Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Dun Sukau dalam genggaman BN - Saddi

Saddi bersama rakan-rakan memanjatkan doa selepas mesyuarat PDM Sokongan Dun Sukau


Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, azam, khidmat dan bakti menjadikan  Barisan Nasional (BN) kawasan Dun Sukau mampu meraih kemenangan 100 peratus dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU13 ini.

Adun Sukau itu berkata, berasaskan kedudukan 12 buah Pusat Daerah Mengundi  (PDM) berbentuk Sokongan yang disediakan oleh Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Dun Sukau, BN telah tersedia memenangi PRU ke 13 dengan pencapaian  yang diramal lebih baik berbanding prestasi PRU ke 12.

“Insyaalah, kita tidak mendahului ketentuan Illahi.  Namun  berasaskan khidmat,  bakti dan azam yang sudah dipamirkan BN, ditambah dengan strategi serta tanggungjawab yang terus kita lakukan mendekati rakyat,  BN menang lebih besar kali ini,” katanya.

Menyatakan perkara itu pada mesyuarat PDM Sokongan diwujudkan UPKR,  di bilik mesyuarat pejabatnya di sini kelmarin, Saddi berkata, program  mendekati  seluruh rakyat serta penyediaan projek pembangunan yang bertali arus melebihi RM250 juta di kawasan ini dalam tempoh lima tahun, menjadi antara alasan kemenangan besar itu.

“Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM), bantuan pelajar RM100 dan bermacam-macam lagi sebelum ini yang terus sampai kepada rakyat,  bolehlah dianggap sebagai antara sumbangan yang terbaik pernah diberikan oleh sebuah kerajaan sejak merdeka.

Artikel "Bugis Layak Jadi Ketua Menteri Sabah" Laporan polis telah dibuat mengenainya.



Sekumpulan Pemimpin Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (Ngo) di sini pagi kelmarin membuat laporan polis berhubung kenyataan berbau hasutan yang dikeluarkan seorang individu yang tidak dikenali di portal Sabahkini.com pada 6 Febuari lepas.

Badan-badan Ngo itu terdiri daripada Pertubuhan Prtibumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kinabatangan, Persatuan Belia Kampung Paris Kinabatangan (PARKASA), Persatuan Belia Lowcos Kinabatangan,  Persatuan Belia Suan Lamba, Persatuan Gastak Kinabatangan dan  Persatuan Kelab Belia Kampung Jaya Baru membuat laporan polis pada kira-kira pukul 10 pagi di kaunter aduan pasukan keselamatan itu.

Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Kinabatangan, Awang Ahmad  Haji Ongkang  berkata, kenyataan yang dikeluarkan menggunakan nama Haji  Nungka   Andi Masrapi Madder dan mendakwa berasal dari Kampung Paris di portal berkenaan bertajuk "Bugis Layak Jadi Ketua Menteri Sabah" ternyata berbau hasutan.

“ Keseluruhan isu kandungan kenyataan yang dibuat oleh Haji Nungka amat menyinggung sanubari rakyat bumiputera di negeri ini, sekaligus berbau hasutan. Maka Perkasa Kinabatangan terpanggil untuk membuat laporan polis agar siasatan terhadap kenyataan ini segera dibuat.

Pelbagai nikmat pembangunan dikecapi rakyat bukti keprihatinan BN

Datuk Bung Moktar Sampaikan bantuan kerusi roda kepada ketua cawangan Umno Tanjung Aru, Abdillah Janan yang sedang sakit, disediakan oleh Adun Sukau
Bung Moktar diberi penghormatan Saddi sampaikan meter air kepada Pengerusi JKKK Tanjung Aru, Haji Ismail Ahmad
Bung Moktar dan Saddi sampaikan BRIM



Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, kerajaan Barisan Nasional di negara ini sekian lama menguasai kecekapan, ketelusan dan keadilan memberi khidmat serta  bantuan kepada rakyat yang membawa punca  pengaruh pembangkang terus ditolak.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau itu berkata,  polisi serta azam BN yang terus dipertingkatkan menjayakan tanggungjawabnya, meletakkan kerajaan itu akan terus menjadi pilihan rakyat pada PRU ke 13 ini.

