Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Lawatan kerja ke perkampungan pesisir pantai.








Kinabatangan 25 Feb 2019 :

Meluangkan masa melawat dan meninjau keadaan bekalan elektrik di perkampungan sekitar kawasan pesisir pantai Kg Mumiang, Kg Abai dan Kg Bongon. YB Datuk sendiri memandu bot menuju ke kawasan tersebut. lawatan ke  Kg Bongon sambil menyelesaikan masalah rakyat yang belum ada meter elektrik dan esok datuk selesaikan pembayaran meter di pejabat SESB Sandakan. Alhamdulillah moga dipermudahkan

Kerjasama terjalin antara penduduk tempatan dengan pihak swasta.





Kinabatangan 24 Feb 2019 :

Hadir Sama di Majlis Perasmian & Menandatangani MoU antara kepimpinan kampung dengan pihak swasta yang disaksikan Oleh YB. Datuk Saddi Haji Abdul Rahman di Kg Sentosa Jaya, Kinabatangan.



Membincangkan hala tuju Dun Sukau.


Kota Kinabalu 22 Feb 2019 :

Kunjungan hormat YB Datuk Saddi Haji Abdul Rahman ADUN N.48 Sukau kepada YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal di pejabat ketua menteri bertujuan untuk berbincang dan merumus beberapa isu berkaitan program pembangunan di Dun Sukau. Khususnya pengwujudan Daerah Kecil Pekan Baharu Sukau menjelang 2020...Moga perjuangan pemimpin no 1 Sabah dan no 1 Dun Sukau ini sentiasa dalam rahmat ALLAH SWT.

Muafakat membawa berkat.





Sandakan  4 Feb 2019 :

Mesyuarat pertama UPPM N.48 Sukau dengan Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, dan Ketua Kampung bersama Datuk Saddi Haji Abdul Rahman ADUN N.48 Sukau.