddi was also proud that Rela in Kinabatangan has giving full commitment and cooperation in all community and government activities to ensure smooth implementation of the programmes. He also called on youths here to join Rela, including civil servants, as Sukau has vast area and need high commitment from Rela to safeguard its safety.

Rencana Khas Aidilfitri & Majlis Doa Selamat Dun Sukau















Majlis Aidilfitri Dun Sukau meriah!.


Penerangan gambar:


Datuk Peter Pang (empat dari Kanan), diikuti Haji Zainudin Aman (dua dari kanan) selaku wakil Ketua Menteri, Datuk Samsudin Yahya (dua dari kiri), Datuk Pangiran Abdul Rahman dan Haji Daning Bajau adalah barisan tetamu jemputan kehormat pada majlis Aidilfitri Dun 48 Sukau.

2. Saddi bersama-sama Peter Pang, Zainudin dan Samsudin menyampaikan sumbangan duit raya kepada 40 orang kanak-kanak yatim piatu pada majlis itu.

3. Saddi menyampaikan ucapan.

4. Saddi turut dikunjungi Pegawai Daerah, Abdul Latif Kandok (tiga dari kiri) yang mengambil kesempatan bergambar kenangan.

5. Datuk Samsudin Yahya dengan ‘pujaanku’.

6. Datuk Pangiran Abdul Rahman ‘Keagungan tuhan’

7. Haji Jukrana (wkan) ‘Selamat Tinggal Bunggaku’

9. Saddi bersama sebahagian daripada tetamu yang mengabadikan kenangan.

10. Saddi dan isteri, Datin Nurdiah bersama Azman dan Fauziah serta rakan-rakan di Kinabatangan.

SANDAKAN:




“ Saya bersyukur kepada Allah Swt kerana masyarakat di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Sukau bukan saja terus menyokong saya, tetapi mendoakan kepada kejayaan khidmat saya serta kesejahteraan keluarga saya.


“ Saya yakin dan percaya sumbangan ini akan menguatkan lagi tekad dan azam saya memajukan rakyat kawasan ini selagi diberikan amanah.” Itu antara kalimah dilafazkan, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman pada majlis rumah terbuka Aidilfitri dan Majlis Kesyukuran anjuran Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat Dun Sukau di Dewan Masyarakat Sandakan, Sabtu lepas.


Kata wakil rakyat itu, walaupun dia masih ‘malu-malu’ dengan gelaran ‘Datuk’ yang baru diterimanya sebagai anugerah Harijadi Yang Dipertua Negeri ke 64 minggu lepas, tetapi pemberian keajaan itu adalah berkat doa serta sokongan padu rakyat, keluarga dan rakan-rakan terhadap tugas yang beliau pikul khususnya di kawasan ini.


“ Apa yang saya ingin katakan gelaran yang tinggi diberikan kerajaan ini bukan semata-mata kepada saya. Tetapi penghargaan kepada seluruh rakyat Dun Sukau yang sama-sama bekerja kuat dan memberikan sokongan kepada kerajaan serta bersedia melihat kemajuan berterusan di kawasan ini,” katanya.


Menyampaikan luahannya di hadapan lebih 3,000 hadirin yang sebahagiannya bersilih ganti memariahkan majlis itu, Saddi berikrar akan meningkatkan lagi peranannya demi kebaikan rakyat kawasan itu.


Tanpa kerjasama dan sokongan rakyat, kata Saddi, usaha pembangunan Dun Sukau bukan saja terhalang tetapi gagal merealisasikan gagasan kerajaan di bawah Knsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.


“ Sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyidin Mohd Yasin. Di Sabah, tentunya kepada Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman kerana kepercayaan dan amanah ini,” katanya.


Bermula dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Ustaz Sufian Baharin, majlis rumah terbuka Aidilfitri bermula seawal pukul 10.30 pagi hingga pukul 3.00 petang itu terus mendapat tumpuan ramai termasuk kalangan pemimpin negeri serta rakan-rakan politik yang berkesempatan hadir.


Diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Menteri, Datuk Peter Pang yang juga Menteri Belia dan Sukan, ramai pemimpin bahagian mewakili komponen BN, turut bersama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Sekong, Datuk Haji Samsudin Haji Yahya, Setiausaha Perhubungan Ketua Menteri Saudara Zainudin Haji Aman yang mewakili Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang menerima undangan, Pegawai Daerah Kinabatangan, Abdul Latif Kandok yang mengetuai barisan kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan di kawasan Sandakan dan Kinabatangan.


Rakan-rakan dalam Umno Bahagian Kinabatangan juga hadir dengan Naib Ketua Umno Bahagian, Azman Haji Mastar mewakili Datuk Bung Moktar Radin berserta ahli-ahli jawatankuasa bahagian yang kebetulan turut meraihkan rumah terbuka Aidilfitri di Pekan Bukit Garam anjuran Ahli Parlimen itu.


Walaupun di saat-saat bulan Syawal bakal melabuhkan tirainya, tetapi sambutan Aidilfitri Dun Sukau yang sederhana tapi meriah itu tetap tidak mengabaikan tradisi sambutan itu khususnya hidangan pelbagai juadah raya, berpakaian baju melayu dan tentunya, lagu-lagu nostalgia Hari Raya yang dihangatkan dengan kehadiran Sabhi Saddi, anak wakil rakyat itu yang kini bergelar sebagai penghibur tanahair, diikuti kumpulan pemuzik tradisional tempatan.