“Perhatian ini sedaya upaya saya bawa kepada rakyat di Sukau. Rakyat  kawasan ini sepatutnya merasa bertuah dan bangga kerana mereka dan saya sebenarnya memiliki sebuah kerajaan yang kuat untuk terus menyalurkan peruntukan pembangunan serta pembelaan yang diperlukan.

“Rakyat Kinabatangan ini juga harus bangga kerana kita ada para pemimpin yang prihatin dan bertanggungjawab membawa kemajuan di kawasan Kinabatangan seperti Datuk Bung Mokthar Radin.

Saya sambut baik formula penyelesaian isu Koyah oleh kerajaan - Saddi

Sudah selesai, Osman dan Saddi terharu dan berpelukan kerana isu tanah Koyah yang berakhir dengan penyelesaian



Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menyatakan rasa lega di atas keupayaan kerajaan negeri menyelesaikan isu Skim Pekebun Kecil Tanah Koyah  yang dimuktamadkan menerusi satu  perjumpaan bersama sebahagian mewakili 400 orang pemohonnya di Dewan Sri Lamag di sini semalam.

“ Saya berterima kasih terutamanya kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Datuk Osman Jamal kerana berupaya membuat pertimbangan di atas penyelesaian isu ini selepas hampir 20 tahun dituntut.

“ Saya merasakan sebahagian daripada masalah tanah rakyat di kawasan Dun Sukau dapat ditangani menerusi kaedah yang disediakan pihak kerajaan negeri,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau itu.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri perjumpaan yang melibatkan kehadiran sebahagian daripada 400 pemohon tanah terlibat bersama Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri, Datuk Osman Jamal serta para pemimpin setempat.

Isu tanah Koyah selesai!

Osman Jamal memberi penjelasan kepada sebahagian daripada 400 pemohon Skim Pekebun Kecil Koyah A Sukau yang hadir
Saddi menyatakan sesuatu kepada Datuk Bung Moktar

Isu Berkaitan tuntutan tanah oleh 400 orang pemohon Skim Pekebun Kecil Koyah A di sini hampir 20 tahun lalu berakhir apabila kerajaan bersedia mempertimbangkan cadangan rakyat agar tanah tersebut dibangunkan oleh sebuah syarikat yang dilantik kerajaan negeri.

Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah, Datuk Osman Jamal berkata, keputusan itu akan dibuat selepas peguam yang mewakili pemohon dan peguam syarikat terlibat memuktamadkan kandungan perjanjian mereka berhubung hasrat pembangunan tanah tersebut.

“ Kita hanya perlu menunggu keputusan perjanjian ini. Berapa cepat kedua pihak menyediakannya, maka kita akan membuat kelulusan termasuk mengeluarkan geran tanah terlibat,” katanya.

Datuk Osman berkata demikian pada majlis perjumpaan para pemohon tanah Skim Pekebun Kecil Koyah A di Dewan Sri Lamag Bukit Garam, di sini pagi Isnin.

Rakyat wajar tolak parti pembangkang dan kembali menyokong BN - Saddi



Laungan 1 Malaysia dengan penuh bersemangat dari YB Datuk dengan para pengundi luar  
Saddi menyampaikan bantuan kepada salah seorang penyokong kuat BN, Pangiran Latin (berbaju biri) sambil diperhatikan Sharin Abdul Rahman
Saddi menyampaikan bantuan kepada salah seorang pengundi luar


Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, kreativiti  Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman mengilhamkan program sentuhan kasih terbukti membolehkan sebahagian besar rakyat berbilang kaum di negeri ini mendapat pembelaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau itu menegaskan, program  memperuntukkan RM30 juta setahun bagi semua kawasan DUN di Sabah, dapat mengurangkan beban ekonomi,  bantuan pendidikan rakyat serta masalah kesihatan rakyat di bandar dan luar bandar.