Kerana suasana raya yang masih segar ini jugalah mencetuskan aspirasi ‘sporting’ para tetamu yang berpeluang ‘berkaraoke’ lagu-lagu hari raya. Ia bermula permintaan pengacara Puan Masloh Sital ke atas Datuk Saddi, diikuti Datuk Samsudin, Azman, kemudian rakan-rakan mewakili Umno Libaran, para pemimpin peringkat akar umbi Dun Sukau dan Kinabatangan.


“ Saya percaya acara yang mengukuhkan lagi kemesraan kita ini lebih meriah jika hadirin menyumbangkan kurang-kurang sebuah lagu sebelum pulang, sebagai kenang-kenangan sehingga aidilfitri tahun depan,” katanya memulakan cabaran itu dengan ‘Asalamualaikum’ dan ‘Ayah dan Ibu’, sambil mengumumkan giliran Datuk Samsudin selepasnya.


Datuk Samsudin hanya memberi riaksi menguis dahi yang membayangkan kononnya dia mula ‘berpeluh’, tetapi kemudian tampil dengan lagu “Pujaan Hatiku”.


Azman tidak ‘miss’ dengan ‘Madu’ sebagai lagu wajib dan berduet dengan isteri, Puan Fauziah dengan pandang-pandang, jelling-jeling”, diikuti Haji Daning Bajau, “Ayah”

SADDI TAWAR TANAH UNTUK BANGUNAN KOMPLEKS PERPADUAN KINABATANGAN

SUKAU:

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Saddi hj Abdul Rajman menyambut baik hasrat Jabatan perpaduan Negara Cawangan Sabah untuk menwujudkan sebuah kompleks perpaduan dalam kawasan Daerah Kinabatangan bagi memenuhi hasrat jabtan tersebut.

Beliau turt menawarkan agar kompleks tersebut dibina dalam kawasan Dun Sukau, berhmapiran Pejabat Pusat Rukun Tetanggan (PRT) yang terletak di Kampung Sentosa Jaya, disini. "Berapa keluasan tanah yang dikehendaki jabatan ini, pihak saya memberi jaminan untuk menyediakan di kawasan tapak pekan ini". katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri sempena perasmian Bangunan Pusat Rukun Tetangga Daerah Kinabatangan bernilai lebih RM200,000 di Kampung Sentosa Jaya disini, Sabtu lepas. Saddi yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Pekan Baru Sukau itu berkata, kewujudan sebuah kompleks Perpaduan di kawasan tersebut bukan semata-mata memfokuskan soal perpaduan di kalangan golongan sasaran tetapi dapat membantu menjana pembagunan sosioekonomi masyarakat terlibat, selaras dengan dasar dan matlamat kerajaan.

"Kerana nilai perpaduan yang tinggi dan berkualiti, akan membentuk masyarakat bukan saja harmoni dan ejahtera dalam konteks perpaduan, tetapi bekerjasama dalam menjana pembagunan ekonomi sejagat. " Aspirasi ini terkandung dalam dasar Transformasi Nasional yang menjadi intipati Gagasan 1 malaysia dan turut menjadi elemen penting Model baru Ekonomi. Sebagaimana yang kerap ditegaskan Perdana Menteri, datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, perpaduan nasional amat berkesan dalam soal pembagunan ekonomi, keselamatan dan kejayaan pendidikan serantau" katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Perpaduan Negara dan Integrasi nasional Negeri, Nurul Akmalina Hj Samsudin Pegawai -Pegawai di bawah jabatan tersebut di Kinabatangan dan Sandakan serta kakitangan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat yang PKRnya, Sharin Hj Abdul Rahman. Ketika menyampaikan ucapan di majlis itu Akmalina berkata, jabatannya mempunyai cadangan untuk membina kompleks Perpaduan sedemikian di Sabah.

Katanya, kompleks seumpama itu boleh diwujudkan di Kinabatangan sekiranya ada pihak menawarkan sebidang tanah bagi pembinaannya. Saddi berkata, selain kawasan ini menjadi tumpuan pelancongan masyarakat luar dan berbilang kaum dinegara ini, kawasan ini sendiri didiami oleh masyarakat berbilang kaum dengan majoritinya dari kalangan etnik masyarakat Sungai, diikuti kepelbagaian etnik Bugis, Dusun dan Iban, antara lain.

mengenai kewujudan Pusat Rukun Tetangga DI sentosa Jaya, Saddi berharap kewujudannya dapat meningkatkan nilai perpaduan yang sedia ada di kalangan masyarakat daerah ini. Dengan pelbagai aktiviti masyarakat yang diadakan diikuti komitmen yang tinggi di kalangan kakitangan dan petugas jabatan itu, Saddi percaya isu berkaitan keselamatan, masalah sosial khususnya penyalahgunaan dadah dan pergaulan bebas di kalangan remaja di kawasan ini dapat dibendung secara berperingkat- peringkat.

"Ianya bukan saja dapat membantu kerajaan mengatasi pelbagai masalah yang timbul di kalangan remaja masa kini, tetapi yang tidak kurang pentingdapat meningkatkan imej kemajuan terhadap rakyat di kawasan Dun Sukau" katanya. saddi berkata beliau dan Unit PKR Dun Sukau akan sentiasa berkerjasama dengan Jabatan itu.

"Kalau ada aktiviti yang memerlukan penyertaan saya, sudah tentu demi rakyat dan kawasan ini saya tidak akan menolaknya," katanya.