“ Bantuan ini termasuklah mengatasi keperitan hidup rakyat yang  kesusahan seperti akibat ekonomi, bencana alam dan sebagainya,” katanya.

Berucap di hadapan hampir 1,000 orang golongan pengundi luar Dun Sukau pada program Sentuhan Kasih, Yang Tua Dihormati, Muda disayangi,  Fasa 1 kawasan itu di Dewan Pandu Putri di Sri Taman di sini Ahad, Saddi berkata, bantuan itu mampu menghargai rakyat  yang sekian lama menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).

Peniaga Tiong Hua boleh memainkan peranan penting dalam memajukan ekonomi Kinabatangan

Saddi membualkan sesuatu dengan Bung Moktar
Bung Moktar menerima sesuatu pemberian daripada penari tarian Singa sambil diperhatikan , Saddi, Arisin  dan Jeffery Arifin  
Persembahan akrobatik dari persatuan tarian singa yang dijemput



Sumbangan golongan peniaga dari kaum Tiong Hua terus  dihargai serta digalakkan di kawasan ini ke  arah membantu membina sebuah iklim perniagaan yang  berkembang serta berdaya maju,  kata  Saddi Haji Abdul Rahman.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau itu berkata, kedatangan dan penyertaan masyarakat akan berperanan memberi pendidikan serta lonjakan ekonomi kepada masyarakat peniaga bumiputera di sini, seterusnya berpotensi menghasilkan perkongsian yang sihat di kalangan mereka untuk merancakkan kitaran makro ekonomi kawasan ini.

“ Walaupun peniaga kaum Cina di Kinabatangan agak kecil, tetapi kehadiran mereka begitu berkualiti. Dan  sebenarnya telah banyak membantu aliran  ekonomi khususnya memajukan Pekan Bukit Garam Kinabatangan, “ katanya.

Menyatakannya selepas menghadiri Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Pejabat Polis Daerah Kinabatangan dengan Persatuan Perniagaan Cina Kinabatangan, Saddi berkata, beliau turut mengalu-alukan pertambahan kehadiran peniaga kaum di kawasan Dun Sukau.

BN mempunyai banyak lagi perancangan pembangunan dan ekonomi untuk rakyat Kinabatangan




Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM), salah satu nikmat pemberian kerajaan Barisan Nasional (BN) yang boleh menggagalkan pengaruh dan keriar politik pembangkang di negara ini  untuk tumbang  dalam PRU13.

Adun Sukau itu  berkata, pemberian berlandaskan pembelaan serta kasih sayang oleh kerajaan kepada rakyat itu tidak mungkin dapat diganti dengan ‘gula-gula’ pembangkang bagi mengelirukan rakyat dalam kempen mereka  kali ini.

“Pemberian BRIM 2.0 jauh lebih baik daripada Perhimpunan Bersih 2.0 dan Perhimpunan Bersih 3.0 yang menganjur kepada aktiviti memburuk-burukkan pemimpin dan kerajaan. “Saya rakyat kawasan di Kinabatangan dapat membuat pernilaian mana aktiviti yang lebih menguntungkan mereka, daripada menyokong aktiviti pembangkang yang menyusahkan rakyat,” katanya.

Malah kata Adun Sukau itu, pihak pembangkang tidak mungkin berupaya mengotakan janji sebagaimana dibuktikan BN yang memberikan segala kebaikan kepada rakyat berbilang kaum  sejak negara merdeka.

Berucap ketika Majlis Menyampaikan BRIM kepada lebih 4,000 orang rakyat Kinabatangan di Dewan Sri Lamag,  Bukit Garam di sini, Saddi yang juga Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa (KPD) Sabah berkata,  bantuan BRIM amat dihargai rakyat   termasuk kawasan ini.